Bab 30

6.9K 190 0
                                    

Shaz menaip sesuatu di skrin telefonnya. Farah hanya melihat 'dah kenapa tengok hp tu sampai senyum-senyum'

From Nawal
Hye shaz..awak free tak hari ni?

To Nawal
Free..kenape? Nak payung saya makan ehh

From Nawal
Takde lah. Saya nak ajak awak jalan-jalan

To Nawal
Erm..boleh. nanti inform saya awak kat mana. 30 minit lagi saya datang

Shaz menutup skrin hpnya. Diambil baju dan seluar dari almari dan berlalu ke bilik mandi. Keluar sahaja dari bilik mandi dengan mengenakan baju t-shirt hitam dan seluar jeans panjang Shaz meluru ke arah Farah yang sedang melipat kain.

"Aku keluar kejap.." diusap lembut kepala Farah dan dicium dahi itu.

Farah mengangguk. Tangan shaz dicapai dan disalamnya.

"Jangan lambat sangat balik" pesan Farah.

Shaz mengangguk dan keluar dari bilik.

********

Sambil menunggu Shaz tiba, Nawal duduk di big apple dan menikmati strawberry ice blandnya. Rancangan yang telah diatur dengan kemas oleh Sara dan Yan sangat membawa tuah kepada Nawal. Walaupun Sara dan Yan tidak dapat memiliki Shaz..demi untuk membalas dendam dengan Farah..Nawal setuju untuk bekerjasama dengan mereka.

'Kau tak kan menang Farah' Nawal senyum jahat. Dia tahu Shaz sangat baik dengannya..apa salahnya gunakan kebaikan itu untuk menghancurkan rumah tangga Shaz dan Farah.

"Hye..dah lama tunggu" sapa seseorang. Nawal tersentak dan melihat orang itu. Cepat-cepat dia berdiri.

"Tak lah..saya pun baru sampai" jawab Nawal.

Shaz melihat Nawal dari atas hingga bawah. Dress pendek yang dipakai oleh Nawal itu menampakkan sedikit paha gebu milik gadis itu. Shaz buat tidak tahu. Dia sedar dia ialah suami orang dan baju yang tersarung ditubuh Nawal langsung tidak dapat mencairkan imannya.

"Jom" ajak shaz. Nawal berjalan ditepi Shaz.

*********

"Jom jalan dik..aku bosan lah" ajak along yang sudah tiada mood asyik menghadap tv saja dari pagi.

"Nak ke mana?"-Farah

"Kita pergi pavilion...aku ada barang nak beli" sampuk angah pula

"Ermm..okei. kejap aku ganti baju"-Farah.

Along dan angah turut menyusun langkah ke bilik masing-masing untuk mengganti pakaian.

Sampai sahaja di pav..mereka berjalan-jalan. Macam biasa..along dan angah mendapat tumpuan gadis-gadis di mall itu.

Sedang asyik mereka berjalan,3 orang lelaki berbadan sasah dan memakai baju hitam menahan mereka di tempat yang kurang orang. Along dan angah berbalas pandangan.

Farah mara kedepan. Manatau lah orang itu hanya berdiri..tetapi anggapannya salah. Orang tengah diantara mereka menahan Farah dan cuba untuk menggari tangannya. Satu tendangan kena pada perut orang itu.

"Larii!!" Teriak angah. Mereka bertiga lari.

"Berpecah!" Jerit angah pula. Lorong itu mempunyai 3 jalan. Farah ke tengah..along ke kiri dan angah ke kanan.

Ramai orang di dalam mall itu melihat mereka dengan muka berkerut. Peduli apa..ada penjahat kut tengah kejar dorang..takkan lah nak diam-diam pula.

semakin laju Farah berlari..semakin laju orang itu mengejarnya. farah menoleh ke belakang dan ..

Baghhh!! Dia terlanggar seseorang. Cepat-cepat Farah berdiri dan meminta maaf.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now