#5 - Mandi Kopi

50.1K 2.2K 71
                                    

Fahrin meraup wajahnya. Segalanya bagai tak kena hari ini. Mood dia hilang.

Dia tahu sebab apa. Dia tak dapat pancake favourite dia.

Semuanya gara-gara Irfan yang tak datang hari ni. Nak marah, kesian pulak dekat mamat tu. Mak dia sakit.

Tapi... dia perlu makan pancake tu. Lalu nombor telefon Irfan segera dicari dalam senarai kenalan.

"Helo bos, ada apa?"

"Pan, kau selalu beli pancake tu dekat mana?"

Irfan mengerutkan kening. Pancake? Oh, sungguh dia lupa. Tanpa pancake itu di hari bekerja, bosnya akan patah semangat. Kerja tak jalan. Mood swing.

Ceh, kemain! Padahal sebelum kafe tu wujud, elok je perangai bos dia ni.

Ngada!

"Ohh... pancake? Kafe dekat area depan office kita je, bos. Sweet Tooth Café and Bakery. Baris-baris Maxis Centre tu,"

"Oh, okey. Thanks,"

"Welcome, boss!"

Hampir saja dia ingin menamatkan panggilan, tiba-tiba Irfan teringat sesuatu. "Bos, bos, wait!"

"Apa dia?" Suara Fahrin sudah meninggi sikit. Dah la kau cuti, aku takde mood, kau nak main wait-wait pulak!

"Err..." Irfan tersengih sendiri. "Janga mengurat co-owner yang pakai tudung tu tau. Yang lagi seorang boleh ngurat,"

Mulut Fahrin dah ternganga sedikit. Itu je?

"Aku nak pergi makanlah, bukan nak pergi mengurat!"

Nak mengurat pun tak sempat because I've set my eyes on my sweet little neighbour.

Irfan ketawa sebelum mematikan talian. Malas nak kena jerit lagi dengan orang tua tu. Lelaki itu belum jumpa lagi bidadari yang menjadi tulang belakang kafe itu.

Fahrin yang berada di pejabat segera mencapai telefon bimbit dan wallet sebelum keluar dari ruangannya. Dia perlu makan.

Sebaik sahaja membuka pintu, dia disambut dengan senyuman manis dan ucapan staf kafe tersebut. "Selamat datang, encik!"

Fahrin mengangguk kecil sebelum memilih untuk duduk di tepi dinding kaca kafe tersebut.

"Ini menunya, encik."

Lelaki itu menolak kad menu tersebut.

"Bagi I buttermilk pancake with eggs and a cup of americano, please," ujarnya memandang wajah si waiter.

Lalu rahangnya jatuh ke lantai.

"Honey?!"

"Rain?"

Mereka saling berpandangan. Seisi kafe tersebut turut sama memandang mereka yang terjerit.

Rose melemparkan senyuman pada pelanggannya yang lain sebelum merapati Fahrin. Tangannya mencoret pesanan Fahrin dan menulis nombor meja pada notepad di tangannya.

"So, buttermilk pancake with eggs and americano will be served to you, sir."

Fahrin memerhati gadis yang sudah melangkah ke kaunter itu. She's drop dead gorgeous.

Walaupun hanya menyarung baggy t-shirt yang dipadankan dengan denim overall skirt serta flats, gadis itu kelihatan begitu comel dan innocent. Ditambah pula dengan rambut yang diikat messy side braid serta waist apron berwarna hitam.

She's just too cute to handle.

"This is your order, sir."

Fahrin mengangguk dengan kepala yang masih berkira-kira. What should I do to you, cutie?

Tangannya sengaja menepis lengan Rose yang sedang meletakkan cawan kopi di atas mejanya. Serta-merta cawan itu terlepas dan kopi tersebut tumpah pada Fahrin.

Ouchh! Okey... itu panas.

"Hahh! I'm sorry, sir! I- I didn't mean it," ujar Rose yang masih terkejut. Tangannya ditekup ke mulut.

"Look what have you done, miss! I ada meeting tau, and you siram I dengan kopi pagi-pagi ni? What the hell?!"

Ha-ha. Ryan si drama king. Bakal pemenang Oscar.

Seisi kafe itu terdiam mendengar jerkahan Fahrin. Kemeja berwarna putih lelaki itu sudah tercemar dengan warna coklat.

Rose pula sudah rasa panas muka apabila dijerkah sebegitu. Malu! Pertama kali dia buat kesalahan macam ni. Huh... rasa nak nangis.

"Encik, kenapa ni ya?" Wafa datang menegur lelaki yang telah menjerkah sahabat baiknya ini. Adoii, kawan dia ni dah la hati tisu. 

"Staf you ni dah mandikan I dengan americano. Panas tahu tak?!"

Takde la panas sangat sampai melecur tapi dia pasti kulitnya sudah sangat merah sekarang ini.

"Saya minta maaf, encik. Tapi dia bukan staf dekat sini. Dia co-owner dengan saya. Anyway, boleh kita bincang dekat dalam?"

"There's no need to talk. I nak dia ikut I to clean up the mess," segera dia menarik lengan Rose.

Wafa menahan langkah Fahrin. "Encik nak bawa dia pergi mana? You're not allowed to do so,"

"Why not? Dia dah kotorkan baju I. So she need to clean it. Don't worry, miss. I'm not going to harm her,"

Dan dengan senang hatinya dia menarik gadis itu keluar dari kafe tersebut. Tak dapat makan pancake favourite dia tu pun takpe sebab bunga dah ada di tangannya. Ceh!

Eh, kau pehal Ryan?

"Rain, lepaslah!" Rose cuba melepaskan tangannya dari genggaman Fahrin tapi sikit pun tak terlerai.

"Fahrin!"

"It's Ryan,"

"Whatever!"

Pintu kereta sebelah pemandunya dibuka sebelum tubuh Rose ditolak masuk. Gadis itu sudah panik apabila Fahrin turut masuk ke dalam kereta dan mula menekan pedal minyak.

"Rain, you nak bawa I pergi mana ni?"

Krikk-krikk.

"Fahrin!!"

"Yes, honey. I nak bawa you balik rumah la. Cuci baju I,"

Rose dah tayang muka tak puas hati. Tadi kena jerkah depan orang ramai, sekarang kena jadi maid dia pula?

Nice gila hidup!

"Boleh hantar dobi je kan? I boleh bayar la,"

"Nu-uh!" Fahrin menggeleng-gelengkan kepalanya.

"You made the mistake, I make the rules,"

Akhirnya Rose berpeluk tubuh sambil menyandarkan badan. Penat layan makhluk senget-benget ni.

Fahrin menjeling sekilas gadis di sebelahnya. Automatik bibirnya tersenyum memandang jalan.

Meeting? The hell, mana ada. In fact hari ini dia agak free. Sengaja dia culik si honey madu ni.

An eye for an eye. Dia belum dapat payback lagi tendangan hari tu.








Dah lama kan aku tak update story ni. Sebenarnya aku ingat nak fokus dekat Satu Mimpi tapi... aku bosan dan takde idea. Hahhaha 🌸🌸💖💖👻👻

Honey ✔Where stories live. Discover now