Arania terjaga. Dia keliru dan buntu. Tidak tahu sudah berapa lama dia tertidur. Rusuk kirinya terasa masih sakit dan demamnya masih belum pulih. Mungkin makin teruk? Arania terkejut. Dia baru sedar yang dia tidak berada di rumahnya sebaliknya berada di sebuah bilik yang dicatkan dengan warna oren cair. Kusam. Dia tidak menjerit kerana tiada rasa takut di dalam dirinya.
Ya, Allah dekat mana aku nih? Fikir Arania. Hanya mampu berdiam diri. Tidak tahu apa yang patut dibuatnya. Tiba-tiba, seorang lelaki yang memakai jacket berhood bewarna hijau gelap yang kemungkinan juga bewarna hitam masuk ke dalam bilik yang Arania duduki. Arania menjerit sekuat hati. Histeria. Lelaki tersebut terus menuju ke arah Arania lalu memegang bahunya.
Tanpa berfikir panjang, Arania terus menyepak alat sulit lelaki itu sekuat hati. Arania kemudiannya bangun dan berlari ke pintu bilik itu. Tetapi malangnya, lelaki berhoodie tadi menerkam belakang Arania. Arania menjerit lebih kuat. Kemudian dia terdengar lelaki itu berbisik di telinganya dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Kenapa kau macam ni? Ni Hairielah Nia! Hairie!" Lelaki itu membentak sedikit. Kecewa dengan respon Arania.
"Aku tak kesah sape pun kau! Aku merayu kau lepaskan aku! Aku ada hidup aku sendiri! Tolonglah Hairie! Tolonglah!" Arania menangis. Hairie kemudian bangun daripada menindih badan Arania. Arania tidak berlari. Penat. Sakit. Dalaman dan luaran.
"Kau selfish. Pikir pasal diri kau je. Kau rapat dengan ramai lelaki. Aku sakit kau tak kesah. Weih Nia..." Hairie memegang bahu Nia lalu membantu Nia bersandar di dinding. Arania masih lagi menangis.
"Weih, aku tak berniat pun nak buat kau macam ni. Tapi aku nak kau ada dengan aku je. Aku janji aku tak akan apa apa kan aku. Dan aku tak akan sakiti kau." Hairie memujuk Arania untuk bertenang.
"Kau baru je sakitkan aku bodoh!" Arania kini berbicara dengan bahasa yang kasar dan kurang sopan." Arania berhenti menangis. Matanya kelihatan merah. "Macamlah aku boleh percaya binatang macam kau!"
Hairie menampar muka Arania. Arania terkedu. Tidak menyangka perkara sebegitu akan berlaku. Hairie menunjukkan reaksi yang menunjukkan rasa bersalahnya. "Nia aku minta maaf. Aku tak berniat pun. Sumpah!" Hairie menyentuh pipi Arania. Arania menampar tangan Hairie.
"Kenapa kau bagi ubat tidur kat aku kalau kau sebenarnya tak nak buat macam ni?" Arania berfikir dengan bijak. Tidak mungkinlah dia akan tidur sebegitu lama. Lagipun, kemungkinan besar Hairie meletakkan ubat tidur di dalam botol airnya sewaktu mereka berada di 'padang hijau'.
"Aku fikir nak buat bende ni, sejak aku nampak kau dengan lelaki dalam bas, dengan Hariz, ha sejak tulah.. Actually aku tak terfikir pun nak bawak kau balik harini.. Tapi....."
"BAWAK BALIK" Arania mengajuk percakapan Hairie. Hairie berhenti bercakap. "Cakap jelah kau baru je culik aku!"
"Tak aku tak culik kau! Aku just nak hidup dengan kau! Weih kau tau tak betapa sayangnya aku kat kau!" Hairie berkata bersungguh-sungguh. Menegaskan bahawa dia tidak menculik Arania walhal itulah kenyataannya. Arania penat. Malas melayan orang gila sebegitu.
*************************************************
PADANG HIJAU
Rayyan cemas. Tidak mampu meluahkan kata-katanya.
"Rayyan, kamu okey tak?" Coach bertanya. Semua pemain yang lain turut memandang senior mereka itu. Sudah 2 jam berlalu selepas Hairie dan Arania pulang. "Kamu still risau pasal Arania dengan Hairie?" Sambung coach lagi.
"Syu, syu call mak Nia sekarang!" Rayyan tidak menjawab soalan Coach malah mengarahkan Syuhada, iaitu rakan sebaya Arania untuk menelefon mak Nia.
"Mana lah aku ada nombor telefon mak dia. Dia bukannya suka cakap pasal family dia. Memang tak lah die nak bagi kat sapa-sapa" Syuhada menjawab.
"Kau call dia sekarang" Rayyan membentak.
"Hey, kamu kenapa ni Rayyan?!" Coach agak berang dengan kelakuan Rayyan dan kemudian memegang bahu pemuda tersebut.
"Kau tak tau siapa dia, coach. Kau tak tahu." Rayyan mula biadap. Dia berkata dengan nada yang pasrah.
