Part 8

7.5K 249 0
                                    

Arania's P.O.V

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Sudah sebulan berlalu, kematian Farhana masih menjadi buah mulut para guru dan pelajar. Ramai menceritakan tentang peristiwa misteri yang berlaku di block kami. Penghuni block itu tidak lagi pergi ke tandas bersendirian. Aku tidak mempunyai rakan yang karib denganku, jadi jika aku mahu ke tandas aku terpaksa pergi sendirian. Alhamdulillah setakat ini masih tiada apa-apa yang menggangguku.

Perlawanan softball makin menghampiri. Hubungan aku dan Hairie makin rapat dan aku menyedari ketidaksenangan Hariz. Aku makin menyukai Hairie. Katanya, dia menyesal kerana sudah terlanjur mawarnakan rambutnya. Dia berjanji tidak akan lagi mewarnakan rambutnya. Hidup aku makin indah. Kalau boleh aku tidak mahu pulang ke rumah yang menyeksa mental aku itu.

****************************************************************

Setelah selesai menunaikan solat fardhu Zohor, Arania keluar dari musolla iaitu surau perempuan. Orang pertama yang dia nampak ialah Hairie. Lelaki yang disukainya dalam diam.

"Mana tau Nia ada kat sini?" Sejak kebelakangan ini, Hairie lebih kerap menggunakan nama panggilan masing-masing dan itu mebuatkan Nia terikut dengan cara Hairie.

"Sekarangkan waktu Zohor, mestilah Nia baru habis solat."

"Oh, Awal pulak harini Hairie sampai." Nia berbasa basi sambil mengambil kasutnya untuk dipakai. Dia kemudiannya duduk di bangku untuk lebih mudah memakai kasut.

"Ye lah harini tiba tiba rasa rajin nak datang awal." sejurus itu, kelihatan pelajar-pelajar perempuan sebaya Nia tersengih-sengih memandang Hairie. Hairie hanya memandang mereka sambil melontar satu senyuman. Makin tergedik-gediklah pelajar tersebut.

"Jom lah." Nia berkata lalu terus berjalan sambil diikuti Hairie.

Sesudah mereka sampai di kantin, Arania menegur Hariz lalu terus duduk di hadapannya. Hairie pula makin tidak senang dengan apa yang Nia lakukan lalu duduk di sebelah Arania. Hariz pada mulanya tersenyum, tetapi sesudah melihat reaksi Hairie, mukanya makin masam.

"Bukan kau ada kelas tambahan ke harini?" Nia memulakan perbualan apabila mereka yang lain berdiam diri.

" Cancel. Kalau aku ada kelas kang payah.. Ada orang rindu aku kang.." Hariz berkata sambil tersenyum sinis.

"Buat apa aku nak rindu kau. Kau kan dah ada dalam hati aku. 24 hours haha" Arania menyatakan pickupline yang muncul dalam fikirannya secara spontan.

"Amboi da pandai da ye kau" Hanya mereka berdua sahaja yang bersuara. Hairie berdiam diri sambil bermain-main dengan telefon bimbit miliknya. Beberapa minit selepas itu, datang Rayyan dan rakan-rakannya lalu terus duduk di meja yang sama.

"Assalamualaikum wahai pasangan yang bahagia" Rayyan berkata menunjukkan Hariz dan Arania. Rayyan dan yang lain kemudian bersalaman dengan Hariz dan Hairie. Arania dan Hariz menjawab salam tersebut sambil tersenyum memandang satu sama lain.

Hairie tidak sukakan kesemua gurauan tersebut sejak dia dan Arania duduk bersama Hariz.

"Yang kau dah kenapa macam cemburu semacam ni. Lek bro, jodoh kau pasti datang." Rayyan memberi motivasi bersungguh-sungguh kepada Hairie. Cara percakapannya membuatkan yang lain tertawa kecil.

"Heelleh aku da ada la . Kau tu je bile lagi?" Hairie membalas kata-kata Rayyan diikuti dengan senyuman sinis.

"Ya Allah aku lupa kau dengan mak cik tu an sekarang. Perr maju sia kau. Aku yang kacak, sado lagi bergaya nak ngorat mak cik tu pun tak dapat tau. Susah doh." Gurau Rayyan sambil memaksudkan mak cik kantin yang datang dari Indonesia tersebut. Mereka semua tertawa agak kuat kerana mak cik tersebut sedang bergaduh bersama rakan sekerjanya. Percakapan mereka langsung tidak boleh difahami disebabkan bahasa indonya yang pekat.

"Hahahahhaha itu kau punya lah setan!" Hairie tertawa besar sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi lagi putih berseri. Mereka kemudiannya berborak dan berjenaka seperti biasa. Hariz dan Arania beberapa kali membuat eye-contact sambil tersenyum. Rayyan paling banyak menghiburkan mereka di situ.

*************************************************

PADANG

"Okey semua. Sila beri perhatian! Tarikh perlawanan belum ditentukan tapi perlawanan kita lebih kurang sebulan. Kita dah menang 3 tahun berturut-turut! Saya tak nak this year kita kalah pulak. Korang semua kene betul-betul fokus and jangan main-main lagi! Next week cuti kan? Kita akan adakan latihan dekat padang hijau Hari Selasa, Rabu dan Khamis. Ada bantahan?" Sebelum latihan dimulakan, coach Rizlan memberi sedikit 'taklimat'.

"Next week Nia datang?" Hairie bertanya sementara Coach Rizlan menyambung 'taklimat'nya.

"Inshaallah datang. Hairie?"

"Kalau Nia datang, Hairie datang je"

Eh, datang sebab softball ke sebab aku ni?

"Hairie tak keje ke" Arania bertanyakan soalan yang sudah lama dia ingin tanyakan. Tetapi, Hairie hanya berdiam diri.

"Oppps sorry tanya private question pulak" Ujar Nia lagi.

"Eh, tak adalah private mana pun. Hairie just, malas nak start keje lagi. Actually dah dapat dah keje..."

"Buat apa nak keje lagi kalau dah kaya, kan?" Belum sempat Hairie menghabiskan ayatnya, Hariz mencelah.

"Oh ya Nia. Next week kau tumpang abang aku lah" Hariz menawarkan pertolongannya. Memandangkan ibu Nia memang sering sibuk di rumah.

" Tak apa. Aku naik teksi je." Nia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lagipun, sudah banyak kali Nia menumpang Hariz.

"Kalau nak tumpang Hairie pun boleh" Hairie berkata sedemikian lalu memandang Arania dan Hariz secara bergilir-gilir.

"Eh, kau. Tak da tak da.. Nia. Minggu depan kau tunggu je aku okey." Hariz mencelah.

"Oh okey la macam tu, nanti Nia send alamat kay"

"Alamat Nia Hariz dah ada. So tak payah lah" Kata hariz sambil tersenyum memandang Nia.

"Sweet sangat. Sampai alamat pun da ada. Jeles lak aku." Hairie kemudian mengetap giginya lalu terus beredar. Sakit hati.

Hariz dan Nia terdiam sambil memandang satu sama lain.
******************************
Laptop problem. Continue later.

CulikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang