#7

3K 376 34
                                    

[Jira Pov]

Jimin mengelap mukanya yang 'berseri' gara-gara nasi goreng yang tersembur dari mulut aku.

"Saya tahu la awak teruja, tapi tak perlu la sampai sembur nasi goreng ke muka saya yang tersangatlah handsome ni.." ppfft...ayat...

Jimin menyuap kembali nasi gorengnya.

"Euww....hei! Awak ni memang suka perasan kan? Awak yang masak konon...eleh..."

"Wae? Tak percaya? Kalau tak percaya pergi la masuk rumah saya, tanya eomma, appa dan noona saya."

"Huh! Bangga sangat la tu...alah... setakat nasi goreng aje...saya pun boleh!" Kembang kempis hidungku, tunjuk lagak depan Jimin.

"Iyelah tu...kamu masak nasi pun tak lepas, goreng telur pun hangit. Ada hati cakap pandai masak!" Tiba-tiba eomma menyampuk dari dapur.

Aku terkedu. Omo. Bila masa eomma ada kat dapur??? Tadi aku tengok tak ada orang pun?

Eomma ni..suka buat malu aku depan si Jimin tu. Tengok! Kan dia dah ketawakan aku, sebab kantoi menipu. Hampeh sungguh la!! Yaish!!!

-Skip-

Esoknya di sekolah...

Aku berjalan menuju ke kelas. Sengaja aku datang awal sebab tak nak bertembung dengan Jinrae eonni. Bukan apa...nanti mesti dia ajak tumpang lagi. Dan itu maknanya aku kena duduk sebelah Jimin lagi dan dengar sindiran pedas dia tu!

Tak nak aku! Semenjak Jinrae unnie balik, tiap-tiap hari dia nak tumpangkan aku pergi sekolah. Pelik betul aku. Ada apa-apa ke?

Ketika aku sibuk mengelamun tentang Jinrae eonni tanpa sedar aku telah terlanggar seorang namja.

"Ops...mianhae...saya..." aku terdiam. Sebab terkejut sebenarnya.

"Jira?" Namja itu memanggil nama aku.

"Joshua oppa?" Aku masih terkejut.

Joshua oppa tergelak melihat muka aku yang terkejut beruk tu. Macam terserempak artis pula.

"Oppa sekolah kat sini? Bila oppa masuk? Saya tak pernah nampak pun oppa kat sini? Bila oppa balik dari Amerika?" Tu dia soalan yang keluar dari mulut aku. Laju aje. Macam bullet train!

Joshua terkebil-kebil seketika.

"Amboi...banyaknya soalan. Biar oppa jawab satu-satu ya? Nae, oppa sekolah kat sini. Oppa baru aje daftar masuk tadi. Tu yang Jira tak pernah nampak oppa. Semalam oppa sampai Korea. Sebab eomma dan appa tukar tempat kerja." Balas Joshua.

Joshua oppa ni chingu kepada oppa Haneul. Dia pernah sekolah kat sini juga tapi 2 tahun kemudian dia pindah ke Amerika bersama oppa Haneul. Sekolah berasrama.

"Ooh..."

"Jira!" Aku menoleh setelah terdengar namaku dipanggil.

Jimin berjalan ke arah aku dan Joshua oppa.

"Siapa ni?" Soal Jimin sambil memandang Joshua semacam aje.

"Awak dah lupa ke? Ni kan Joshua oppa. Chingu kepada oppa Haneul. Tak ingat?" Aku menyiku pinggang Jimin.

Joshua tersenyum manis kepada Jimin.

"Jinjja? Apesal lain sangat muka dia?" Jimin masih curiga.

"Aish! Awak ni. Mana ada lain muka oppa tu. Macam tu la muka dia dari dulu. Awak tu yang nyanyuk! Dahla, jom masuk kelas. Annyeong oppa. Gembira dapat berjumpa oppa balik!" Aku terus menarik tangan Jimin.

***

Sampai sahaja di kelas, Jimin melepaskan pegangan tangan aku. Dah kenapa pula dia ni...

"Awak ni dah kenapa?"

"Nothing." Jimin membalas dengan dingin.

Aku makin pelik. Jimin ni datang bulan ke apa? Marah tetibe ni? Selalu dia yang bagi aku marah.

"Eh, semalam elok aje awak ketawakan saya. Hari ni awak moody pula. Waeyo? Datang bulan ke apa..." aku sengaja usik dia.

"Awak suka Joshua hyung ke?" Jimin meletakkan beg sekolahnya ke atas meja.

Aku yang sedang mengeluarkan buku nota dari beg terhenti apabila terdengar soalan Jimin tu.

Ohohoho!! Dia jealous ke rupanya! Alang-alang dah macam tu... biar aku uji dia...muahahaha! *smirk*

"Hem...kalau saya cakap yang memang saya suka Joshua oppa, awak nak buat apa? Joshua oppa tu baik, peramah, handsome, tak suka menyindir *sengaja aku tegaskan ciri-ciri tu biar dia terasa* ha...sebab tu saya suka dia..."

"Jinjja??! Omona!! Aku kena bagitau Joshua oppa la..." Haneul tiba-tiba menyampuk dari belakang.

Aku terkejut. OMG!!! Haneul, andwae!!!! Aku saja ja nak test si Jimin ni...alih-alih aku yang terkena balik! [Hah! Padan muka kau Jira! Main-main lagi...hahaha~nasib kau la~]

"Hem, baguslah kalau macam tu..." Jimin hanya membalas pendek.

Aik? Macam tu aje? Tak marah ke aku puji Joshua oppa banyak-banyak? Ke dia ni memang jenis orang yang tak ada perasaan?

-Skip-

Waktu rehat.

"Betul ke apa yang Haneul cakap kat oppa tadi?" Soal Joshua oppa. Dia kelihatan terkejut.

Kami duduk semeja. Jimin pun ada sekali. Cuma dia duduk diam aje.

"Err..." aku menggaru kepala. Aduh macam mana ni? Tula...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Kan sendiri yang susah?

"Sebenarnya oppa pun dah lama sukakan Jira..."

Kali ni aku pula yang terkejut. Mwo....mworago???! Aduh... tambah lagi satu masalah... wargh!!! Eomma!! Appa!! Help me please!!! Jebal!!!

Tbc

Sori kalau typo ^^

(☆) Vote
(♡) Comment

[✔] Dear Mr.Neighbor + Park JiminWhere stories live. Discover now