Love sucks

8.8K 266 3
                                    

Sebelum sampai ke tingkat atas, Arania terdengar jeritan yang memanggil namanya.

Eh, suara Hairie ke tu?? Alah, die panggil aku pastu kata kat blakang aku ada hantu lah tu.

Arania tidak mengendahkan suara Hairie walaupun Hairie masih terus menjerit memanggil namanya. Lagipun, Arania perlu sampai ke tingkat atas sebelum dapat melihat Hairie yang berada di bawah. Apabila Arania sampai ke tingkat atas sekali dimana kelasnya berada. Arania sangat terkejut apabila melihat Farhana sedang memanjat ke atas dinding koridor.

"Ya Allah Farhana kau nak buat apa!! Weih turun!!"

Arania's P.O.V

Ya Allah, padanlah Hairie menjerit panggil aku. Aku memikir sambil berjalan menghampiri Farhana yang sedang menangis sambil berdiri di atas dinding koridor tersebut. Aku dapat dengar seseorang sedang berlari menaiki tangga. Kelihatan makin ramai pelajar dan guru berkumpul di bawah.

"Kau bodoh! Jangan datang dekat dengan aku!" Kata Farhana dengan tegas kepadaku.

"Jangan sesapa naik dah!" Sambung Farhana lagi khas kepada semua yang berada di bawah. Hairie berdiri di belakang aku sambil menggeleng kepalanya. Aku tak berapa pasti apa yang dimaksudkannya.

Kini hanya aku, Hairie dan Farhana, yang sedang memandang ke arah kami berdua secara bergilir-gilir sambil menangis sedang berada di blog ini.

"Hana, kau jangan jadi bodoh nak bunuh diri cuma sebab cinta. Kalau kau bunuh diri pun apa yang kau dapat. Eh, fikir masa depan kau" Kataku dengan keras dalam masa yang sama cuba memujuk.

"Kau tak kan faham. Kau tak pernah bercinta! Kalau aku hidup pun, aku cuma akan fikir kat dia sorang je! Dia lah masa depan aku!!" Jerit Farhana sambil memegang kepalanya tanda serabut.

"Weih! Banyak lagi lelaki lah kat dunia ni! Kalau die perfect sangat dia tak akan tinggalkan kau! Weih kau tau tak apa balasan orang yang bunuh diri! Weih please dengar cakap aku! Fikir family kau!" Aku makin tak boleh tenangkan diri sendiri. Aku gelabah. Sebenarnya aku juga tidak tahu siapa lelaki yang meninggalkan Farhana itu.

"You will never understand me" Kata-kata terakhir daripada Farhana beserta senyuman hambar kepadaku. Dia terjun daripada dinding itu. Aku sempat lari mencapai kakinya, namun aku terlepas. Fikiran ku kosong. Ramai cikgu perempuan dari belakang segera memelukku yang sedang berkhayal sambil menangis. Aku sedar bahawa cikgu-cikgu telah naik ke atas semasa kejadian itu tetapi tidak berani menghampiri Farhana. Bimbang dia terjun.

But now, she's gone. Pandangan ku makin gelap. Kedengaran siren polis dan ambulance tiba. Aku sudah lagi tidak sedarkan diri.

Bilik Kesihatan

Arania terjaga. Dia memandang Cikgu Intan sambil tersenyum. Cikgu Intan juga memandangnya sambil tersenyum hambar. Kelihatan mata Cikgu Intan sembab tanda baru lepas menangis.

"Cikgu bagitau saya apa yang saya fikir semua mimpi" Kata Arania berharap. Cikgu Intan hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Air mata mula membasahi muka Cikgu Intan.

"Cikgu.. Kalau saya sempat tarik kaki Hana tadi....."

"Tak. Bukan salah kamu Nia. She made her own choice. Not your fault. At all." Pujuk Cikgu Intan. Bimbang jikalau Arania mula berfikir bahawa dirinya yang bersalah.

CulikWhere stories live. Discover now