Bab 4

9.9K 250 1
                                    

"Adikk..bangunlahh..heii"

Farah terbangun dalam keadaan mamai.Dia seperti mengecam suara itu. 'Along?' Soalnya di dalam hati.

"Hah..bangun pun adik kite sorang ni" kata angah pula.

"Macam mana adik ada kat sini? Tak silap tadi ada orang tekup mulut adik"

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Abang-abangnya akan membuat perkara seperti tadi untuk mengatakan sesuatu hal yang penting.

"Hah..adik tau. Apa hal penting yang along ngan angah nak cakap?lain kali boleh tak jangan buat macam ni. Karang risau pula si Shaz tu"

"pasal laki kau tu jangan risau lahh. Aku dah inform dia awal-awal. Aku suruh dia balik dulu" kali ni along pula bersuara.

Farah tercengang. 'Patutlahh aku tak nampak dia masa kat busstop tadi.'

"Actually along nak bagi tugas kat kau. Along nak kau selesaikan tugas ni. Tak kisah bila akan selesai yang penting identiti kau tak terbongkar"

"Tugas apa?"

Along menunjukkan sehelai gambar dan dia menyerahkan sebuah dokumen kepada Farah. Farah meneliti dokumen tersebut.

"Ni bukan ke Dato Sharif?kes dia dah tutup kut 2 tahun lepas. Along nak adik ceroboh office dia then ambik dokumen penting milik sape pulak ni?".

"Dia tu otak licik tau tak. Along ngan angah banyak sangat kerja nak kena urus. Kitorang just boleh berharap kat kau. Pleasee..along tau kerja di berisiko kat adik sebab umur adik and keselamatan adik. Dokumen tu milik Dato Shazimi. Along pasti yang Dato shazimi tengah cari dokumen tu. Kalau dokumen tu jatuh kat tangan Dato Sharif..syarikat milik baba Shaz akan diambil alih oleh Dato Sharif"

Terang along panjang lebar. Demi baba Farah akan buat apa sahaja. Farah mengangguk setuju.

"Tapi adik tak janji kalau identiti adik tak terbongkar. Sebab kerja ni berisiko tinggi kat adik"

"Sokeii..along tak kisah sangat pasal identiti tapi kalau boleh tolong jangan bocorkan identiti adik kat sapa-sapa sebelum kes ni betul-betul selesai."

"Angah ada kalau adik perlukan bantuan. make sure your husband tak cam apa-apa yang pelik"

Along dengan angah ialah detektif yang bekerjasama dengan polis. oleh kerana kes mereka yang melibatkan Dato Sharif ..pertarungan nyawa lawan nyawa bermula. Tetapi Farah terlibat dalam kes tersebut kerana ingin membalas dendam atas kematian nenekny yang ditembak oleh Dato Sharif. Kini..pertarungannya mungkin akan bermula untuk kali kedua.

******
"Assalamualikum" Farah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam" sahut mummy

"Lambat balik?" Soal baba

"abang dia pinjam dia kejap tadi ba.. kan sayang?" Shaz mengatur langkah ke arah Farah.

"ingatkan apa tadi..manatau lah Farah kena culik ke"

"Takde lah ba..tadi abang Farah along ambil masa balik dari sekolah tadi..dia cakap dia rindu Farah"

"Okeylah kalau macam tu ..pi naik atas bersihkan diri"

Farah berjalan menaiki tangga bersama Shaz. Pintu bilik dibuka.

"Huh..gile betul lah dorang ni"

"Sape yang gile?" Soal shaz

"Abang aku dua ekor tu. Ade ke patut dia pi tekup mulut aku ni dengan sapu tangan yang dah ada ubat tidur."

"Hah???dorang buat ape kat kau..takk kan lahh"

"Ishh kau ni kan..dorang buat macam tu sebab nak kerjakan aku. Aku dah biasa dah."..

Pulakk??. Biasa dah kena tekup guna sapu tangan yang ada ubat tidur.

"Dahh..baikk kau pergii mandi!! Dah lah balik lambatt..nasib aku tolong kau tadi masa baba tanya" suara shaz mula meninggi.

"Yelaaaa"

******
Selesai membersihkan diri Farah berjalan menuju ke arah katil. Dia membuka isi laci yang berada di tepi sebelah kanan katilnya. Satu keping gambar diambil lalu dia duduk ber sila di atas katil.

Farah tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh ke pipi. sungguh dia rindu kenangan bersama neneknya.

Shaz yang duduk di meja belajar berpaling ke belakang untuk melihat keadaan Farah. 'Dia nangis ke?'

Perlahan-lahan dia mendekati Farah.

"Farah??What's wrong?" Dia memegang bahu Farah

"Takde pape..mata aku masuk habuk" bohong Farah. Laju saja dia mngesat air mata yang jatuh di pipinya.

"Kau tipu" dia memaksa tubuh kecil Farah berpaling ke arahnya.

"Kalau ada masalah cerita kat aku. Aku kan suami kau."

Air mata Farah mula mengalir semula.Kedengaran suara tangisan Farah yang mula memenuhi ruangan bilik mereka. Pantas Shaz menarik Farah ke dalam pelukannya. Dia tahu pasti Farah sangat sedih.

Setelah suara Farah tidak kedengaran beberapa minit kemudian. Shaz mengelap airmata di muka Farah. Farah hanya membiarkan sahaja. Entah kenapa dia berasa aman berada di sisi Shaz.

"Dah jangan nangis. hodoh muka kau tu. Dah bagus lawa jadi hodoh"

"Hmm..sorry."

"ape nye yang sorry?kau tak buat ape ape ponn. Kau kena tabah dengan kehidupan ni. Tuhan ada. Jangan takut dengan umat spesis kita ni. Tuhan selalu adil. Doa banyak dekat dia supaya diberi keberkatan hidup"

"By the way thanks Shaz" Farah tersenyum.

"Dahh..jom tidur..esok sekolahh."

"Hmm..okeii"

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now