Bab 36

7.2K 175 3
                                    

Shaz,along dan angah duduk menjamu mi kari dan pepsi di marrybrown. Sara dan Yan pula tengah berjalan kearah mereka. Baru sampai!

Selepas mengorder makanan..Sara dan Yan mengambil tempat dihadapan along dan angah.

"So?korang jumpa dia tak?" Soal Shaz sambil menghirup air pepsi.

"tak..tapi kitorang jumpa kembar dia"-Yan

"Kembar? Sejak bila mama lahirkan anak kembar?" Angah memandang along.

"tadi kitorang jumpa muka perempuan tu sebiji macam Farah. Tapi yang peliknya..Farah tak pernah pun jalan pakai baju dress pendek paras paha with kasut tinggi. Rambut pula warna perang. Time kitorang tanya dia..dia macam tak kenal kitorang" jelas Sara pula.

"Maybe pelanduk dua serupa kot" kata along pula. Tapi dia masih berfikir siapakah orang yang menyerupai wajah Farah. 'Tak mungkin Farah ada adik kembar'.

"kitorang pun fikir macam tu. Tapi muka dia tu..memang serupa sangat ngan Farah cuma penampilan dia yang lain"-Sara

"dahlah..pasal Farah tu bawa tepi dulu. Aku yakin dia tak apa-apa. Maybe dia nak  bersendirian sekarang lepas apa yang jadi ni"-angah

Shaz hanya diam. Tidak tahu hari berkata apa lagi.'Farah...kau kat mana?'. Hatinya tetap risau.

********

Hello..wei Farah. Kau tak cakap pun kau ada kawan perempuan. dorang dah syak aku tau tak. Siap suruh aku balik sebab shaz cari aku yang bertopengkan Farah Shahmimi ni.

Hah?budak perempuan tu macam mana ciri-ciri dia?

Yang sorang tu putih,rambut paras bahu then lipstick kat bibir dia tu tebal. Yang sorang lagi putih sikit,rambut sampai pinggang and muka dia natural no makeup..lawa jugalah

'Sara ngan Yan?dorang nak apa cari aku?'

ohh dorang. Biar arh dorang tu. Kalau kau terserempak ngan along,angah or Shaz kau buat tak tau je. Buat muka selamba macam kau tak kenal dorang.

Hm..okeylah. kau cepat sikit boleh tak?kau bila balik sini?

Maybe next week

Lamanye..k lah. Take care tau..bubye. love youu muahh.

Hahaha love u too. Byee.

farah menekan punat merah. Geli hati mendengar percakapan Lily tadi. Dia membuka peti mesej..nombor along dicari dan dia menaip sesuatu.

Long..aku okey lah. jangan risau. nanti aku balik. Korang settlekan dulu hal korang. Cakap dengan Shaz sorry aku keluar rumah tanpa izin.

Send. Farah mengusap-ngusap perutnya yang baru seminggu 3 hari. Belum besar kut.

"Anak mama dalam tu diam-diam tau. Anak mama kena kuat macam mama ngan papa. Sorry ehh..papa takda ngan kita sekarang. Mama cuma nak larikan diri kejap je dari papa then kita balik sama papa ajak dia beli baju and benda lain untuk anak mama ni. Mesti anak mama suka kan?"

Farah tersenyum. Bila diingatkan balik peristiwa Shaz menamparnya disekolah di hadapan semua murid..hatinya rasa sakit. Sakit sangat. Suaminya sendiri tidak percaya dengannya malah percaya dengan perempuan lain. 'Atau aku ni memang bukan jodoh kau?'

********

"Haa...panjang umur. Farah sms aku dia cakap dia okey. And dia cakap dia minta maaf kat kau Shaz sebab keluar rumah tanpa izin" jelas Along

"Yeke?hm..okey" Shaz tersenyum. Syukur Farah baik-baik saja.

