Please Smile | Hoseok

1.1K 70 1
                                    

Your name:Han Min Ju.

(Author POV)
Kelas 2-A1 agak sunyi kerana guru paling garang,Cikgu Min masuk ke kelas.Mereka memberi tumpuan penuh pada papan hitam.Yelah.Kalau cikgu Min nampak diorang menyembang maunya dia bagi detention sampai senja.Sapa nak?Herhh memang taklah.Hoseok duduk di belakang Minju.Hoseok hanya melihat Minju dari belakang sambil tersengih tapi masih tengok-tengoklah papan hitam.Minju pulak fokus pada papan hitam tanpa menoleh belakang langsung.Langsung tak perasan Hoseok perhati je dia macam nak makan.

(Your POV)
Aku menyalin apa yang miss Min tulis di papan hitam.Taknak kena detention.Aku rasa nak toleh je belakang sebab macam ada orang tengok tapi aku tak berani.Tiba-tiba segumpal kertas dibaling di kaki aku.Aku letak pen dan kutip kertas tu.Aku bukak and baca secara sorok-sorok.

'Nanti nak lepak rooftop tak Han Min Ju?'-Hoseok.

Aku kerutkan dahi.Peliklah dia ni.Tak pernah-pernah pun ajak lepak.Rapat pun tak sangat sebab aku selalu menyendiri.Aku jarang cakap langsung dengan sapa-sapa.Belum sempat aku simpan kertas tu dalam meja segumpal lagi dibaling kat kepala aku.Aku mula buat muka sambil bukak kertas tu.

'Jawablah.Jangan simpan terus'

Aku tak peduli langsung and teruskan menulis.Sekali lagi dia baling kertas kat aku tapi aku endahkannya.Dia baling lagi dan lagi dan lagi and last-last...dia baling sampai ke kaki miss Min...Aduhhhh....Matilah aku...

MISS MIN:Hmmm....Nampaknya Jung Ho Seok main cinta dengan Han Min Ju dalam kelas saya?Korang ingat tempat apa ni hah?Korang ingat sekolah tempat bercinta?!

MINJU:Choseonghamnida Miss Min...

MISS MIN:Jung Ho Seok.Han Min Ju.DE.TEN.TION.NOW!!!

Aku pun bangun perlahan-lahan dan berjalan ke luar kelas sambil mengeluh.Begitu juga dengan Hoseok.Ishh!Dia punya pasal lah ni!Habis dapat detention!Bencilah!Sebaik saja keluar kelas dan tutup pintu,aku terus berjalan sambil menghentakkan kaki ke kelas tahanan.

HOSEOK:Yah Minju.

Aku abaikan and berjalan.

HOSEOK:Han Minju!

MINJU:Apa?!

HOSEOK:Kelas tahanan kat sebelah sinilah.

Aku terhenti.Betul jugak.Alamak malunya.Dengan perlahan aku membuat u-turn sambil hentakkan kaki.Hoseok tersengih macam kerang busuk.

MINJU:Tepilah!*tolak bahu Hoseok*

Aku teruskan berjalan ke kelas tahanan.Sebaik saja aku masuk aku duduk di tempat duduk paling belakang and hujung.Hoseok pulak duduk 3 meja jauh dari aku.Aku pandang ke luar tingkap.Huh.Tiba-tiba Miss Min masuk ke dalam.

MISS MIN:Korang ingat sekolah ni apa?Tempat cari kekasih?Kalau macam tu tak payah datang sekolah!Menyusahkan orang lain je!

Aku menundukkan muka.Fuh kalau kena marah dengan miss Min ni memang tak boleh nak lawan.Terimalah seadanya.Tapi kenapa miss Min asyik kaitkan kekasih ni?Hoseok tanya nak pergi rooftop je kenapa sampai masuk bab cinta ni?

MISS MIN:Ni siapkan 50 soalan matematik ni!Kalau tak siap tak boleh balik!Nanti hantar kat saya!Kalau lari siaplah korang berdua!

Lepas tu Miss Min pun keluar dengan ganas.Bunyi high heels dia tup tap tup tap bergema satu hallway tu.Eloklah.Soalan math.Subjek yang palinggggggg aku SUKA sekali dalam sekolah ni.Dah lah 50 soalan.Memang seronoklah.Aku mula memikirkan jalan kira untuk soalan pertama.Selepas 10 minit aku sekarang ada dekat soalan ke 16.Aku memandang Hoseok.Aku perasan Hoseok dari tadi hanya buat relaks sambil ternganga.Dia siap letak kaki atas meja lagi.

🐣Bangtan Imagines!🐣(방탄소년단) #Book2📚Where stories live. Discover now