Melihat bayi yang merah dan kecil itu di dalam bekas kaca membuatkan hati Fahrin bergetar. Kasihan melihat anak kecil itu.
Dengan wayar yang berselirat dan ventilator pada mulutnya. Allahu!
Inkubator itu dirapati, semakin jelas Fahrin dapat melihat dada si kecil itu berombak tenang. Dan walaupun tidak lebat, tetapi jelas warna rambut si kecil itu dapat dilihat apabila didekati.
Hitam pekat.
Fahrin tersenyum pahit.
Dia tahu risiko bayi pramatang dan dia berharap, terlalu berharap yang si kecil ini akan kuat.
"Hai handsome boy," bisik Fahrin perlahan. Air mata yang sudah bergenang dikesat laju.
Dengan suara yang lembut dia mengazan dan mengiqamat bayi lelaki di dalam inkubator itu. Hanya kaca inkubator mampu disentuh.
"Hey little buddy, ni papa," ujarnya perlahan sambil mengusap kaca yang memisahkan mereka.
"Please, stay strong. When mama wake up soon, dia mesti nak jumpa buah hati dia ni. Please boy, fight for us."
Fahrin cuba menahan air matanya tetapi setitis dua mengkhianat.
Dan titisan itu menjadi hujan apabila dia melihat si kecil itu mencelikkan matanya. Tidak lama, tak sampai lima saat pun sebelum sepasang mata itu terkatup kembali.
Namun ada satu sebab yang buat Fahrin menangis teresak-esak di sisi si kecil itu.
Iris hitam pekat. Persisnya.
Dah dah tido sana. Ok bai, aku nak bertapa.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...