Matanya terpejam, tetapi tangannya meraba-raba di sisi, mencari kehangatan. Sejenak baru dia tersedar, kosong.
Automatik mata Fahrin yang terpejam tadi terbuka luas. Katil yang kosong di bahagian Rose itu dipandang tajam. "Oh, shit!"
Segera dia bangkit dari katil. "Honey?" Pintu bilik air ditolak. Kosong. Di dalam walk-in wardrobe turut dicari. Tiada.
"Damn it!" makinya perlahan. Takkan Rose lari malam-malam buta ni?!
Nafas Fahrin naik turun laju. Cuak weh, cuak! Itu belum campur adrenalin yang menderu-deru dalam salur darah. Walaupun baru bangun dari tidur, tetapi terasa seperti kelima-lima derianya sudah celik benar.
Ting!! Seketul mentol menyala di tepi kepala.
Mungkin, mungkin Rose ada dekat dapur. TOLONGLAH ROSE ADA DEKAT DAPUR!!
"Honey?" seru Fahrin sambil menguak kasar pintu bilik tidur mereka.
"Yea, I'm here,"
Ternyata jawapan dari suara lembut itu mampu menstabilkan kembali degup jantung Fahrin. Okey, dekat ruang tamu pun boleh la.
"You buat apa sorang-sorang depan tv ni? Macam nak tercabut jantung I, bangun-bangun je tengok you takde sebelah I, tahu tak?"
"Rain, takde orang duduk depan tv sambil main ragbi. I tengah tengok tv kan?" jawab Rose selamba sambil menarik Fahrin duduk di sisinya. Pinggang lelaki itu dipeluk sebelum kepalanya disandarkan pada dada Fahrin.
"Lagi pun, yang you cuak sangat ni kenapa? I nak lari pergi mana je?"
Fahrin diam tidak menjawab soalan itu. Tangannya naik melurut rambut lembut milik Rose. "You're mine. Forever." Bisik Fahrin perlahan tetapi possessive.
"Ya sayang, ya. Ni kenapa manja sangat malam ni? Pergi tidur sana!"
"You tu tidur sekali. Dah lewat malam ni, sibuk tengok tv pulak!"
Fahrin terdiam saat Rose mengangkat wajah memandangnya. Mata bundar itu... betul-betul bulat dan bersinar.
"I tak boleh tidur," ujar Rose sambil mengerutkan dahi dan memuncung.
Fahrin merapatkan jarak wajah mereka, ingin mengucup bibir yang memuncung itu. Uishh geram!
"WAIT!!" jerit Rose nyaring sambil bangun dari dakapan Fahrin. "I dah tahu kenapa I tak boleh tidur!"
"Goddamnit! Couldn't it be any better reason for you to cut the romance?" gumam Fahrin perlahan dalam kegeraman. Muka deppressed habis.
Atau lebih tepat... sexually deppressed barangkali?
"What is it, Rain?"
"No, nothing."
Senyum. Pandai Fahrin tayang muka terdosa ya? Nasib baik Rose tak dengar.
"Tell me, kenapa you tak boleh tidur?"
"I'm craving. Rasa nak makan... chicken tandoori! Sedapnya!!!" ujar Rose teruja sampai terpejam-pejam matanya membayangkan.
"Chicken tandoori? Again? Subway bukak ke malam-malam ni?"
Rose menjulingkan mata pada suaminya. "Chicken tandoori mamak la. Yang makan dengan roti nan cheese tu... god, sedapnya!!"
Segera lengan Fahrin ditarik lembut sambil buat muka simpati. "Jom pergi mamak please?"
"I... mengantuk?" duga Fahrin sambil tersenyum kambing. mengharapkan simpati dan pemahaman dari Rose.
It's freaking 2 AM kut!
"Okey. I pergi sendiri la macam tu," putus Rose mudah. Iyalah, takkan nak beriya-iya merajuk sambil hentak-hentak kaki kan? Rasional la sikit, Fahrin penat kut seharian kerja, pastu nak layan dia pulak.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...