Fahrin menyandarkan kepalanya pada dinding. Tangannya yang masih menggigil itu digenggam kuat sehingga timbul urat-uratnya. Wajahnya diraup kesal berkali-kali, tidak dihirau air mata yang jatuh.
Marah. Dia terlalu marah dengan diri sendiri. Pasti Rose sangat terluka dengan kata-katanya.
Melihat bidadarinya terkulai ke tanah apabila dilanggar tadi ialah mimpi terburuk dalam hidupnya.
Darah. Dan rengek Rose yang kesakitan.
"R-rainn... sa.. sakiitttt..."
"Hold on, honey! You're going to be okay,"
"Baby... our b-babyy..."Dan tatkala harus melihat mata cantik itu tertutup membuatkan Fahrin ditikam rasa perit berkali kali.
Honey, please be safe.
I'm so sorry for being a jerk. Please, hun.
I love you.And our baby.
Pintu operation theatre yang terbuka membuatkan Fahrin segera berdiri. Jantungnya semakin laju dengan setiap langkah doktor itu mendekatinya.
"Apa bapak keluarga pasien?"
"Yes, "
"Okey, bayinya sihat tetapi harus ditempatkan di ruangan bayi kerana pramatang. Tetapi isteri bapak kini berada dalam koma,"
"For how long?" soal Fahrin perlahan. Terasa sebu dadanya mendengar kenyataan itu.
Doktor itu menggeleng sambil tersenyum tawar. "We can't give any guarantee. I'm so sorry,"
Terduduk dia mendengar kata-kata itu.
Setelah doktor itu melangkah pergi, Fahrin sudah tersedu-sedan. Silapnya, dosanya, meletakkan perkahwinannya dengan Rose pada posisi hari ini.
Hubungan yang telalu banyak prasangka. Hubungan yang terlalu goyah. Dan yang paling teruk sekali, hubungan yang hampir tiada langsung kepercayaan.
Bonusnya? Rose yang terlantar koma.
Telefon bimbitnya ditarik keluar dari poket dan dengan tangan yang terketar, nombor ibunya dicari.
"Hello, Ryan! How's your honeymoon? Suka tak Rose datang surprise?"
"Mum..." untuk kesekian kalinya air mata Fahrin tumpah lagi. "Rose, mum..."
"Ryan, are you crying?" hati Puan Sri Syazwani dilanda khuatir yang amat."Kenapa dengan Rose, cakap dengan mummy! Ryan Fahrin!"
Risau memikirkan kemungkinan buruk yang boleh terjadi pada menantunya. Risau lagi apabila Fahrin masih menangis di hujung talian.
Sebab dia tahu, Ryan Fahrin takkan menangis tanpa sebab.
"Rose kena langgar kereta,"
"Allahu!!!"
Hampir sahaja tubuh Puan Sri Syazwani rebah ke lantai kalau tidak disambut suaminya. Tan Sri Zakir kalut membantu isterinya untuk duduk di sofa.
"Kenapa ni?"
Isterinya yang sudah teresak-esak itu langsung tak menjawab soalannya. "Macam mana boleh jadi macam ni, Ryan? Habis keadaan Rose macam mana? Anak dalam kandungan dia?"
"Baby selamat. Tapi Rose..." Fahrin menarik nafas dalam menahan esak. "Rose koma,"
"Mummy datang sana sekarang jugak!"
"Tak payah, mum. Ryan memang nak bawa Rose balik Malaysia. As soon as possible,"
Wanita separuh umur itu mengesat air mata di pipinya sebelum menggenggam erat tangan suaminya.
Setelah memutuskan panggilan, Fahrin kembali bersandar. Mindanya kosong tak mampu berfikir.
"Pak," Fahrin mengangkat kepala apabila terasa dipanggil. Seorang jururawat berdiri di hadannya. "Apa bapak mahu melihat bayinya?"
Bayi.
~~~♥♥♥~~~
Melihat bayi yang merah dan kecil itu di dalam bekas kaca membuatkan hati Fahrin bergetar. Kasihan melihat anak kecil itu.
Dengan wayar yang berselirat dan ventilator pada mulutnya. Allahu!
Inkubator itu dirapati, semakin jelas Fahrin dapat melihat dada si kecil itu berombak tenang. Dan walaupun tidak lebat, tetapi jelas warna rambut si kecil itu dapat dilihat apabila didekati.
Hitam pekat.
Fahrin tersenyum pahit.
Dia tahu risiko bayi pramatang dan dia berharap, terlalu berharap yang si kecil ini akan kuat.
"Hai handsome boy," bisik Fahrin perlahan. Air mata yang sudah bergenang dikesat laju.
Dengan suara yang lembut dia mengazan dan mengiqamat bayi lelaki di dalam inkubator itu. Hanya kaca inkubator mampu disentuh.
"Hey little buddy, ni papa," ujarnya perlahan sambil mengusap kaca yang memisahkan mereka.
"Please, stay strong. When mama wake up soon, dia mesti nak jumpa buah hati dia ni. Please boy, fight for us."
Fahrin cuba menahan air matanya tetapi setitis dua mengkhianat.
Dan titisan itu menjadi hujan apabila dia melihat si kecil itu mencelikkan matanya. Tidak lama, tak sampai lima saat pun sebelum sepasang mata itu terkatup kembali.
Namun ada satu sebab yang buat Fahrin menangis teresak-esak di sisi si kecil itu.
Iris hitam pekat. Persisnya.
"On the day he or she will be born, you'll see the truth, Rain. And on that day, you can't deny!"
Okey sape rindu aku?!! Eleh, tau dah semua rindu Ryan-Rose je kan? Huh!
Ermm chap ni pendek? Tau. Takde idea, serius! Tapi jangan risau, nak habis dah pun ann? Hahhaha.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...