Arania terjaga dari tidur tatkala sinaran matahari mula mengejutkannya. Dia masih berada dalam bilih yang sama. Bilik tidur di rumah Hairie yang dipercayainya terletak di ruang bawah tanah kerana tidak mempunyai sebarang tingkap. Udara hanya diharapkan daripada aircorn yang terletak di penjuru bilik.
Sejak dari tadi Arania merasakan perutnya sakit yang teramat sangat. Terlalu banyak gas dalam perutnya. Mana taknya, sejak semalam menahan lapar. Arania tidak mampu bangkit walapun untuk duduk berlunjur. Tanpa disedari, air mata Arania mengalir. Arania sendiri tidak pasti sama ada dia menangis kerana gastrik ataupun disebabkan risau. Arania mula meraung agak kuat. Perutnya memulas mulas meminta diisikan sesuatu.
Tak lama kemudian, Hairie masuk ke dalam bilik itu. Dia agak terkejut dengan reaksi Arania tersebut.
"Nia! Nia okey tak?! Nak Hairie bawak pergi klinik?" Hairie gelabah.
Nia memandang Hairie sambil tersenyum mengejek. "Aku okey je, Saja exercises.. Tak nampak? Oh ya, nak bawak aku pergi klinik.. Nice.."
Hairie memandang Arania lalu menunduk ke bawah. "Aku pergi beli ubat jap." Hairie terus beredar dari situ.
Entah macam manalah kau nak beli ubat. Tah tah nurse kat sana kenal muka kau. Fikir Arania. Mengharapkan kes kehilanganyya telah dihebohkan.
Arania terfikir untuk keluar dari situ sekarang juga. Dia membuka laci yang berada di sebelah katil untuk mencari telefon bimbit miliknya atau Hairie. Dia terjumpa telefon milik Hairie pada laci atas sekali. Dia tersenyum lebar. Tetapi, mukanya berubah apabila mendapati terdapat kata laluan mengikut pattern pada telefon bimbit milik Hairie itu. Dia mengeluh berat. Perutnya makin memulas. Arania mendapat idea, dia mencuba pattern 'N' dan tidak dia sangka, percubaan pertamanya berjaya. N for Nia right, Hairie?
Muka Arania menjadi hairan. Hairan,sedih, kecewa kerana tidak perasan bahawa tiada line disitu.
"Biar betul. Tempat apa nih?" Arania menjadi seram. Dia bergegas ke tingkat atas. Tidak menghiraukan lagi perutnya yang sedang menderita itu. Dia kemudian terkaku dengan pemandangan diluar tingkap di tingkat atas.
"Holy Sh*t!" Arania kembali menurun tangga untuk masuk ke bilik'nya'. Terdapat lagi sebuah bilik di tingkat bawah tanah tersebut tetapi dia tidak peduli. Dia hanya masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu dan menangis. Apa yang dilihatnya tadi sangat mengejutkan.
Hanya terdapat pokok-pokok menghijau dan menakutkan diluar itu. Arania tidak menyangka semua itu. Dia ingat, rumah milik Hairie ini adalah banglo ataupun rumah teres. Tetapi bukan. Entah mengapa, Arania berharap agar Hairie cepat balik ke dalam rumah itu. Dia tidak mahu keseorangan. Entah betapa jauhnya pekan dari hutan ini.
Arania memang seorang yang fobia akan hutan sejak kecil. Dia tidak pernah menyertai apa-apa aktiviti jungle trekking bersama rakan-rakannya sejak sekolah rendah lagi.
Sudah lebih setengah jam Hairie pergi ke klinik, tetapi masih belum pulang lagi. Adakah perjalanan balik kesini terlalu jauh. Adakah klinik terlalu ramai pada masa sekarang? ataupun.. Adakah dia telah dijumpai pihak polis. pelbagai jenis soalan bermain dalam minda Arania. Arhhhhh! Aku tak kesah! Aku nak sesiapa je teman aku sekarang!
Arania seakan akan terdengar ada orang memanggil namanya. Mungkin sahaja ilusinya. Arania mahu saja menjerit ketika itu. Arania mendengar bunyi guruh yang perlahan. Ahh sudah! Arania menggelengkan kepalanya. Ya Allah! Ambil sajalah nyawa aku Ya Allah. Arania takut. Takut akan gangguan iblis, takut akan pohon, takut akan tempat tinggalnya, takut akan Hairie. Takut.... akan segalanya.
YOU ARE READING
Culik
Teen FictionIf you like to read simple story, then you should try my story; culik ; Sofia Arania. Seorang pelajar sekolah menengah yang memiliki fizikal yang sempurna. Kelebihan yang dimilikinya membuatkan seorang pemuda tertarik dan menjadi obses terhadap sofi...