"Rose," bahu sahabatnya itu disentuh lembut, menariknya dari lamunan.
"Yes, Fa? Kenapa?"
"Kau okey tak?"
Rose melemparkan senyuman manis buat Wafa. "Okey je. Kenapa?"
Wafa hanya menggeleng sambil turut tersenyum. Sejak sahabatnya itu berkahwin hampir sebulan yang lalu, dia sering memerhatikan Rose yang kerap termenung.
Dia ada rasa nak tanya tentang penerimaan Fahrin ataupun adakah Rose sudah menceritakan perkara sebenar pada suaminya tetapi dia tahu, it's not her place to ask.
Wafa yakin apabila Rose sudah bersedia nanti, dia sendiri yang akan bercerita.
"Kalau kau rasa tak sihat, pergilah rehat dekat dalam office,"
"Aku okey je la," jawab Rose sambil ketawa. Lucu melihat kerisauan Wafa.
Tetapi jelas di telinga Wafa, tawa itu palsu.
"Wazzup, wazzup, Marsha in the house!!"
Keadaan kafe yang tenang tadi tiba-tiba bertukar menjadi riuh apabila Marsha menapak masuk. Kawan baik Rose semasa zaman sekolah dahulu selamba je buat kafe tu macam rumah sendiri.
Mujurlah waktu itu tidak ramai pelanggan di dalam kafe. Kalau tak, memang kena cacilah gamaknya perempuan ni.
"Babe, lama tak jumpa!!!" Tubuh Rose dipeluk sebelum mereka berlaga pipi.
"Miss you, Sha. Kau la, sibuk sangat dengan kerja!"
Baru sahaja Marsha nak melakukan perkara sama pada Wafa, gadis itu sudah mengelak dahulu. Dia memang geli sikit dengan orang yang nak pegang-pegang ni.
Rose dan Marsha serentak ketawa.
"Sorry babe, aku tak datang wedding kau hari tu. Eh, aku dengar laki kau handsome, anak Tan Sri pulak tu kan? Wow, nice catch Rose!"
Senyuman lebar Rose mulai pudar berganti dengan senyuman palsu tadi. Entah mengapa, setiap kali teringatkan Fahrin, hatinya jadi sayu.
Marsha yang terus bercerita itu ini pada Wafa dan Rose tidak langsung perasan dengan perubahan senyuman rakannya tetapi Wafa sempat menangkap dengan ekor mata. Dia dapat melihat mata Rose sedikit berkaca sebelum hilang apabila gadis itu mengelipkan matanya.
Ehemm!
Serentak mereka bertiga memandang ke pada kaunter minuman.
"Tak nak kenalkan aku dekat kawan korang yang cantik ni ke?" Tegur Jai mendekati mereka dengan senyuman manis.
"I'm Jai. Their beloved barista,"
"Marsha," jawapabnya perlahan, turut tersenyum.
Yang tak boleh blahnya yang mereka berdua tayang itu namanya senyum gatal. Sambil-sambil tu, sempat Marsha memintal-mintal hujung rambutnya hujung rambutnya dengan jari.
Rose dan Wafa yang terpaksa menyaksikan drama tak berskrip itu dah tahan rasa nak muntah. Geli bak hang!
"Ada mulut kan? Mohon jangan main mata eh dekat sini? Mual,"
"Mual, mual! Rose yang kahwin, kau yang mengandung ke?" Balas Jai selamba. Geram la, baru nak usha dah ada orang potong stim pulak!
Wafa sudah membesarkan matanya. Baru sahaja dia nak membalas kata-kata Jai, pintu kafe terbuka.
Irfan melangkah masuk dengan sebuah beg kertas di tangannya.
"Hi, ladies!"
"Hi!" Jawab Marsha dan Rose serentak.
YOU ARE READING
Honey ✔
Romance"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengu...