cerita ini tidak melibatkan yang hidup mahupun yang sudah mati (ataupun tidak wujud atau tidak dapat dikenal pasti, tidak dapat dilihat,didengar dirasa etc...)dan hanyalah jokes yang dibuat di dalam kelas bahasa inggeris bersama sorang kawan baik...
okey time untuk skip masa dari sekolah rendah kepada sekolah menengah, tingkatan 2. Alkisahnya, kami sekelas terpaksa melakukan suatu tugasan yang tidak dapat diingat tetapi muncul idea pelik buat poem ni...
tajuk poem ni: Abang
abangku tetap dihati,
berjanji menemaniku sampai mati,
tak boleh nak kata betapa senang rase hati,
mendapat abang yang sangat baik hati.
kadang-kadang mulutnya boleh tahan kasar juga,
kalau dia marah memang kena jaga-jaga,
tapi katakanlah adiknya ini merajuk,
mulutnya manis sahaja untuk memujuk.
ketawanya memang didengar sangatlah merdu,
sampaikan tetiba hati jadi syahdu,
kalau dia bersyarah aku yang terkedu,
tapi senyumannya masih manis seperti madu.
abangku gagah ibarat laksamana,
dimataku dia nampak sempurna,
kalau dia tiada disisi mesti rasa merana,
sayang sangat sampai tak tahu nak cakap macam mana.
tetapi memang tiada yang sempurna,
mesti ade kekurangan dimana-mana,
tetapi aku simpan kelemahannya,
nak tahu rahsianya?
abang saya memang sempurna tetapi kelemahan paling besar dia ada ialah...
HE NEVER EXIST
miahahahahaha, okey, memang yang ni bukanlah seram sangat tapi rasanye idea ini sudah cukup baik memandangkan idea tengah kering
YOU ARE READING
Koleksi Lawak Seram
Randomkoleksi cerita lawak seram yang benar dan tidak benar dari zaman sekolah! yang diceritakan mengikut cerita 'legen' yang selalu ditokok-tambah dari generasi ke generasi.