"Rose tahu tak? Ryan ni sebenarnya takut dengan kucing tau! Mummy ingat lagi masa dia kecik dulu-"
"Mummy! Tak payahlah ungkit! Masa tu kan Ryan baru darjah satu," ujar Fahrin memuncung. Sebal apabila kejadian memalukan zaman kanak-kanaknya diungkit.
Okey, sebenarnya malu.
"Eleh, itu baru kucing. Belum lagi waktu dia kena kejar dengan angsa dekat kampung sayang dulu, ingat tak?" sambung Tan Sri Zakir pula.
"Sampai bila-bila saya tak boleh lupa, bang!"
Rose turut tergelak besar apabila mendengar cerita mummy dan daddy. Seronok mengenali Fahrin di zaman kanak-kanaknya, comel!
Itu belum tengok gambar Fahrin lagi. Ketika mummy menunjukkan gambar sewaktu suaminya masih kecil, Fahrin nampak cute sangat! Dengan pipi tembam, kulit putih melepak, rambut dan anak matanya berwarna hitam berkilau. Macam Snow White versi lelaki.
Tetapi yang lebih menyeronokkan hari ini ialah dia dapat melihat personaliti sebenar Fahrin. Sikap sebenar yang sudah lama dia tak nampak pada suaminya.
Manja. Penyayang. Manis.
Sedikit sebanyak hati Rose bengkak juga. Sungguh dia rindu Fahrin yang dulu.
"Nanti anak Rose dengan Ryan mesti comel kan bang?" Puan Sri Syazwani menepuk paha suaminya. Seronoknya membayangkan rupa bakal cucu mereka kelak!
"Ehem!" Fahrin berdehem kecil duduknya disandarkan pada badan sofa sebelum kepalanya dilentokkan pada bahu ibunya. Gaya anak mak habis.
"Mummy ni, Ryan tak cukup comel ke? Mummy dah tak sayang Ryan?"
Ya, rakan-rakan. Siap memuncung.
"Mengada-ngada!" pipi Fahrin ditarik kuat sambil ketawa. "Nanti kalau mummy manjakan anak Ryan, takkan la Ryan nak jeles dengan anak sendiri?"
"Ahh... takde! You're my mummy and I don't want to share you with anyone. Fullstop!"
Perbualan rancak mereka terhenti apabila pembantu rumah membawa hidangan minum petang. Teh Lady Grey itu dituang ke dalam cangkir dan serentak itu juga bau teh dan bergamot memenuhi ruang tamu rumah itu.
Rose sedaya upaya cuba menahan pusing. Sejak beberapa minggu yang lalu, dia dah tak boleh bau teh. Tak tahu kenapa, mesti dia rasa pening atau loya. Lain pula dengan bau kopi. Terasa sangat menyenangkan.
"Rose nak pergi washroom kejap," permisinya perlahan sambil bangun.
Sumpah! Bau teh yang semerbak ini bagai meningkatkan intensiti kepeningannya. Dan akhirnya, Rose nampak kegelapan.
"Rose!!"
"Honey!!!"
~~~~~♥♥♥~~~~~
"Puan Rose okey cuma blood pressure dia agak tinggi. Mungkin sebab stres. So, Encik Ryan sebagai suami kalau boleh janganlah biar Puan Rose terlalu stres. Benda ni serius sebab it can lead to bleeding and in some cases sampai miscarriage,"
"Miscarriage?!" soal Puan Sri Syazwani dengan suara yang agak meninggi.
Bukan ke Rose dan Fahrin terlalu meyakinkannya bahawa menantunya itu tidak hamil? Serentak dia dan Tan Sri Zakir memandang anak tunggal mereka. Tajam.
Setelah doktor peribadi mereka keluar, Puan Sri Syazwani bercekak pinggang menghadap Fahrin. Ditenung tajam anak muda itu. "You have a lot to explain, young man!"
"Err.... surprise?"
Sebaik sahaja membuka mata, benda pertama yang terpampang ialah wajah tenang Fahrin. Melihat wajah kacak itu lena ternyata membuatkan senyuman kecil terukir di wajahnya.
Tanpa dapat ditahan, Rose mengusap rambut hadapan Fahrin yang sudah sampai ke mata itu. Dahi suaminya dikucup ringan sebelum pelukan Fahrin cuba dilolosi.
Gagal.
"You sengaja buat-buat pengsan tadi kan?"
Bulat mata Rose memandang suaminya. Cis, ingatkan tidur tadi! "Mana ada,"
"Tak payah tipu I, Rose!" pelukannya pada tubuh Rose dieratkan. "You sengaja buat-buat pengsan supata mummy tahu pasal baby ni kan? Supaya mummy terima budak ni dalam family I, macam tu?!"
"You cakap apa ni Rain? For the umpteenth time, I'm telling you that this is your baby. And kalau you ceraikan I sekalipun, I akan pastikan that I take my child away from you!"
Wajah Rose yang basah dengan air mata itu ditarik ke dadanya. Jantung berdetak kasar mendengar kata cerai itu. "You'll be mine forever!"
"Buat apa lagi you simpan I? You benci I, you benci anak kita. Sakit pening I, semua I tanggung sendiri. You tak pernah ada untuk I. Please, Rain... I dah penat,"
Tersedu-sedan dia menangis di dada Fahrin yang tidak berbaju itu. Fahrin pula jadi emotionless, tak tahu nak balas apa. Hanya tangannya setia mengusap rambut dan belakang badan Rose, cuba menenangkan isterinya. Honey.
Fahrin sendiri tak faham perasaannya sekarang. Dia mahukan Rose selamanya tapi dia yang sakit hati pada gadis itu.
Bayi itu pula...
"You boleh buat paternity test. Tapi lepas dia lahir,"
Again. Aku mamai macam semalam. Nite gaiss.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...