2.Perkhemahan

650 15 5
                                    


Camping had never been this riot....with gossips!!!! 


Cerita ini memang ternyatalah tidak sahih sejauh mana kesahihannya tetapi khabar angin yang bertiup kencang ini boleh diambil kira sebagai cerita juga. Kejadian ini berlaku di Kem Pengakap di Terengganu.

Malam perkhemahan yang tidak dapat diingat malam yang keberapa, tetapi yang pastinya geng-geng sekepala lagi sehotak aku baru balik dari sembahyang. Memandangkan aku memang kaki rileks lagi tenang, aku lipat kain sembahyang secara tenang lagi perlahan walaupun memang semua orang nak lekas sebab takut kena tinggal seorang diri di surau. Walaupun muka nampak tenang tapi hati lagi jiwa raga memang dah berdebar semacam. Sudahlah lampu di surau tu berkelip-kelip tunggu masa untuk arwah sahaja nanti kalau ditinggal terpaksa pula untuk jalan seorang diri pergi ke tapak perkhemahan yang memang agak jauh.

Mujurlah ada juga yang baik hati ingin meneman tetapi memang masa tu tinggal dua orang sahajalah, bagus sangatlah tu. Budak itu harapkan berani sebab ada aku teman dia, aku pulak kalau bukan sebab dia memang ketar lutut nak pergi ke tapak perkhemahan itu. Kesimpulannya, kitorang memang penakut.

Apapun selepas perjalanan yang amat mencabar, aku sampai dengan Alhamdulillah, selamat. Memang jelas boleh nampak bahawa geng-geng aku semuanya sedang duduk sekolompok. Memang sah sedang buat mesyuarat tingkap walaupun kat situ tiada tingkap malahan pintu.

Alkisahnya, yang menjadi penglipur lara dalam conversation ini ialah 'Hidung Merah' dan 'bini galah' (gelaran semata-mata kerana tiada sesiapa yang cukup cerdik mahu nama anak mereka begitu). Katanya ketika diorang dalam perjalanan balik dari surau,diorang nampak...

Diorang nampak...

Diorang nampak...

Diorang nampak sesuatu (trolololololol)

Diorang nampak seseorang/sesuatu sedang ber'istirahat' dalam tong sampah. Bukanlah diorang jenguk ke dalam ke ape, tapi diorang nampak rambut dan tangan keluar dari penutup tong sampah itu.

Asalnya cerita itu sahaja yang diperkatakan, tetapi ade LAGI!!

KATANYA!!(dlm nada Azwan Ali) nampak macm bayang budak budak berlari dengan lajunya dan siap tembus lalu sebatang pokok. Tapi dia taknak buat kecoh sebab takut orang takut (Bahasa melayu RIP).

Dan disitulah aku yang senyap sunyi takde bunyi bersuara: "Think positive guys, maybe dia lari sebab tak tahan nak pergi tandas(dlm loghat ganu)" aku sengaja atau dalam bahasa Terengganu 'segheleng' buat lawak.

Salah landing.

Maka lawak ku dibiar sepi dan semua menjeling.

Maka hidupku di dalam pergantungan

Malam itu jugak kitorang semua renjis air 'yasiin' keliling khemah sebab takut kena kacau. Tetapi aku ade soalan yang tidak kira berapa kali pun aku tanya orang semua tidak boleh jawab...

Hantu ni penjodoh bilangan dia ape? Seorang?Sesuatu?Seekor? ke acanner? 

Koleksi Lawak Seram Where stories live. Discover now