"Apa kamu cakap ni, ha, Rayyan? Apa yang jadi kat Nia?!" Coach semakin risau. Apa apa saja boleh berlaku pada Arania. Semua pemain memandang satu sama lain sambil Syuhada meminta rakan sekelas Arania nombor telefonnya dengan wajah yang gelisah.
"Nah, Rayyan. Nombor telefon Nia dengan mak dia. Kau nak call sape?" Syuhada cuba untuk tidak gelabah. Risaukan keadaan Arania walaupun mereka tidak rapat.
"Call mak dia! Cepat!" Syuhada kemudiannya menelefon Ibu Arania. Selepas 4 kali mencuba, barulah ibu Arania mengangkat telefon. Almaklumlah,sibuk.
"Assalamualaikum mak cik." Rayyan memulakan perbualan dengan teguran yang indah.
"Waalaikummussalam, ni siapa?" Terdengar suara yang lembut dari hujung talian.
"Saya kawan Nia, emm mak cik ada dekat mana?" Syukur Rayyan dapat mengawal perasannya.
"Mak cik dekat rumah ni. Maaflah lambat angkat telefon"
"Tak apa mak cik. Ni saya nak tanya, Nia ada dekat rumah tak?" Rayyan mula berdebar-debar menunggu jawapan ibu Arania.
"Sofia? Em, Sofia belum balik. Dia kata ada latihan softball dekat padang mana entah. Kenapa ya?"
Rayyan tidak terkejut mendengar jawapan ibu Arania. "Oh, Tak apa lah. Kalau dia dah balik, call saya yer, cik" Rayyan terus mematikan talian.
Rayyan senyum perli kepada coach. "She's gone" Rayyan berkata sambil mengangkat bahunya. Masih dalam keadaan tersenyum. Semua pemain serta coach terdiam. Membisu.
Apalah jadi kalau Hariz tahu pasal benda ni. Ramai pemain berfikir sebegitu memandangkan Hariz telah pulang ke rumah setengah jam yang lepas. Jadi, Hariz masih tidak mengetahui akan kejadiaan ini.
************************************
FLASHBACK
Rayyan dan rakan-rakannya masih tidak pulang. Pelajar-pelajar tingkatan tiga rancak berbual. Kemudian, kesemua mereka menoleh ke arah Hairie, seorang pelajar yang tampan dan selalu bersendirian.
"Kau tak nak pergi tegur dia ke Ryan?" Kata salah seorang rakan Rayyan, Shahmi.
"Haah, kau jelah yang paling rapat dengan dia." Kata rakannya Rayyan yang lain.
"Weih apasal hah dia tu? Hensem gila babi tapi alone je. Dah la suka usha pompuan pastu sengih-sengih. Pompuan pun cair." Sambung Shahmi lagi. Rayyan berfikir sejenak.
"Dah masuk lima tahun aku kenal dia. Perangai dia memang cam tu doh. Dia pernah kene gantung sekolah waktu sekolah rendah sebab dia masuk tandas perempuan waktu perempuan tengah salin baju." Rayyan bercerita selamba.
"Seteruk-teruk aku pun, tak delah aku sampai buat cam tu." Shahmi tidak menyangka langsung perangai budak yang agak pandai itu sebegitu.
"Dengar citer bapak die masuk penjara an?" Rakan Rayyan yang lain bersuara.
"Kau, tak tau cerita jangan memandai. Kang fitnah kang. Maybe orang saje je cakap macam tu kat dia, sebab dia obses kat perempuan." Fahmi menyatakan pendapatnya.
Rayyan terfikir. Semasa darjah 6, Hairie pernah tergila-gilakan seorang pelajar perempuan bernama Liyana. Liyana pindah ke sekolah lain kerana tidak tahan dengan perangai Hairie. Tapi itu dulu, mungkin sekarang dia sudah berubah. Siapa tahu?
****************************************
Arania duduk di dalam bilik itu seorang diri. Masih menangis. Entah-entah tiada siapa tahu. Arania bimbangkan keadaan dirinya. Arania mencari telefon bimbitnya di dalam poket, tetapi malangnya dia tidak menjumpainya. Ahh bodoh punya jantan! Arania marah. Ditipu Hairie.
Hairie kemudian masuk kedalam bilik tersebut. Memerhatikan Arania dengan wajah yang kesal. Arania tidak memandangkannya.
"Makanlah" Jemput Hairie sambil meletakkan susu putih. Agak jauh daripada Arania memandangkan Arania tidak membenarkan Hairie berada dekat dengannya. Hairie kemudian keluar dari bilik tersebut.
Haiwan pun bagi anak dia makan. Kau? Bagi aku minum air je?! Arania berang dengan layanan Hairie. Hariz.... tolong aku...

ANDA SEDANG MEMBACA
Culik
Teen FictionIf you like to read simple story, then you should try my story; culik ; Sofia Arania. Seorang pelajar sekolah menengah yang memiliki fizikal yang sempurna. Kelebihan yang dimilikinya membuatkan seorang pemuda tertarik dan menjadi obses terhadap sofi...