Bab 41

8.1K 198 1
                                    

"Perhatian kepada semua pengawas , sila berkumpul dibilik mesyuarat sekarang juga" Dah maih dah Cikgu Rozi. Shaz mengeluh..pagi-pagi dah kena mesyuarat. Shaz memandang sekilas ke arah Farah.

"Pergilah..cikgu dah panggil tu. Lagipun awak ketua kan" -Farah

Shaz memuncungkan bibirnya.

"Pergilah. Saya ok je. Awak kena jalankan tugas" pujuk Farah lagi.

shaz tersenyum. Dia menarik tubuh kecil itu kedalam pelukannya. Muahh. Dicium dahi Farah.

"Jaga diri baik-baik tau". Farah mengangguk.

"Elehh..tak payah nak cium bagai. Kau tu nak pergi meeting, bukan pergi langkawi." Sindir Aina dari arah belakang.

"biar arh. Ni..kau tolong tengokkan bini aku. Maybe lama kot aku meeting"-Shaz

"Yelaa bangg..pergilah cepat sebelum cikgu mengamuk"-Aina

"Shazwan Hakimi!! Kenapa tercegat lagi kat sana tuu!! Cepat turun!" cikgu Rozi sedang memegang mikrofon sambil bercekak pingang. sengaja ingin ketua pengawas itu mendengar suaranya. Cikgu Rozi memandang Shaz tajam dari tingkat bawah.

Shaz tersengih. "Hahh..cikgu dah panggil tu, pergilah cepat" arah Aina.

"Okey okey" Shaz menapak ke tingkat bawah untuk pergi ke bilik mesyuarat.

Farah menggeleng. 'Nasib lah aku dapat suami macam tu'.

"Dah..jom masuk kelas" ajak Aina.

Mereka masuk kedalam kelas dan mengambil tempat masing-masing.

**********

"assalamualaikum ma pa.." ucap angah dari luar pintu dan masuk kedalam rumah.

"Waalaikumsalam" jawab mama dan papa serentak.

"Papa tak kerja hari ni?" Sambil bertanya sambil angah menyalam kedua orang tuanya itu.

"Dah kamu bagi salam untuk mama dengan papa tadii..nak tanya lagi ke?" sindir papa

"Hehehe..angah nampak kereta papa kat luar tu yang angah fikir mesti papa ada kat rumah"jelas angah.

"Haa..yang kamu balik awal ni kenpa?" Soal papa lgi.

"Nak bagi hadiah untuk mama ngan papa" angah tersengih.

Mama dan papa memandang silih berganti. Tak faham.

"Aqilah!" Teriak angah.

Susuk tubuh seseorang masuk kedalam ruangan dapur.

"Ni hah..my future wife and bakal menantu papa ngan mama" jelas angah lagi.

"Assalamualaikum pakcik makcik" tutur Aqilah dengan sopan dan menyalam kedua orang tua itu.

Papa tersenyum lebar. Mama pula memerhatikan penampilan gadis itu. Cantik dan ayu memakai baju jubah labuh bewarna pink dan tudung shawl satin hitam.

"Waalaikumsalam" jawab mama.

"Ingat kan nak jadi bujang terlajak..rupa-rupanya diam-diam berisi juga yee" sindir papa lagi.

"Elehh papa ni. Angah dah keputusan dah. Umur pun dah 25, lagipun mungkin jodoh angah dah sampai" angah senyum bangga.

"Bukan dari dulu memang dah nak sampai ke , tapi angah yang ubah takdir" -papa

'Ehh papa ni. Banyak leter pulak. Dah bagus dah ni aku bawa bakal menantu dia' kata angah didalam hati.

"Qilah kerja apa ye?" Soal mama kepada Aqilah.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now