Wafa menggeleng melihat sahabatnya yang termenung sejak beberapa hari lepas. Tak dilepaskan langsung telefon bimbit di tangannya. Dok keje menelek benda alah tu, main lock-unlock screen.
"Woi!"
"Allahu!" terjerit kecil dibuatnya apabila disergah oleh Wafa.
Rose bagi jelingan maut. Buatnya dia terberanak sebab kena sergah, siap bakal pengantin ni dikerjakan! "Kau reti bagi salam tak?"
"Jangan kata salam, aku siap berzanji depan kau dari tadi, sikit pun tak toleh. Apa best sangat phone kau tu, asyik belek je dari hari tu?"
Mendengar soalan Wafa itu membuatkan Rose memuncung. Sedih...
"Hei... kenapa ni?" soal Wafa cemas apabila melihat mata sahabat baiknya yang sudah mula berkaca. Belakang badan Rose diusap lembut.
"Rain sejak pergi haritu takde call aku pun," jawabnya perlahan. Dalam cubaannya menghalang esak, nyata terlepas juga.
Segera Wafa memeluk Rose. Alahai mak buyung ni... laki dia tak call pun sensitif beno!
"Mana tahu dia sibuk. Kau pun tahu dia macam mana kan?"
"Kalau sibuk pun, *sedut hingus* call la kejap. Bukan aku suruh *teresak* gayut sampai dua tiga jam. Aku rindu Rain!"
Tubuh Rose yang gebu itu dipeluk sayang. BFF kan? Amboi, dulu rasanya kalau peluk Rose ni rasa tulang je. Sekarang, tulang pun dah tak jumpa.
Setelah melihat Rose agak lega, Wafa melepaskan pelukan dan mengelap pipi Rose yang basah. "Apa kata... kau yang pergi Jakarta. Surprise him?! Tu pun kalau kau betul-betul rindu sangatlah,"
"Haah la! Kenapa aku tak terfikir ek?!" jerit Rose gembira. "You're right! I'm gonna buy the flight ticket now!"
Macbook Air di atas mejanya dicapai laju sebelum tubuhnya dihempas kembali ke atas sofa. Hihihi~ Rain, I'm coming!
"Rose, hati-hati la! Suka hati hempas-hempas badan macam tu eh? Kesian baby kau tahu tak?"
"Sorry, 'mak'!" Senyuman paling lebar ditayang buat Wafa. Senyum menganjeng. Dan gadis itu tak mampu buat apa-apa selain menggeleng.
Nasib awaklah baby, dapat mak tak matang macam ni!
"Nak aku ikut tak?" soal Wafa sambil turut duduk di sisi Rose dan memandang skrin laptop itu.
Amboi, lincah Rose book ticket!
"Takpelah, aku boleh pergi sendiri. Takut kau bosan jadi third wheeler pulak,"
"Oh please!" Wafa buat gaya flip hijab. "Aku takkan jadi third wheeler la sebab aku akan cari mamat-mamat sekacak Randy Pangalila kat sana,"
"Tak cukup dengan Ipan, mata rambang lagi nak cari yang lain? Teruklah kau, Fa!" bahu Wafa ditumbuk lembut sambil ketawa. Tahu sahabatnya bergurau.
Setelah beberapa ketika mereka diam, Rose memecah kesunyian itu dengan tepukan. Ticket sudah berjaya diperolehi dan dia sudah tahu di mana Fahrin menginap. Ya, melalui Irfan la, siapa lagi?
Tapi vila huh? Bukan main eh, Rain!
~~~~~~
Pintu mahogany itu dibuka dengan kunci pendua di tangannya. Sebelum bergerak ke sini, dia sempat berjumpa mummy dan daddy untuk memaklumkan tentang rancangannya. Iyalah, buatnya apa-apa jadi kan susah.
Jadi rupa-rupanya vila yang diinap Fahrin untuk seminggu ini merupakan rumah percutian keluarga mereka. Sebab tu Tan Sri Zakir memberikan kunci pendua kepadanya, senang nak buat kejutan.
Walaupun sebenarnya mereka kurang setuju dengan rancangan Rose untuk ke Indonesia sendirian, tetapi bapa mertuanya siap dah meluluskan cuti lagi buat Fahrin jika mereka ingin meluangkan masa bersama.
Baru sahaja dia meletakkan bagasinya di tepi sofa yang terdapat dalam ruang tamu villa itu, bunyi bising dari dalam sebuah bilik menarik perhatiannya.
Jam dinding dikerling sedikit. Dah pukul 11 malam ni, "Takkanlah bunyi Rain mengigau?"
Rose mengusap sedikit perutnya sebelum bergerak ke arah punca bunyi tersebut. Bunyi macam orang tengah bergelut atau bergaduh mungkin? Di saat itu juga Rose rasa berdebar. Macam mana kalau Fahrin tengah bergelut dengan pencuri? Perompak?
Na'uzubillahi min zalik!
Tetapi saat Rose sampai di hadapan pintu sebuah bilik, detak jantungnya makin laju. Pintu yang agak renggang itu segera dibuka luas. Matanya melotot.
"Rain!!!"
"Rose?"
Cliffhanger!! Hahahaa~
Ehemm! Di sini aku nak buat satu pengunguman. Cerita ni akan habis dalam beberapa chapter lagi. Yeayyyy!!!
Aku tau semua orang dah banyak bersabar tunggu aku update cerita hambar ni.
Dan aku minta maaf aku lambat update la bagai kan? Sangat-sangat minta maaf. Aku tersepit di antara quiz, assignment, tutorial, Youtube. Hahaha, wifi laju, godaan kut. Sebagai manusia yang tak teguh iman, aku memang dah terjerumus la. Lol.
Ermm, okeyh. Aku sambung bebel lain kali eh? Atau sesape nak dengar aku mengarut lagi boleh follow aku kat twitter @suen_nxr . Sorry ahh saya noob kat social media ni.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...