"Hai, Wafa! Good afternoon,"
"Hai, Fahrin. Ni you datang nak bawa Rose fitting baju eh?"
Lelaki itu tersenyum menunjukkan barisan giginya. Yeayy, nak ajak honey dating!
Wafa pula dah menjulingkan mata. Menyampah tengok Fahrin duk tersengih-sengih macam tu. Weh, hello! Senyuman kau tu laku dekat Rose je tau.
Ececehh, ke sebab hati dah dicuri secretary Fahrin?
Haipp!
"Dia ada dekat office tadi. Solat. Dah siap kut tu," ujar Wafa sambil menunjukkan arah bilik pejabat yang dia kongsi bersama Rose.
Setelah mengucapkan terima kasih pada Wafa, Fahrin segera mengatur langkah ke bilik itu.
"Hai hon-" dan Fahrin pun terkaku di hadapan pintu itu.
"AAAHHHHHHHH!!! FAHRIN!"
Terhambur tawa Fahrin melihat gelagat Rose yang sudah kelam-kabut menyorok bawah meja itu. Entah apa dibuatnya. Siap pegang perut, keluar air mata lagi Fahrin punya gelak tu.
Beberapa ketika kemudian, Rose menghampiri lelaki itu dengan memakai telekung yang dah senget-benget sambil bercekak pinggang.
Apa? Kamon la, mamat ni terjah dia waktu dah cabut telekung baru nak capai tudung kut!
"Don't you know how to knock a freaking door?!"
"It's just funny to watch you being all clumsy, hun. Relakslah,"
"Relax my ass! I was not wearing my tudung, Rain!"
Rose mengeluh kuat. Relaks kepala angguk dia! Dia sekarang berhijab kut, tolonglah hormat sikit.
Fahrin yang mula rasa bersalah cuba tayang muka comel. Jambak bunga tulip di tangannya diserahkan pada Rose.
"I'm sorry, sayang, I tak sengaja. Lain kali I ketuk okey? Kan sekali terpandang namanya rezeki?"
Gadis itu memukul bahu Fahrin kuat sebelum merampas jambangan tersebut. Geramm! "Masalahnya you bukan terpandang sekali. You dah pandang lepas tu tak tahu nak blah. Haishh!"
"Ya, ya, I tahu. Sorry okey, honey. Tapi you pun lain kali kunci la pintu. Bahaya tahu tak?"
"I pula yang kena marah?" Rose memuncung sambil tayang muka syahdu. Kepalanya ditundukkan sambil tangannya bermain-main dengan kelopak bunga tulip.
Aduh, melting Fahrin dibuatnya tengok muka comel tu!
"I tak marah la. I cakap je. Okey, sekarang ni you siap cepat, lepas tu kita keluar. Dah, tak mau la merajuk,"
"Hmm,"
Fahrin hanya mampu memandang pintu yang kembali tertutup. Alahai, buah hati pengarang jantungnya merajuk manja pulak! Eii, comel sangat!
Okey, tahu si Fahrin ni bunyi creepy sangat tapi pada pandangan matanya, Rose Amanda memang sangat comel dan manis. Setelah beberapa bulan berlalu sejak gadis itu mula berhijab, memang dah takde la si Fahrin ni dapat tengok rambut cantik Rose.
Peluk cium jauh sekali. Terpegang tangan pun Rose marah.
"I dah siap, jom!"
Tempat pertama mereka tuju, butik pengantin. Semuanya dah siap dah, tinggal final fitting je. Iyalah, wedding mereka pun lagi dua minggu sahaja.
Kalau ikutkan Fahrin, tak ada maknanyalah dia nak bertunang bagai. Memang nikah on the spot. Tapi kalau dah mummy daddy dia keluar surat pekeliling, nak buat macam mana.
"Rain, okey tak?"
"You're... breathtakingly beautiful with the dress, sayang." But without the dress may be better kut, ahakks!
Mata lelaki itu sedikit pun tidak melepaskan figura di hadapannya. Dress berlengan panjang dengan potongan A-line yang flowing hingga ke buku lali serta taburan manik-manik kristal Swarovski yang menaikkan lagi charms pada dress berwarna pearl pink itu.
Sweet honey.
His honey.
"Aww, thank you prince! You're one gorgeous piece of male speciment too,"
Fahrin ketawa senang melihat telatah Rose yang melayangkan wink pada dia. Haish, sabar Ryan! Dua minggu je lagi.
"My god! You guys are perfect for each other, so sweet! I memang dah boleh imagine sangat korang punya wedding nanti, god, can't wait for D-day!"
Rose dan Fahrin serentak ketawa melihat telatah wedding planner mereka. Kemain eksaited macam dia pulak yang nak kahwin.
"Okey, hun, mana lagi destinasi date kita?" Soal Fahrin sebaik sahaja mereka keluar dari bilik tersebut.
"Ermm... hah! I tahu!"
~~~¤♡♡♡¤~~~
Rose memerhati tingkah Fahrin yang tengah makan aiskrim itu. Cara lelaki itu menjilat aiskrim membuatkan aiskrim tersebut sangat menyelerakan.
Err, Rose? You sounds like a pervert.
"Kenapa you jilat airkrim?"
"Huh?" Fahrin memandang gadis di sebelahnya yang mengajukan soalan.
Rose, Rose, benda kecil macam tu pun kalau tentang Fahrin, mesti dia take note. Itu apa yang Fahrin perasanlah tentang sikap Rose sejak mereka bertunang.
Dia jadi semakin manja, kuat merajuk, kuat cemburu, prihatin. Haihhh, macam manalah Fahrin tak sayang ketat-ketat sendat-sendat?
"Aiskrim memanglah jilat, habis tu nak gigit?"
"I gigit. Sedap je," ujar Rose masih mempertahankan pendiriannya.
"I'd love to savour the taste. Every ice-cream has a unique flavour and I want to taste it,"
Fahrin menggamit gadis itu untuk mendekat sebelum merapatkan mukanya pada wajahnya pada telinga Rose.
"Same goes to you. I will savour every inch of you for your unique scents and flavour,"
Zass! Berbahang muka Rose mendengar kala-kata Fahrin. Dasar pervert!
Sorry guys pendek sangat. Aku mengantuk hahahhaha enjoyy
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...