5. Clones

269 13 3
                                    

cerita ini tidak dapat dipastikan kebenarannya dan berkemungkinan besar sekadar ilusi mata yang langsung tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah mati atau yang memang tak hidup hidup.

okay, memang selama ini saya ada dengar bahawa tanah di mana rumah saya dibina ini adalah sebenarnya tanah yang dahulunya tempat orang menyembah berhala, dan dengarnya ada perkampungan bunian di sini.

tetapi itu sekadar intronya sahaja kisahnya begini, kejadian ini telah berlaku beberapa kali dan saya hanya ingat tiga daripadanya.

1. kejadian ini berlaku kepada saya

waktu:lepas balik sekolah, tingkatan 2 maybe

lepas sahaja bersihkan diri lepas balik sekolah, saya ambillah bakul baju saya untuk dimasukkan ke dalam bilik dan saya lihat kakak ketiga saya sedang tidur di atas sofa, telefonnya betul-betul berada di sebelahnya seperti selalu.

lepas sahaja kerja tu selesai yang tidak mengambil masa lebih daripada 2 minit, saya lihat kakak saya baru sahaja keluar daripada biliknya serentak dengan ibu saya. sebagai seorang adik yang baik (semata-mata di depan mak) saya tegur dia dengan mesra.

"kak, dah bangun tidur, baru tadi nampak tidur atas sofa"

mak dan kakak saya buat muka bingung. katanya kakak saya tak keluar bilik pun dari tadi. huhu tapi itu bukan yang buat saya seram

ada lagi!

2.dua orang mak.

ini cerita kak long saya, masa itu dia baru balik dari kuala lumpur dan sampai di rumah lewat malam. mak saya yang bukakan pintu untuk dia. TAPI, sebaik sahaja mak saya buka pintu kak long saya terus tarik dia masuk ke dalam rumah, mak saya tanyalah kenapa.

rupa-rupanya dia nampak mak saya sedang tunggu dia di luar rumah dan duduk di atas beranda rumah kami. tapi mak saya baru sahaja bukak pintu. itulah yang dia naik gerun.

saya tak takut sebab tu bukan terjadi pada saya dan cerita ini bukan menakutkan sangat pun.

tapi hairanlah jugak kan, kadang kadang tu adalah was was yang saya ni cakap dengan orang yang betul ke clone je ni? yalah mana tahu kan tiba-tiba saya cakap ngan kawan saya kat sekolah last2 esok pagi dia kata dia tak mari sekolah sebab demam.

orang lain hati-hati jugaklah ya

Koleksi Lawak Seram Where stories live. Discover now