Wafa mengerling jam tangannya berselang-seli dengan pintu kafe. Sesekali dia bercekak pinggang dengan muka yang berkerut.
"Woi, Fa! Pehal muka kau tu?" Tegur Jai sambil membru kopi pesanan pelanggan.
Ala, Jai. Barista. Tak ingat pergi check balik bab 2 hahahah!!
"Takde la, Rose ni mana? Tak sampai-sampai lagi dah pukul berapa? Aku call tak angkat, risau tahu tak? Takut jadi macam minggu lepas, tahu-tahu je dah tersadai dekat hospital,"
"Kau ingat Rose tu kereta ke nak main tersadai bagai?"
Gadis itu memandang tajam makhluk yang berani menyampuk perbualannya dengan Jai. Hek eleh, si nerd ni?
Wafa berpeluk tubuh sambil memandang Irfan. "Yang kau tiba-tiba menyampuk tak bagi salam ni apahal? Adab mana adab?!"
"Eleh," lelaki itu mencebik. "Kau tu adab mana adab? Customer datang bukan nak cakap selamat datang ke apa, kena marah lagi ada la,"
"Layanan aku yang macam ni khas untuk kau seorang je. Kau je customer aku yang dapat kemarahan aku setiap kali datang tau!"
Irfan tersengih. "So aku ni special la dalam hati kau?"
Muka Wafa terus berubah. Automatik pipinya terasa berbahang dengan soalan gurauan versi tak pernah kelakar Irfan itu.
Segera riak wajahnya dikawal.
"Erkk, aku nak cari baldi dekat belakang. Nak muntah,"
Baru sahaja Wafa mahu berpaling, pintu kafe itu terbuka menampakkan seorang gadis memakai kimono blouse warna peach, seluar jeans dan sepasang Vans. Gadis tersebut turut menyarung sehelai shawl chiffon bercorak floral berwarna senada dengan bajunya.
Tapi yang buat semua pekerja kafe itu ternganga adalah hakikat bahawa gadis tersebut ialah Rose Amanda!
"My, my, Rose! You're so beautiful!" Tegur Jai dengan mata yang masih tidak melepaskan figura Rose. Dia la orang pertama yang berjaya pulih daripada sampukan bisu seisi kafe tersebut.
"Thanks Jai," senyuman manis seperti selalu Rose berikan.
Setelah itu seorang demi seorang mengucapkan tahniah kepada Rose dan memujinya. Ternyata dia begitu cantik dengan hijab.
Perlahan-lahan Rose mendekati Wafa yang masih terdiam. "Babe, sorry la aku datang lambat. Aku tak reti sangat pakai tudung ni tadi,"
Krikk. Krikk.
"Wafa, janganlah diam pastu pandang aku macam tu!"
"Ni betul Rose kan?" Pipi Rose disentuh dengan hujung jari.
Pantas Rose menjentik dahi Wafa. "Tak guna, ni perli ke apa?!"
Terhambur tawa mereka serentak sebelum kedua-dua pemilik Sweet Tooth Café and Bakery itu berpelukan.
"Alhamdulillah ya Allah, makbul doa aku!"
"Thanks Fa sebab banyak bebel dekat aku yang ketegaq ni,"
Dan mereka kembali berpelukan. Itulah perangai gegadis ya. Mohon mengerti.
"Ehemm, guys! Why don't korang sambung berpeluk dekat dalam office korang?"
Wafa menjeling sebal pada Irfan yang sekali lagi menyampuk tetapi apabila terperasankan pandangan semua orang dalam kafe itu, tiba-tiba dia jadi segan. Ehehe!
"Everyone in this cafe right now, free lava choc cake on me!"
"YEAYYY!!"
Setelah selesai urusan biasanya di kafe tersebut, Irfan kembali ke pejabatnya. Pintu bilik Fahrin diketuk sekadar syarat.
"Come in,"
"Ssup, bos!" Tegur Irfan sambil meletakkan bungkusan pancake di atas meja Fahrin. Terus lelaki itu menolak segala dokumen atas mejanya dan memberi ruang untuk makanan.
Urghh, caveman sangat!
"Same old, same old. Eh, ni kenapa ada chocolate cake ni?"
"Wafa belanja semua orang yang ada dekat kafe tadi. Saja saya bawakkan untuk bos,"
Fahrin mengangkat keningnya. "Kenapa kau tak ambil je?"
"Because it has something to do with... Rose?"
"Maksud kau?!" Terus Fahrin menegakkan duduknya.
Dia sensitif sikit dengar nama Rose ni. Terus perhatiannya diberi tak berbelah bahagi. Gittew!
Iyalah, dah terlanjur dia jatuh cinta dekat jiran sebelah rumah tu. Nak buat macam mana?
"Wafa happy sangat sebab..." *drum rolling* "...Rose dah pakai tudung,"
Dan riak wajah Fahrin tak mampu ditafsir.
~~~¤♡♡♡¤~~~
Sebaik sahaja Rose menutup pintu keretanya, pintu kereta sebelah penumpang terbuka sendiri. Terjerit dia dibuatnya.
Terkejut kut. Ingat ni cerita hantu ke?!
"Rain! You buat apa ni? Terkejut I tahu tak?"
Fahrin masih diam. Matanya ralit memandang wajah Rose. "Irfan was right. You're so beautiful,"
Membahang muka wajah Rose apabila dipuji sebegitu. Apa lagi yang memujinya Fahrin. Hunk bachelor next door.
"Mana ada, biasa je la. Anyway, you nak apa ni sebenarnya?"
Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. "Will you marry me, Rose Amanda a.k.a. my sweet sexy honey next door?"
Rose ternganga memandang sebentuk cincin di dalam sebuah kotak baldu yang dipegang Fahrin. Cincin itu diunjukkan pada Rose.
"Rain... I-"
"Honey, I want you to see that I'm serious about us. I tahu I don't deserve you, lagi-lagi bila you dah berubah macam sekarang ni. But please, hun, I janji I'll change. For you. For us.
"I don't know what kind of spell that you used but you had me around your fingers, honey,"
Rose memandang tepat pada anak mata Fahrin yang jelas hitam itu. Dia tahu Fahrin jujur malah dia rasa terharu dengan keseriusan lelaki itu kerana sanggup mengakhiri zaman bujangnya.
I mean, we're talking about some sexy bad boy that have wild night life for his entire post-puberty lifetime. So, getting married is a big deal.
"I would really like to say 'I do' to you, Rain,"
"Then say it!" Tingkah Fahrin laju.
"I tak boleh. I have a dark past and I don't think you can accept it,"
Fahrin menarik tangan Rose lalu menyarungkan cincin tersebut. "Now, tell me,"
"Rain!"
"Nu-uh. I want to hear your story. At the end of it, I'm the one who decide either the ring will go straight out of the window or stay on your finger. Now shoot,"
Gadis itu menarik nafas panjang. Bukan mudah mahu membuka pekung di dada.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...