4. KIDS.ARE.CREEPY

346 15 5
                                    

cerita ini tiada kaitan langsung dengan yang hidup atau yang mati dan kemungkinan besar hanya rekaan atau ilusi kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai masalah kebosanan terlampau.

okey, pernah alami situasi di mana ibu/bapa anda cerita kisah perangai pelik/lawak/lucu/memalukan yang anda-anda yang bijaksana ini buat? kalaulah namanye memang ibu bapa tak sah kalau tak cerita.

memang mesti ada pengalaman yang buat and face palmed dan kate "eh,eh betul ke ni aku? ya Allah, malunya!! >//////<" dan memang ibu bapa kita akan cerita dengan kuatnya dengan sanak-saudara yang memang kaki penyibuk belaka.

tapi cerita ini lain sikit. lepas sahaja ibu saya habis cerita pengalaman masa menjaga saya ketika kecik dan tak cukup akal beliau cerita pasal something yang pelik sikit pasal saya.

nak dijadikan ceritanya...

maka,seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun ke atas dan dalam proses mengenal huruf dan abc, yakni saya masa masih kecil, selalu dilihat tidak bersosial dengan kanak-kanak lain dan hanya bersendirian. memang tidak patut dipersalahkan kenapa dia selalu sendirian since kawasan kejiranannya semua budak lelaki atau orang dewasa semata-mata dan semua kakak-kakak even yang beza umur dua tahun pun sombong konon taknak kawan dengan budak kecik. huh, ini semua poyo.

jadi, keluarga kanak-kanak kurang social life ini sentiasa melihat anak perempuan ini bermain seorang diri. kadang bercakap, kadang tergelak dan kekadang buat tea party sambil main anak patung. semuanya seorang diri. itupun dipandangan mata mereka.

hakikatnya apabila ditanya, anak perempuan ini nyata seronok bukan bermain seorang diri, tetapi bermain dengan 'kawan baik'nya. dan nama kawan baiknya itu adalah Alila dan umurnya tidak dapat dikenal pasti. 

maka hari-hari berlalu pergi dengan keseronokan yang sangat indah dan mewarnai kehidupan seorang kanak-kanak. anak perempuan itu sering dilihat bermain sorok-sorok, patung teddy bear dan macam-macam lagi dengan kawan baiknya itu.

setiap hari, anak perempaun itu menceritakan pada keluarganya pengalamannya bermain ,keluarganya yang sudah imun dengan cerita kawan baik anak perempuan itu hanya bertanya 'seronok main dengan Alila hari ni?"

anak itu pun dengan rileksnya kata "seronok. tapi bukan dengan Alila. Adik main dengan Kak Liza, kak liza ada rambut hitam panjang. cantik sangat kak liza,comel pulak tu. dia teman adik  main buaian tadi"

ternyata jawapan itu agak menyeramkan, perempuan cantik+rambut panjang+buaian= sesuatu yang mungkin kita tidak sepatutnya seru.

hari-hari berlalu dan suatu hari ketika anak perempuan itu balik dari tadika, anak itu hanya berdiam diri. tidak lagi bermain dengan Alila/Kak Liza.

bila ditanya kenapa tidak bermain dengan kawan baiknya itu, jawapannya mudah,

"Dia kena langgar kereta masa nak pergi sekolah"

dan meninggalkan keluarganya terkedu sedangkan anak perempuan itu kekal tenang riak wajahnya.


baiklah cerita ini memang betul terjadi pada saya malahan saya sendiri kanak-kanak perempuan itu. masalahnya saya langsung tidak ingat siapa Alila atau Kak Liza malahan nama tu amat janggal didengar telinga.

mungkin saya reka kawan imaginasi sahaja sebab saya kebosanan main seorang diri malahan fakta mengatakan bahawa seorang kanak-kanak menyelesaikan masalahnya terutama dalam hal sosial dengan membuat suatu karakter dalam mindanya yang menjadi kawan imaginasinya. dan mungkin bahagian kena langgar kereta itu hanya salah satu cara seorang kanak-kanak meninggalkan kawan fantasinya. fikir positif k?

dan kemungkinan besar dialog yang ada di dalam ini sudah di'edit' dan di'sunting' beberapa kali tetapi content dan penyampaiannya still membawa maksud yang sama.

anyway, saya ada satu fiction yang saya terbayang jalan ceritanya yang melibatkan beberapa watak yang membuatkan saya benar-benar ingin cuba untuk melukisnya. ada lima kesemuanya dan semuanya sudah siap dilukis dan diwarnakan kecuali yang satu daripadanya yang still on the way. ini ialah salah satu daripadanya: 

so amacam okey tak?

so amacam okey tak?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Koleksi Lawak Seram Where stories live. Discover now