Semalam aku dah update kan? Tu separuh je weh. Wattpad pedajal aku lol.
"Amboi, happy nampak?" Wafa menyenggol sedikit rakannya yang sedang mengelap kaca showcase rack sambil tersenyum.
"Happy, salah. Sedih, salah. Macam-macam la kau ni,"
"Jom duduk,"
Tangan Rose ditarik dan dibawa ke salah satu meja di sudut kafe itu. Kesian tengok dia penat. Padahal dah banyak kali dah Wafa kata, tak payah buat apa-apa, Rose tu tengah mengandung.
Tapi kalau dah degil, tak boleh nak cakap apalah.
"Eleh, kata aku je happy! Yang kau tersengih sorang-sorang apasal?"
Wafa masih tersenyum. Jarinya bermain-main dengan hujung tudung. Ermm... nak cakap macam mana ek?
"Fa..."
"Well, aku... nak kahwin?"
Automatik Rose menekup mulut. Wowwww!!!! Seriously?! "Dengan siapa?"
Iyalah, takde angin, takde ribut badai taufan Katrina, tiba-tiba cakap nak kahwin. Apa kes?
"Ermm... ermm...."
"Wafa..." meleret suara Rose menyeru nama Wafa yang sedang malu-malu kucing tu. "Habaq mai dekat cheq hat ni jugak!"
"Irfan,"
Rahang Rose dah jatuh ke lantai.
~~~~~♥♥♥~~~~~
"So?"
"Lawaklah tau tak? Kalau you selalu tengok, Irfan macam tak boleh jejak kaki dekat kafe tu. Ada je nak gaduh dengan Wafa. Tup-tup, nak kahwin. Apa kes?"
Fahrin tersenyum melihat Rose yang bersungguh bercerita. Comel betul muka enthusiastic tu!
Perlahan-lahan tubuh Rose ditarik ke dalam pelukan. "Dah jodoh diorang, hun. Kita doa yang baik-baik je la,"
Rose meletakkan kepalanya pada dada Fahrin. Selesa dengan pelukan hangat itu. Tak lama kemudian, perutnya terasa diusap.
"Baby nakal tak hari ni?"
"Tak pun. Baby baik macam mama dia," jawab Rose sambil batting eyelashes pada Fahrin. Perasan comel.
"Mama dia pun nakal!" hidung Rose ditarik lembut. "Next check up bila?"
"Dua minggu lagi. Nanti dah boleh tengok gender. Nak tau gender or do you want it to be a surprise?"
Fahrin diam berfikir. Hidungnya dibenamkan pada rambut lembut Rose yang berkirai di atas bantalnya.
Tanpa disedari, dia mengeluh secara mental. Sekejap je dah nak masuk third trimester. Tanpa dia sedar, bulan-bulan terawal kehamilan Rose dia bazirkan begitu saja dengan amarah pada yang tak pasti.
Anak papa.
Kesian anak papa.
"Hei, kenapa senyap je ni?" sambil menyoal, Rose mengusap lembut jawline Fahrin. Kesan kasar stubble dapat dirasakan pada telapak tangannya.
"Honey," seru Fahrin dengan mata berkaca.
Tangan Rose ditarik dan dicium lembut. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Hingga akhirnya Rose sudah hilang kiraan. Lantas tangannya ditarik dari genggaman Fahrin sebelum dia mengucup bibir suaminya.
"Kenapa ni, Rain? Tell me,"
"I'm so sorry, sayang. For the past few months, I layan you teruk, I sakitkan hati you, I judged you. I don't deserve you honey. For all the bad things that I've ever did to you, I tak tahu macam mana nak tebus kesalahan I. I-"
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...