#26

2.9K 322 43
                                    

[Jira Pov]

"Jira. Nah air." Joshua oppa menyerahkan sebotol air mineral kepadaku.

Aku hanya mengambil botol air tersebut lalu meletakkannya di sebelahku.

"Kamu ni siapa pula?" Soal Jin oppa kepada Joshua oppa.

"Saya ni---"

"Chingu saya." Aku menyampuk. Joshua oppa memerhati aku dengan kerutan di wajahnya.

Aku hanya membiarkan sahaja. What? Nak biar dia cakap yang dia tu namchin aku? Oh please. Dia aje yang anggap macam tu. Bukan aku. Aku tak pernah anggap dia lebih daripada seorang kawan dan oppa memandangkan aku anak tunggal.

Hati dan cinta aku hanya untuk seorang namja bernama PARK JIMIN! HANYA PARK JIMIN!

"Ooo..." balas Jin oppa sambil terangguk-angguk.

"Mana la pergi si Jimin ni... saya risau la hyung. Dia tu dah la tengah sakit." Taehyung mengusutkan rambutnya.

"Jira... kamu balik dulu ya? Oppa dan yang lain akan cuba cari Jimin sampai jumpa, ya?" Kata Jin oppa.

Pada mulanya aku ingin membantah, aku nak stay kat sini sampai Jimin balik, namun setelah melihat wajah Jin oppa yang agak serius, terus aku batalkan niat aku itu.

"Okay." Aku mengambil beg tanganku dan berjalan menuju ke pintu dengan langkah yang berat.

"Oppa." Aku menuju ke arah Jin oppa. Aku mencapai dan menggenggam tangannya erat-erat.

"Kalau Jimin dah kembali semula, cepat-cepat bagitau saya tau. Jebal..." kataku sambil mengeratkan lagi genggaman.

Aku betul-betul berharap yang Jimin akan kembali semula. Please come back Jimin...

Jin oppa memandang wajah aku yang mula dibasahi air mata itu dengan sayu. Dia menyeka air mata yang jatuh perlahan-lahan di pipi aku. Tangan aku diusap perlahan.

"Nae... oppa akan bagitau kamu. Kamu jangan risau ya?" Jin memujuk aku lagak seorang abang sedang memujuk adiknya.

Aku menganggukkan kepala sebelum melangkah keluar dari studio.

***

Dalam kereta.

Aku langsung tak bercakap apa-apa dengan Joshua oppa sepanjang perjalanan.

Suasana dalam kereta senyap sahaja. Aku memejamkan mata. Cuba berfikir apa yang boleh aku buat sekarang ni.

"Kamu...memang betul-betul sayangkan Jimin, kan?" Aku mencelikkan mata sebaik sahaja terdengar soalan Joshua oppa itu.

Joshua menoleh sekilas, memandang aku sebelum fokus semula ke arah jalan raya. Tawa kecil terlepas daripada mulutnya. Namun tawanya kedengaran sangat hambar. Tiada perisa.

"Apalah yang oppa tengah buat sekarang ni. Aigoo... paksa kamu untuk suka dengan oppa sedangkan hati kamu untuk orang lain."

Aku terdiam.

"Oppa sepatutnya sedar yang oppa ni tak layak untuk kamu. Dan oppa tak patut paksa kamu untuk sukakan oppa. Mianhae, Jira. Mianhaeyo..."

"Oppa..."

"Jimin seorang namja yang beruntung sebab ada seorang yeoja, yang baik dan cantik yang sangat-sangat cintakan dia." Kata Joshua oppa lagi.

Aku masih membisu, tak dapat membalas kata-katanya.

"Pergi cari dia."

Kali ini aku terkejut. Hah?

"Eo?"

[✔] Dear Mr.Neighbor + Park JiminWhere stories live. Discover now