Today is the day

7.2K 245 5
                                    

Arania sampai ke 'padang hijau' setelah menumpang kenderaan kepunyaan abang Hariz. Hari ini Arania merasakan badannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Kemungkinan dia demam. Dia mula merasakan sedemikian sejak malam semalam tetapi dia tidak memberitahu ibunya memandangkan dia sangat jarang berbual dengan ibunya.

Setelah selesai warm up bersama-sama rakan sepasukannya, Arania dipilih sebagai pemukul no.4. Arania agak gementar kerana risau dia akan pengsan ketika sedang bersedia untuk memukul bola. Dia tidak mahu memberitahu sesiapa kerana dia masih mahu bermain.

"Arania, okey tak ni? Macam tak sihat je?" Hairie menegur Nia. Ya, dialah orang pertama yang sedar akan keadaan Nia.

"Okey je. tak yah risaulah." Arania tersenyum hambar. Mukanya kelihatan pucat tetapi masih jelita.

"Okey lah. Hairie duduk kat sana eh." Hairie menunjukkan pondok kecil yang terdapat empat bangku yang membentuk segi empat. Kosong ditengah-tengahnya. Pondok itu juga tempat Arania meletakkan botol air bewarna biru cairnya.

"Oh, okey" Balas Arania lalu Hairie terus ke pondok tersebut.

***********************************************

Giliran Arania untuk memukul bola

"Okey, ready eh Nia?" Kata coach yang sedang berada di belakang catcher iaitu sebagai empire.

"Ya." Nia memandang tajam ke arah Khairul yang sedang menjadi pitcher.

Bola pertama.

"Srike!" Jerit coach "Fokus Nia." Sambung coach lagi.

Bola kedua.

"Auchhhhh!" Nia menjerit kuat lalu rebah ke tanah. Masih dalam keadaan sedar. Bola yang dibaling oleh Khairul terkena rusuk kiri Nia.

"Weih sorry weihh!!" Khairul meminta maaf dari jauh.

"Tak pe tak pe." Balas Nia tanpa memandang muka Hairie sambil bangun.

"Okey tak ni Nia? Duduk dengan Hairie." Kata Hairie. "Ha, pergilah Nia. Rehat dulu" Sambung coach.

"Oh, okeylah." Kata Arania sambil terus berjalan bersama Hairie ke pondok kecil yang diduduki Hairie sebentar tadi.

Arania pantas mengambil air minumannya. Dia minum dengan banyak sekali sambil diperhatikan Hairie.

"Nak Hairie hantar Nia balik? Muka Nia dah pucat. Kang Nia pengsan kang." Hairie memujuk Arania untuk pulang.

"Tak apalah, sikit je nih" Kata Arania sambil matanya ditutup.

Hairie kemudian terus berjalan ke arah coach dan yang lain. dan berkata.

"Aku nak bawak Arania balik.Dia nak balik. Tengok tu dah tertidur dah dia" Katanya sambil menunding ke arah Hairie.

"Eh, kau tak ada. Bagi aku je bawak balik dia. Aku tak percaya kat kau." Rayyan kemudian mencelah sambil berdiri betul-betul di hadapan Hairie. Semua yang lain hanya memandang mereka termasuklah coach. Tidak tau apa yang sebenarnya terjadi antara mereka berdua.

"Eh kau tu dah la bawak moto je. Lagilah! Kau tak percaya apanya kat aku! Dah lah!" Hairie berang sambil menolak Rayyan lalu terus menuju ke arah Arania yang sedang tidur. Rayyan kemudiannya menarik bahu Hairie lalu menumbuk mukanya. Geram kerana ditolak Hairie. Mereka bertumbuk sebentar lalu dipisahkan oleh coach dan pemain softball lelaki yang lain.

"Rayyan! Hairie! Kamu datang sini untuk tunjuk adik-adik kamu main softball! Bukannya bergaduh! Okey, saya pun kesiankan Nia so Hairie boleh bawak balik Nia dan terus balik rumah. Saya tak nak ada apa-apa masalah lagi. Rayyan, kamu stay kat sini. Dengar arahan saya. Cikgu kamu tak ada kat sini so dengar semua arahan saya." Coach memberi keputusannya. Muktamad.

Hairie tersenyum lalu berkata. "Dengar tu" Dia kemudian meninggalkan Rayyan yang sedang berang. Risau akan Arania.

"Nia, coach suruh Nia balik je, lagipun coach risau apa apa jadi kat Nia." Hairie berkata sedemikian untuk menyedapkan hati Arania. Arania membuka matanya sedikit sahaja lalu mengangguk lemah. Hairie memimpin tangan Nia menuju ke keretanya. Rayyan hanya memerhati sambil mengeluh berat. Ragu-ragu tentang apa yang bakal berlaku.

Ya Allah, selamatkanlah Arania daripada lelaki tu. Rayyan hanya mampu berdoa dalam hati.

Setelah masuk ke dalam kereta Mercedes kepunyaan Hairie yang berwarna silver itu, Arania terus terlelap.

"Nanti bagitahu Hairie rumah Nia kat mana eh" Kata Hairie sambil tersenyum. Mengetahui Arania tidak mendengarnya.

"So, today is the day ya, honey" Hairie berkata perlahan. Senyuman lebar terserlah di wajahnya.

CulikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang