This one is indeed a true story...
Google know everything as long as it exists...
Aku pada waktu itu dalam perjalanan ke kelas ketika waktu kelas tambahan malam ketika aku 12 tahun. Seorang demi seorang kawan yang datang sampailah kehadiran penuh. (Memang selalu berkumpul di kawasan tempat letak kereta depan pagar sekolah sebelum masuk kelas sebab semua takut jalan seorang)
Aku and 'the gang' pun pergilah jalan sama-sama. Adalah budak-budak kerek konon berani jalan paling depan tetapi mata tengok kiri kanan belakang takut ade yang tiba-tiba mari 'ngap'.
Kalau nak pergi kelas memang kena lalu depan makmal komputer sebelum sampai kat kelas kami yang ada kat bangunan paling hujung sekali yang selalu orang kata 'haunted' selain bangunan kayu yang kononnya ada mayat askar jepun yang tertanam. Sahihnya cerita itu tiada yang pasti kecuali cerita seram bahawa bilik air yang terletak di bangunan 'haunted' itu dahulu adalah bilik mayat askar jepun. Cerita itu sahih penipuannya kerana bangunan itu baru didirikan sepuluh hingga dua puluh tahun dahulu. Lainlah cerita bangunan kayu itu yang memang sudah lama dan mereput menunggu masa hendak roboh.
Sambung pada cerita tadi, alkisahnya, aku yang memang kaki malas belajar berjalan paling belakang sekali (berjalan di belakang sekali pun dikira berani walaupun hakikatnya aku malas) aku lihat budak lelaki 'chubby' kelas sebelah yang jadi geng main game 'Dragon City' tengah menekap muka chubby putih kemerah-merahan dia di tingkap bersama kawan-kawan classmate dia.
Aku bukan kaki penyibuk, aku pun malaslah nak tunggu classmates aku yang lain yang sangatlah nak menyibuk mahu tengok sekali ape yang chubby itu tengok, tetapi tangan aku sudah ditarik kawan dahulu dan di situlah aku nampak, perkara yang paling seram aku pernah nampak...
Siapa yang genius pasang komputer lepas itu tidak switch off?!
Membazir eletrik sungguh...
Sudahlah guru besar bukan main bersemangat kata mahu jimatkan eletrik siap membebel panjang lagi pasal kena tutup kipas lepas tiada orang dalam kelas.
Ini komputer dibiar terpasang! Tahu atau tidak berapa banyak tenaga eletrik diguna semata-mata untuk menghidupkan komputer?!
Aku membebel fasal eletrik dengan kawan aku dan dia renung aku semacam. Aku yang memang lambat nak pick up pun tanyalah kenapa. Dia terangkanlah kat aku.
"Kak Ti (petugas di makmal komputer) bukan ke balik waktu petang ke? Dia kuncikan pintu makmal?Habis tu kenapa komputer tu terpasang malam-malam camni?"
Aku pun fikir jauhlah jugak. Mungkin adelah sengal mana-mana yang keluar dari makmal sebelum Kak Ti balik dan lupa tutup komputer. Tetapi macam tak logik yang komputer tu masih tunjuk window screen dengan selambanya dan bukan screen saver macam yang biasa. Hmm, macam tak berapa nak logik.
Tiba-tiba budak chubby tu menjerit kata "Mouse bergerak! Mouse bergerak!!"
Classmates yang memang sudah sedia ketar lutut dan penakut ni memang takkan tengok belakang punya. Elok-elok jer tangan aku kena tarik dan aku terpaksa lari sekali memecut ke kelas meninggalkan budak chubby tu yang memang tahap kura-kura lariannya.
Selepas 15 minit...
Masa ini adalah waktu rehat sebelum sambung kepada matapelajaran kedua malam itu. Waktu inilah kami buat rombongan Cik Kiah ke tandas surau awam yang ada berdekatan dengan blok kayu konon tempat perkuburan tu.
Yang lain jalan secara beramai-ramai ikut jalan jauh yang mengelakkan laluan berdekatan dengan bangunan blok kayu itu. Aku yang memang kaki pemalas ni lalu selamba je. Walaupun memang aku jalan secara laju sambil buat muka poker face supaya tiada orang syak yang sebenarnya aku ini mudah luluh jantung juga.
Sampai di sana memang aku sampai dulu sebelum rombongan tu sampai. Sambil tunggu budak-budak lain habis guna tandas aku berborak dengan si chubby, budak lelaki jiwa halus dan galah (tiga budak lelaki ini sengaja tidak disebut nama tetapi disebut gelaran mereka)
Budak chubby yang ditinggalkan tadi bersemangat menceritakan apa yang dia nampak. Habis sahaja die cerita, aku kurang pasti mahu takut...atau ketawa.
Ceritanya dia nampak mouse tu bergerak sendiri dan membuatkan 'cursor' bergerak secara rambang. Kerusi yang berada di hadapan komputer itu juga bergetar.
Cursor itu bergerak dan apa yang diklik cursor itu adalah...
Google.
Seriously? Google...?
Apa yang apa-benda-pun-benda-tu nak cari sebenarnya?
Apa yang lagi menghairankan aku, dan paling membuatkan aku fed up, wifi terpasang rupanya selama ni. Sudahlah tidak tutup komputer, wifi pun terpasang juga? Kalau aku tahu aku bawa sekali E-book dari rumah, boleh main game dalam internet dari dengar cerita mengarut macam ni?
Kan?
YOU ARE READING
Koleksi Lawak Seram
Randomkoleksi cerita lawak seram yang benar dan tidak benar dari zaman sekolah! yang diceritakan mengikut cerita 'legen' yang selalu ditokok-tambah dari generasi ke generasi.