Mata Arania terasa masih berat untuk dibuka namun digagahkan juga gadis itu kerana ternampak wajah seorang pemuda secara samar-samar. Arania sedikit terperanjat kerana jarak wajah Hairie yang agak hampir dengan mukanya.Agak Hairan juga apabila kelihatan Hairie sudah bersiap lengkap seperti ingin keluar.
Arania bangun dan memandang ke arah lain lalu menyapu mukanya menggunakan hujung lengan bajunya. Bimbang jikalau ada air liur basi pada mukanya.
"Nia...." Hairie memulakan percakapan pada hari itu.
"hmm?" Nia membalas ringkas. Malas untuk membuka mulut selepas bangun tidur.
"Hairie.. minta maaf pasal semalam kalau Hairie sakitkan hati Nia or.."
"Tak pe. Benda remeh je" belum sempat Hairie menyambung kata-katanya, Arania memotong percakapan Hairie. Sebenarnya, Arania masih agak terkilan dengan peristiwa semalam.
"Oh, ya. Actually Hairie ada hal sekejap. So, Hairie kena pergi pekan dulu. Nia okey tak kalau Hairie tinggalkan kat rumah?"
Tinggalkan?! OH NO!
"Boleh je.. Tapi.. Jangan lama sangat tau. Arania tak biasa duduk sini sorang sorang." Ahhhh! Cakap jelah kau tak nak! Hati Arania agak memberontak dengan apa yang diluahkan Arania. Apa yang diperkatan mulut, tak semestinya dari hati, bukan?
"Oh, okey. Tak lama pun. Hairie janji. Hairie dah lambat. Pegi dulu ye!" Hairie melontarkan satu senyuman ikhlas kepada Arania sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.
NO WAY! Berapa lama aku nak duduk sini?! Macam mana kalau benda-benda tu ganggu aku lagi!
Fikiran Arania mula memikirkan perkara-perkara negatif yang mungkin bakal menggangu ketenteraman Arania.
Arania mencuci mukanya dan memberus gigi. Melengahkan masanya di dalam tandas. Dia tidak mahu mandi kerana dia takut ada gangguan semasa mandi. Sesudah selesai, menyembur minyak wangi Hairie pada badannya buat pertama kali. Wanginyaaaa. Arania memejam matanya untuk menikmati lagi bau minyak wangi Hairie itu. Ah! Kalau macam ni tak mandi pun tak pe.
Tiba-tiba Arania terfikir sesuatu. Yang menggerunkan?
What if.... aku lari dari sini harini? Namun begitu, Arania masih bimbang jika dia telah kesuntukan masa. Selepas berfikir beberapa minit. Dia memutuskan untuk cuba keluar daripada situ. Why not right?
Arania berlari lari anak menaiki tangga ke tingkat pertama. Dia cuba membuka pintu namun gagal. Dia mencari-cari anak kunci di dalam almari. Tak kan tak ada kunci pendua kut?! Hati Arania merungut. Hal yang paling dibimbanginya sekarang, tak lain tak bukan. Masa.
Arania terjumpa segugus kunci lalu membelek-belek kunci tersebut. Ah, sempat ke nak try semua?! Arania membebel dalam hatinya sambil mencuba cuba. Dia hanya mengagak kunci yang kelihatan sesuai. Tangan Arania agak menggeletar sehingga kunci yang dipegangnya hampir jatuh.
Selepas percubaan keempat, Akhirnya Arania berjaya. Dia tersenyum kecil namun senyumannya mati tatkala membuka pintu itu. Hutan. Ahhhhh lupa kan!! Arania menguatkan hatinya supaya dia tidak menjadikan ketakutan sebagai penghalangnya untuk keluar daripada situ.
Arania sempat memandang rumah Hairie itu. WAH! Arania agak kagum dengan kreativiti dan reka bentuk yang difikirkan oleh orang yang mencipta rumah ini. Di bahagian luar, rumah ini dipasang dengan kayu bewarna coklat gelap yang sangat menghampiri warna hitam sehingga menampakkan rumah itu agak usang dan terbiar. Di dalam pula, rumah itu lebih berkonsepkan kondominium yang serba putih dan canggih.
Ahhh, seriusly?! Arania membuat muka menyampahnya apabila dia terlupa akan telefon bimbitnya dan terpaksa masuk semula ke dalam rumah itu untuk mengambilnya. Dia tahu di mana Hairie meletakkan telefon bimbit miliknya lalu dia terus berlari memasuki rumah tersebut.
YOU ARE READING
Culik
Teen FictionIf you like to read simple story, then you should try my story; culik ; Sofia Arania. Seorang pelajar sekolah menengah yang memiliki fizikal yang sempurna. Kelebihan yang dimilikinya membuatkan seorang pemuda tertarik dan menjadi obses terhadap sofi...