cerita ini berdasarkan memori semata-mata, berkemungkinan besar mempunyai tokok tambah dan banyak kelemahan, harap maklum bahawa ini ialah sambungan bagi Clones yang sebelum ini. p/s: saya ada baca buku seram yang saya baru beli dan tajuknya 'Town Mall' best jugaklah citernye dalam cite tu 'khadam' (jin) milik perempuan mati kena bunuh tu menyamar jadi best friends mangsa dia (yang merupakan saksi bagi pembunuhan perempuan tu) dan hasut mangsa buat macam-macam. bacalah sendiri kalau nak paham.
3. dalam library di sekolah rendahku yang kuchentai.
Seperti kebiasaannya bagi negeri negeri yang menerima angin monsun timur laut yang melanda negeri setiap bulan november hingga mac, terengganu atau lebih spesifik kuala terengganu ditimpa hujan yang agak lebat.
Keadaan diluar perpustakaan yang terletak di tingkat 2 itu nyata tidak jelas dinampak mata dek hujan yang lebat. Angin kencang yang meniup air air hujan ke arah tingkap perpustakaan menghasilkan bunyi ketukan lembut yang menjadi iringan muzik yang dianggap indah bagiku yang amat menikmati nikmat panorama yang dibawa hujan.
Huh, puitisnya.
Secara jujurnya, panorama di luar memang indah dengan bunyi dan bau hujan yang disukai saya tetapi di dalam dengan bau stoking yang tak dibasuh bunyi pelajar memekak biarpun dalam pustaka dan tempat sesak yang dipenuhi pelajar.
Saya yang berada di tengah tengah dua grup kaki kepoh sekolah hanya berdiam diri, acah-acah budak cool kononnya. Tambah fed up apabila di perpustakaan sekolah itu hanya menyediakan buku-buku stail kanak-kanak riang semata-mata. Saya yang sudah terbiasa membaca buku bergenre remaja thriller atau seram dari umur 9 tahun naik bosan.
Sebagai seorang murid yang normal akal pemikirannya, saya tidak akan pernah membuka buku teks yang entah apa kandungannya selain apabila cikgu menyuruh ataupun terpaksa tunjuk konon budak baik di hadapan cikgu. Sebaliknya saya memilih untuk tidur.
Mustahil untuk tidur dengan adanya mesyuarat tingkap antara perempuan di sebelah kanan dan warung kedai kopi antara lelaki di sebelah kiri. Entah apa dibincangkan pun tak tahu. Muka masing-masing serius macam berbincang hal politik. Mentang-mentanglah cikgu tak masuk siap bagi kebenaran untuk pergi pustaka, inilah jadinya, nak melarang pun malas.
Mencari lokasi terbaik untuk melakukan niat suci murni, finally tempat tidur yang cukup sempurna muncul. Lokasi tersorok yang pasti tidak akan ada manusia yang berani untuk berpijak di atasnya. Di tengah tengah antara dua rak yang ada kamus dewan semata-mata. Lokasinya yang tersorok dan berada di rak belakang sekali cukup sempurna jika tidak mahu tidur diganggu 'sahabat-sahabat' celaka yang tak boleh tengok orang senang, apatah lagi rak itu hanya terkandung kamus-kamus yang tidak pernah disentuh manusia normal.
Akhirnya aku tidur dengan nyenyaknya.
Biasanya bila sudah tidur nyenyak ni, jangan kata bunyi loceng sekolah berdering tanda boleh balik, gempa bumi pun boleh tak sedar. Mujurlah ada juga yang kejutkan bagi sedar, cuma yang tak baiknya cara kejut dia ialah dengan menampar di pipi. Even pun perlahan sahaja hati tetap sakit tahu.
aku pun cepat-cepat lah bukak mata. Tapi lepas sahaja bukak mata, dahlah kena tampar, dibebelkan pulak, bernanah telinga dengar.
die membebel lebih kurang macam ni lah: "bla bla bla tidur bla blabla bla potptet potpet jhabkjjjklasasas blablablablablabla potpotpotpotptotptotptotptoptotptotptoptotteoeteterererererererererereetioioeoitoeirteoiei kau pehal tinggal aku dlm tandas sorang . kate nok teman last tinggal gitu je."
pastu dia merajuk dan ambil masa nak pujuk last2 saya tipu dia kata saya tinggalkan dia sebab cikgu suruh saya tolong dia angkat barang then saya terus masuk pustaka. anyway, dia maafkan saya dan kata lain kali tunggu dia.
waktu tu dah cemas dah, tapi sengaja taknak kata kat dia apa-apa takut dia pulak yang jadi cemas.
like, aku tidur tak berjaga sepanjang masa and then dia kata dia pergi ke tandas dengan saya?
sape agaknya yang teman dia? huhu dalm banyak banyak orang saya jugak yang dipilih nak menyamar sebagai. like,seriously dude? get a live.
YOU ARE READING
Koleksi Lawak Seram
Randomkoleksi cerita lawak seram yang benar dan tidak benar dari zaman sekolah! yang diceritakan mengikut cerita 'legen' yang selalu ditokok-tambah dari generasi ke generasi.