"Dah..jangan risau ehh Encik Suami . Bini kau tu okey je..dia tu memang suka lari sana sini sorang-sorang. Nasib baik bijak and pandai berdikari..kalau tak entah apa yang jadi kat dia kita tak tau"-along

Shaz merasa semakin lega. Mereka beredar dari situ dan menuju ke rumah masing-masing. setelah berjumpa dengan Kapten Hariz..semua urusan akan diuruskan oleh pihak polis. Hanya tinggal along dan angah untuk mencari dimana lokasi Dato Sharif.

**********

Along menaip sesuatu dilaptop apple miliknya. Angah pula sibuk membaca laporan yang diberikan dari ejen mereka. Along senyum lebar.

"Yes..aku dah jumpa!" Along menepuk tangan tanda bangga. Akhirnya dia jumpa lokasi Dato Sharif.

"Jumpa apa?" Soal angah. Terkejut juga dia dek kerana jeritan along tadi.

"Aku dah jumpa lokasi dia. MUHHAHAHA"-along

"Kalau ye pun janganlah gelak macam orang sawan. Seram aku tengok kau ni"-angah

"Hhehehehehe" along tersengih. Perangai gila-gilanya sudah datang.

Tok tok tok
Pintu rumah dibuka oleh Shaz. Baru pulang dari sekolah. Shaz mempelawa Hairul masuk ke dalam rumah. Setelah Shaz ceritakan semuanya dekat Hairul..Hairul bertekad untuk membantu juga.

"Assalamualaikum"-Shaz dan Hairul

"waalaikusalam" sahut along dan angah.

"long..ngah. Hairul nak tolong kita juga..kitorang dah bagi surat cuti kat pengetua tadi" jelas Shaz

"Haa..baguslah macam tu. tapi kerja ni risikonya tinggi tau. Korang kena pandai jaga diri sendiri."-along

"Okei" jawb Hairul. Jantungnya sudah berdebar. 'Macam mana kalau aku mati nanti?mak!!' Desis hati Hairul.

"long..Dato Sharif ada kat mana?" Terlupa pula hendak menyoal along tadi.

"Tak jauh pun. Dia kat perak. Kau siapkan semua peralatan dan benda-benda penting. esok kita bertolak sebelum dorang apa-apakan mama,papa dan baba" along memberi arahan.

"Baik bos" angah berlalu ke biliknya.

"korang berdua packing baju ke apake..sebab kita nak ke perak esok. Siap sedia dari sekarang" kali ini arahan untuk Shaz dan Hairul.

"Okei..jom Hairul aku hantar kau pergi rumah kau siapkan apa yang patut"-Shaz

"Okei" Hairul membuntuti Shaz keluar dari rumah.

*********

" Farah!" Panggil Kapten Liza yang bekerja dijabatan polis bahagian johor.

Farah memalingkan tubuhnya menghadap Kapten Liza.

"Kami dah dapat information dari Kapten Hariz yang Dato Sharif berada kat perak sekarang ni. Esok Faris dan Farhan akan berangkat ke perak..anggota polis lain akan berangkat hari berikutnya" jelas Kapten Liza.

"Baik..saya akan berangkat esok. Kapten?"-Farah

"Saya hari berikutnya. Hati-hati" kata Kapten Liza sambil memegang bahu Farah.

"Okei. Terima kasih kapten. Kalau takde apa-apa lagi saya nak balik"-Farah.

"Awak boleh balik. Yang lain saya uruskan nanti.Jangan lupa bawa peralatan dan benda-benda yang penting nanti"-Kapten Liza.

"Okei..assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

farah keluar dari bangunan 5 tingkat itu. Masuk sahaja didalam kereta Farah mengeluarkan hpnya dan mendail nombor Lily.

Hello Lily..ambil flight malam ni boleh tak?

ehh kenapa pulak?

esok kerja dah start dah. Kita kena pergi perak. Tapi kau mesti pakai topeng tu juga masa kat sini nanti.

Okei. Aku nak packing baju..kau tolong belikan tiket boleh. Nanti sms aku jam berapa flight aku.

Okei no prob. K..bye

Bye

Panggilan ditutup. Farah memecut laju kereta sport biru tua miliknya yang diambil dari garaj rumahnya. Memandangkan tiada sesiapa yang memakai kereta itu..lebih baik Farah yang guna.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now