It's only you and me

7.4K 218 2
                                    

Arania's P.O.V

Dah enam hari aku kat sini kalau tak silap. Hairie masih layan aku macam biasa. Tiada tanda-tanda obses dia ingin merosakkan ku. Sudah 33 solat farhdu aku tinggal. Tudung? Hari pertama lagi sudah hilang. Aurat utama aku ditayang. Ini bukan diriku! Aku tak sejahil ni! Ya Allah, ampunkan aku... Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. Mak.. maafkan aku, mak. Tiba-tiba saja aku teringatkan dosa-dosa aku pada ibuku.

*************************************

Kehilangan Sofia Arania selama enam hari membuatkan lebih ramai ibu bapa berwaspada akan anak-anak mereka. Ibu Arania di rumah tidak henti-henti menangis dan menyalahkan dirinya sendiri. Puas sedara maranya pujuk, namun dia masih tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia menyesal kerana tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya pada anak tunggalnya itu sejak suaminya meninggal dunia.

Di sekolah pula, Hariz, Syafiq, Rayyan dan juga ahli pasukan softball malah warga sekolah berasa terkilan dengan kehilangan Arania. Namun, Perlawanan softball tetap dijalankan. Selepas 6 hari tidak menjalankan latihan softball, Cikgu Farihin memilih untuk tetap mengadakan latihan pada petang itu.

Padang Sekolah

"Assalamualaikum murid-murid semua. Saya pasti semua dah tahu pasal kehilangan Sofia Arania iaitu shorstop kita. Sudah enam hari kita berhenti daripada menjalankan latihan softball, jadi pada hari ini, kita akan teruskan latihan kita! Pencarian shortstop akn diteruskan." Puan Farihin memberi sedikit ucapan setelah kesemua ahli pasukan softball tiba di padang. Ucapan itu diberikan dengan nada yang pilu.

"Cikgu dengan Rayyan sebenarnya dah tahu kan Hairie tu macam mana? Tapi kenapa korang berdua tak halang dia daripada main ngan kitaorang? Cikgu nak teruskan latihan and biarkan je Arania yang entah hidup atau tak lagi sekarang ni?! Cikgu tak rasa bersalah ke? Kau, Rayyan! Kau paling tau pasal dia! Apahal kau tak halang dia daripada terus bersama ngan Arania? Korang berdua patutnya dipersalahkan!But, you guys were so lucky sebab terlepas daripada pihak polis cam tu je. So nice!"

Hairie emo. Melepaskan caci-cacian pada Rayyan dan Puan Farihin tanpa rasa kesal dan tanpa menghormati mereka. Satu padang memandang Hariz yang memekik dengan suara yang kuat dan lantang. Hariz tidak peduli. Dia sangat sayang dan rindukan Arania. Dia tidak peduli dengan perempuan-perempuan lain yang tergila-gila kan dia. Baginya, tiada siapa dapat dibandingkan dengan Arania.

"Kau cakap pakai otak boleh tak?! Manalah aku tau dia still macam tu! Sebab tu aku risau waktu dia nak bawak balik Arania. But then dia terlepas gak kan?! Aku tak tahu weih! Aku tak pasti! Aku langsung tak sangka dia nak culik Arania! Kau dengar tak weih! Kau pandang aku weih!" Rayyan lebih mental daripada Hariz. Sambil dia memekik, dia memegang kolar baju sukan Hariz. Hariz hanya terdiam.

"And then kamu nak suruh saya buat apa Hariz? Saya pun tak sangka dia akan buat macam ni dekat Arania. Saya agak terkedu dengan kemunculan dia sebab dia obses dengan perempuan. Tapi saya ingat pasal dia baru balik dari UK tu betul, rupanya tidak. Lagipun, dia dulu ada kes pasal bapanya.."

Kata-kata Puan Farihin yang lemah lembut tadi terhenti. Dia menyembunyi kan sesuatu.

"Apa yang cikgu nak sorokkan lagi? Bagitahu jelah?!" Hariz mula emo semula.

"Sebab kamu nak sangat bertengkar dengan saya, latihan harini dibatalkan. Latihan lain hari akan diberitahu saya nanti. Maaf ya murid-murid." Puan Farihin terus beredar dari situ dengan hampa.

CulikWhere stories live. Discover now