look at the picture, somehow resembles me watching horror movies...actually i was half way to write a special fic of ramadhan but the due date had passed and i missed it because of some stupid things that occur so, yeah i skip that one and moved on to this fic. well, selamat hari raya aidilfitri even though hari ni dah hari raya yang keberapa dah...
and the story begins...
well, not really a story,
lebih kepada apa yang terlintas dalam kepala hotak mereng tak guna saya ni, so, like, malam tadi (yup ni terjadi malam tadi) saya yang memang kaki tak sosial dan memang suka memendap dengan komputer semata, finally done berdebat dengan kawan dan tajuknya serta isinya tak payah nak disebutlah disini, private. oleh itu, saya yang merupakan orang islam dan tidak sepatutnya tinggal sembahyang ambillah air sembahyang sebelum duduk kat sejadah nak sembahyang isyak dalam pukul 12 malam or something like that lah.
tengah pakai kain sembahyang, tetibe otak saya yang 'vangang' ni mula start reka cerita hantu sendiri, biasalah, bila nak beribadat kepada tuhan ada aje cite-cite karut datang dari otak menghalang kita dari melakukakan ibadat, sudah tentu ia boleh diambil kira sebagai perbuatan syaiton jahanam.
dan masa nak sembahyang tu jugaklah saya terfikir...
memang rumah saya ini mempunyai perkara pelik sikit, such as, tapak tempat rumah saya tu dulu tempat pemujaan berhala, jadi memang banyaklah cite berkumpul. tambah pula, lepas rumah tu siap dan mak dan arwah abah saya tinggal kat sana, beberapa siri kejadian terjadi, contohnya masa diorang balik kampung, ada perompak nak pecah rumah, bila dia masuk pintu pagar niat nak merompak dia tak jadi sebab ada 'orang' dalam rumah tu yang sedang memasak kat dapur. entah macam mana tapi dia kena tangkap dan sekarang ni pun still ada orang kata yang bila kami keluarga takde kat rumah sebab balik rumah kat kelantan, ada 'orang' yang buat something macam memasak, berjalan, lari etc, cite penuh pasal rumah saya tunggu lain kali ya.
dan ade jugaklah cerita pasal tiang seri yang ada dulu kat rumah saya ni tetapi dah kena buang oleh cik long dan ayah long saya yang memang pandai ilmu agama ni... dan katanya jin (saya rasa memang jin kot, tapi tak tahulah betul ke tidak) tu suka kat kak long saya, dan kemungkinan besar penyebab kepada saya yang suka cakap sorang-sorang time kecik dulu.
mak saya kata saya tak patut takut sebab tiang seri yang jadi penyebab kepada several kejadian pelik kat rumah tu dah kene buang, tapi mak saya takde sebut pasal kat mana tiang seri tu terletak dulu, mula mula saya terfikirlah mana mende tu duduk, last-last saya menyesal fikir sebab kemungkinan besar yang mende tu ade kat dalam bilik saya sebab dulu bilik saya ialah bilik kak long saya yang disukai benda tu (maybe sebab tulah jelmaan 'mak' saya muncul tunggu kak long saya depan tangga masa dia baru balik kampus)
tiang seri di bilik saya.
guess what, saya tengah berdiri siap pegang kain sejadah di tengah-tengah bilik saya.
time tulah rasa tak sedap hati, jadi saya tenangkan hati saya dengan kata, "alah bende tu tak wujud, tiang seri tu takde dah"
pastu otak bangang saya fikir "camne kalau mende tu dengar ape yang saya cakap dalam hati?! ni dikira seru dah ni! camne kalu dia mari!"
badan saya kaku kejap kat situ, dan tetiba saya rasa takut yang amat untuk tengok cermin yang ada kat bilik saya tu.
terus saya sambar kain sembahyang saya dan keluar dari bilik saya dengan berjalan laju, tak boleh lari sebab takut bergegar lantai kayu dan alamatnya, saya sembahyang dalam bilik mak saya dan tak tido until esok pagi saya sedar yang saya tertidur dalam bilik mak saya sebab takut sangat.
huhuhuh malu gila...
tapi seriously, rasa takut tu macam nak meletup dada, macam ada orang perhati je macam tunggu masa sahaja sebelum kene sambar benda tak sepatutnya. masa nak tulis benda ni pun rasa tak sedap hati
yay....tak sabar nak tunggu malam ni tengok macam mana **dengan nada perli
YOU ARE READING
Koleksi Lawak Seram
Acakkoleksi cerita lawak seram yang benar dan tidak benar dari zaman sekolah! yang diceritakan mengikut cerita 'legen' yang selalu ditokok-tambah dari generasi ke generasi.