Your problems are mine

8.7K 271 2
                                    

Selasa

Seperti biasa, latihan softball dijalankan pada petang selasa tersebut tetapi latihan masih belum bermula. Mood Arania agak tidak baik pada hari itu kerana dimaki oleh rakan sekelasnya, Farhana. Dia hanya tertumpahkan air ke atas baju Farhana, juga dikenali sebagai Hana.

FLASHBACK (Arania's P.O.V)

Farhana perlahan lahan memandangku. Aku agak takut kerana aku tak rapat dengan dia. Beberapa minit kemudian, mata kami bertentangan. Ya Allah, tajamnya mata dia cuma tuhan yang tau. Menggeletar kaki aku memandang kan aku memang penakut dengan budak perempuan. Bagi aku derang ni bahaya.

"F*ck you" Aku terdengar Farhana berbisik perlahan.

"Aku minta maaf weih.. Sumpah aku tak sengaja. Lagipun aku terlanggar kaki kau sebab tu air aku tertumpah." Heck, Hana bangun!

"Oh sekarang kau nak salahkan aku pulak?! Mana pergi adab kau yang semua cikgu contohi sangat tu ha bit**?!" Hana menyindirku beserta dengan carutan.

Farhana kemudiannya bangun dan menampar Nia.Nia sangat terkejut tetapi dia tidak berani melawan .Satu kelas hanya memandang mereka. Tiada seorang pun yang berjaya mengalahkan sifat panas baran Farhana tu. Tiba-tiba seorang pelajar bangkit.

"Just sebab kau punya boyfriend yang bodoh tu kau sanggup tampar classmate kau sendiri? Eh kau sedar lah dia dah tak nak kat kau! Perangai kau tu kene ubah! Lelaki mana nak kat kau. Kalau kau perempuan terakhir kat dunia ni pun aku tak nak!" Jerit Afif, ketua kelas aku.

Oh putus cinta.

" Kamu semua nak menjerit bagai ni kenapa? Tak fikir ke kelas sebelah nak belajar? Harap je kelas pertama tapi bising!Siap bergaduh lagi! Tiga-tiga kamu ikut saya pergi pejabat sekarang!" Kata cikgu Rohani.

Ha, baguslah dah boleh buat novel da. Aku lak yang kene!

Kantin

"Tak payah la kau pikir lagi pasal petang tadi." Tiba-tiba ada suara insan yang aku kenali.

"Oh, Hariz. emm mana tau nih?"

"Eleh kau, macam tak kenal. Kau punya masalah suma ada kene mengena dengan aku tau. kena la amik tau.." Kata-kata Hariz membuatkan aku rasa senang hati.

"Aku tanya mana kau tau.. Jawab lain lak"

" Haha tak yah tau la mana aku tau. Tak penting pun kan?"

"Haa yelah" perbualan kami terhenti selama beberapa minit. Kemudian aku teringatkan sesuatu.

" Aduh, aku tertinggal bekas makanan aku lah Riz. Aku amik jap eh.. Kang bising lak dia" Kata ku

" Sapa dia" Tanya Hariz.

"You know who" Aku memaksudkan ibuku. Hariz juga faham aku tidak suka bercerita tentang ibuku.

"Lord Voldermort?" Hariz cuba bergurau.

"Lawak -_- okey la aku gi dulu bye." Kata ku sambil dibalas dengan anggukan daripada Hariz.

Apabila aku hampir sampai di block D iaitu blog tempat aku belajar, Aku nampak Hairie berlari-lari anak menuju ke arahku. Tanpa aku sedari, bibirku mengukir senyuman yang ikhlas dari hati.

" Hai Nia. latihan dah start ke? Nak gi mana?" Tanya Hairie.

"Latihan belum start. Aku nak amik bekal aku. Tertinggal kat atas." Balas ku dengan senyuman.

"Hairie nak ikut boleh?" Terkejut juga aku bile dia tanya macam tu.

"Eh, tak boleh tak boleh. Dekat atas ni maybe dah tak ada sesape. So kalau lelaki dan perempuan berdua duaan di tempat yang sunyi kan boleh menyebabkan fitnah. hehe" Kataku dengan bahasa yang agak kekok sambil berceramah.

"Haha okey faham. Hairie tunggu kat bawah.. Kalau jumpa hantu jerit panggil Hairie ok"

Aku tergelak kecil sambil berjalan ke tangga. Sebelum pijak ke anak tangga yang pertama, Aku sempat memandang ke belakang lalu terlihat Hairie sedang memegang tengkuknya sambil tersenyum kecil memandang ku.

Hairie.



CulikWhere stories live. Discover now