Tok! Tok! Tok!
Fahrin membuka matanya. Kelibat seseorang di luar keretanya jelas sedang mengetuk tingkap di dalam kelam itu. Segera dia menurunkan tingkap pintu kereta itu.
"Assalamualaikum, encik. Kenapa encik tidur dekat sini?"
Dia diam. Cuba memicingkan mata, mengenal pasti dalam gelap itu keberadaannya.
Di dalam kereta yang terparkir di hadapan... surau?
Serta-merta dia rasa macam kena time warp. Kembali ke beberapa jam sebelumnya.
Fahrin dan Rose bertengkar lagi kerana isterinya tak habis-habis meminta cerai sejak beberapa bulan yang lalu. Lantas lelaki itu mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah mereka. Keretanya dipandu tanpa hala tuju bagi menenangkan fikiran dan entah bagaimana, he ended up here.
"Encik, why don't we get in to the musolla first? Subuh dah nak masuk ni,"
Dia mengangguk sebelum keluar dari perut kereta. Kereta itu dikunci lalu langkahnya diatur kemas bersama-sama lelaki tadi. Wajahnya diraup beberapa kali bagi menghilangkan kantuk.
Apabila sudah masuk ke dalam kawasan surau yang lebih terang, barulah Fahrin nampak muka lelaki yang mengejutnya tadi. Ini bukan ke....
"Nazreen?" Ya, dia kenal lelaki ini. Jurutera terbaik syarikat mereka. Selain itu, Fahrin perasan lelaki di hadapannya ini selalu menjadi imam solat zohor di surau syarikatnya.
"Eh, Encik Ryan rupanya! Kenapa tidur dekat kereta tadi?"
Saat Fahrin masih kelu mencari jawapan, azan subuh berkumandang memanggil manusia bangun. tapi sayang, tak ramai yang menyahut panggilan itu.
"Takpelah, kita masuk dulu. Jom!"
Pagi itu tidak seperti pagi-pagi sebelum ini. Entah mengapa di subuh yang hening itu, tangkai hati Fahrin dijentik rasa sayu. Memanglah sejak beberapa minggu ini dia sudah mula kembali sujud pada ar-Raheem malah sedaya upaya cuba memenuhi solatnya tetapi biasa dia tak rasa apa-apa. rasa biasa je.
Tetapi pagi ini baru dia terasa ada sesuatu yang mengisi ketika dahinya mencecah lantai. Rasa lengkap. Rasa cukup.
"Setiap bayi yang lahir ke dunia ni, fitrahnya suci tak berdosa. Tak kisah la tu anak haram ke, halal ke, statusnya sama. Atau kalau nak guna terma sains sikit kan, initial point dia sama. Started from zero. Jadi janganlah kita keji dia, hina dia, walaupun dia anak luar nikah. Yang buat dosa, mak bapak dia. Bukan bayi tu!
"Rasulullah SAW sendiri ada bersabda, diriwayatkan dari al-Bukhari dan Muslim; 'Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah'. Maka janganlah kita rosakkan fitrah bayi itu dengan fitnah.
"Lagi satu, tuan-tuan dan puan-puan, anak ni sebenarnya pengerat kasih sayang suami isteri. Bayangkan kalau tuan-tuan dekat hadapan saya ni, waktu isterinya mengandung, rajin usap perut, ringankan beban isteri dengan kerja rumah, banyakkan bersabar menghadapi karenah perempuan mengandung, urut kaki dia bila lenguh-lenguh. Lepastu bila dah bersalin, jaga baby sama-sama, tolong mana yang patut masa si isteri berpantang, dan seterusnya sama-sama mendidik anak. Kan makin erat kasih sayang tu? Atau bahasa jiwangnya, makin mekarlah bunga-bunga cinta tu!"
Apabila mendengar tazkirah subuh tadi, sumpah Fahrin rasa terpukul. Dialah bapa yang tak mengaku anaknya itu. Dialah suami yang tidak pernah melayan isterinya yang hamil seperti puteri. Dialah orang yang tak pernah terbayang untuk membesarkan bayi yang dikandung Rose sekarang bersama-sama wanita yang dicintainya.
Betapa teruknya sikap seorang Ryan Fahrin Tan Sri Zakir!
Sedar tak sedar, kandungan Rose sudah mencecah lima bulan. Dah nampak dah baby bump tu. Jauh di sudut hati Fahrin, dia tak dapat nak menafikan yang pesona Rose Amanda semakin hari, semakin memukau. Seri ibu mengandung barangkali!
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...