I'm sorry for everything

7.7K 260 22
                                    

Sudah 5 minit Hairie pergi meninggalkan Arania bersama Jo. Arania mundar mandir dalam rumah itu. 10 minit terasa seperti berjam-jam lamanya. Ahhh mana pulak dia ni pergi lama lama?! Arania semakin risau. Tidak mahu dia memandang wajah Jo yang kelihatan seperti lelaki hidung belang.

"Nia.." Jo memanggil Nia dan Nia berasa hendak berlari pergi dari situ.

"Ha, kenapa? Ada apa?" Nia agak gelabah ketika hendak membalas teguran Jo.

"Tak nak tukar baju ke? Selesa ke pakai baju tu? Kalau nak tukar, pakai la baju lama Jo dulu. Ada yang kecik"

Arania mula tidak selesa dengan perlawaan Jo itu. Dia tahu bahawa perlawaan baik Jo itu ada agenda tersendiri.

"Eh, eh tak payah... Sikit je kotor ni" Jantung Nia mula berdegup kencang. Dia langsung tidak menghiraukan bajunya yang penuh dengan lumpur itu. Jo terdiam seketika. Rancangannya tidak berjaya.

"At lease, pergila basuh tangan tu dulu. basuh muka kalau tak nak tukar baju." Jo mencuba lagi. mengharapkan Arania termakan dengan kata-kata Jo.

"Tak pela.." Aku tak bodoh okey?!

"Kau tak nak basuh tangan kau, kau pegang sana sini! Rumah aku yang kotor!" Jo lantas berdiri.

Arania terkejut dan terkaku di tempat dia berdiri. Apatah kau kesah. Rumah kau memang kotor and bersepah duh.. kata Ni sendirian.

Perlahan lahan dia melangkah kaki ke pintu keluar. Apabila dia menoleh ke belakang untuk lari dari situ, Jo pantas berlari ke arah Nia lantas menarik tangannya. Arania menjerit histeria.

"AKU AKAN DAPAT APA YANG AKU NAK!" Jo berkata dengan nada yang kasar besertakan nafsu.

"HAIRIEEEEEE!!!!" Arania menjerit memanggil nama penculiknya itu sambil Jo menarik Arania ke bilik utama yang berada bersebelahan ruang tamu.

Jo menolak Arania ke atas tilamnya lalu Arania menyepak nyepak kaki Jo.

"LAHANAT PUNYA JANTAN! LEPASKAN AKU TAK GUNA! BINATANG!" Arania menyumpah seranah kepada Jo yang berpuluh tahun lebih tua daripadanya.

Jo tidak menghiraukan jeritan Arania lalu menanggalkan baju kemeja yang dia tidak butang sejak tadi. Arania cuba untuk bangun dan menyepak alat sulit Jo sepertimana yang dilakukan pada Hairie dulu namun tidak berjaya. Sepakan si gadis itu terlalu lemah dan perlahan.

"HAIRIEEEE!" Arania berkali kali menjerit nama Hairie. Mengharapkan Hairie datang sebelum dia diapa apakan.

Sebelum sempat Jo menanggalkan baju Arania, Hairie datang sambil mengacukan pistol tepat di belakang kepala Jo.

"Bergerak dan aku tembak" Hairie mengugut Jo yang sedang dalam posisi duduk berlutut berdekatan kaki Arania.

"Huh, pistol pun aku punya." Jo mencebik memandangkan dia tahu Hairie meninggalkan pistolnya do rumah dan pastinya pistol yang dipegang Hairie itu miliknya.

"Kalau kau nak tau, aku pun tak pernah sentuh dia lagi tau?" Hairie memaksudkan sentuh itu sebagai merosakkan Arania.

Tiba-tiba Jo cuba bertindak agresif dengan memusingkan badannya untuk mengambil pistol tersebut tetapi Hairie lebih pantas mengesan rancangannya lalu pantas mengetuk kuat kepala Jo mengunakan pistol sehingga dia pengsan dan terbaring di atas badan Nia. Terdapat cecair merah mengalir perlahan dari kepala lelaki miang tersebut.

Tidak sanggup Hairie mahu menembak kepala lelaki itu memandangkan Jo telah banyak menolongnya. Lagipun, Hairie tidak pernah lagi melakukan jenayah membunuh orang selama dia hidup di muka bumi ini.

Hairie menolong Nia yang berada dalam keadaan cemas dan berpeluh-peluh untuk bangun daripada badan Jo. Nia ditarik oleh Hairie untuk keluar dari situ.

CulikWhere stories live. Discover now