[Jimin Pov]
Aku terkejut. Aku memandang yeoja di sebelah Suga hyung itu.
Omo! Kenapa dia ada kat sini?! Suga hyung memandang aku dengan pelik.
"Jimin..."
Suga hyung memetik jarinya di depan muka aku.
"Eo? Err..dah siap pilih kan?! Jom pergi bayar!" Cepat-cepat aku menarik tangan Suga hyung sambil cuba menyembunyikan muka.
[Jimin Pov End]
[Jira Pov]
Aku menoleh. Cuba untuk pastikan betul ke dua orang namja tu member BTS. Walaupun aku tak minat sangat dengan KPOP, tapi aku pernah tengok muka diorang dalam poster yang Haneul selalu bawa pergi sekolah.
"Eh? Dah tak ada?" Aku menoleh sekeliling kedai. Tak ada juga... hem...aku salah tengok kot.
"Apa yang tak ada?" Haneul tiba-tiba menyoal.
Di tangannya ada sepasang kasut tumit tinggi yang cantik tapi sayangnya aku bukanlah pencinta high heels. Aku lebih selesa memakai kasut tumit rata. Lebih senang nak bergerak. [Sama la kita]
"Anio...tak ada apa-apa la. Kau dah siap pilih kan? Jom pergi bayar."
Mana boleh aku cerita yang aku ternampak 'kembar' member BTS kat Haneul. Haneul tu dah la BTS die hard fan. Mau kecoh satu shopping mall ni nanti. Andwae~~
**************
Hari Isnin...
Jam locengku berbunyi nyaring. Aku tutup jam loceng lalu bangun dan menggeliatkan tubuh.
Aigoo....kena pergi sekolah pula hari ni...kenapalah cuti sekolah rasa sekejap aje?
-Skip-
Ketika aku mengikat tali kasut, aku terlihat seorang yeoja keluar dari rumah Jimin. Aku terkejut. Eh???
"Jinrae...eonni?" Spontan bibir aku memanggil namanya.
Gadis yang dipanggil Jinrae itu menoleh lalu tersenyum. Dia berjalan ke arah tembok yang memisahkan rumah aku dan Jimin.
"Annyeong Jira..." Jinrae eonni kelihatan cantik dengan blouse putih dan seluar jeans hitam.
Jinrae ni noona Jimin tapi perangai dia tak sama langsung dengan adik dia tu! Eonni baik...tak macam Jimin! Menyampah!!!
"Eonni pergi mana? Lama tak nampak?"
"La...Jira lupa ke? Kan hari tu eonni dah bagitau. Kitorang balik Busan sebab halmeoni sakit. Eomma dan appa eonnie pun ikut sekali. Dah lupa?" Kata eonni sambil ketawakan aku.
"Hah?! Hahaha...saya lupa la. Mianhae...tapi...kenapa Jimin tak ikut sekali?" Aku menggaru kepalaku.
"Jimin? Jimin mana boleh ikut sebab--" Jinrae eonni terhenti seketika. Seperti teringat sesuatu. Aduh...nasib baik tak kantoi...
"Sebab apa eonni?" Aku menunggu jawapan dari mulut eonni. Dah kenapa berhenti tiba-tiba?
"Err...sebab Jimin kan masih sekolah? Dia mana boleh skip sekolah..."
"Ooo...hehehe..."
"Noona...saya dah siap!" Tiba-tiba Jimin menyampuk.
Aku menjeling Jimin. Huh! Style budak nerd lagi...
"Good morning minah senget!" Kata Jimin sambil menuju ke kereta Jinrae eonni.
Aku tersentap dengar panggilan Jimin tu. What the......
"Jimin..." tegur Jinrae eonni.
"Cepat la noona...nanti lambat pergi sekolah."
Jinrae eonni memandang aku.
"Jira pergi sekali dengan kitorang ya?"
"Mwo?!" Jimin yang baru nak masuk kereta terus keluar balik.
"Eo? Gwenchana eonni. Saya boleh naik bas aje..." aku menolak niat baik eonni. Tak nak menyusahkan dia.
"Hah! Dengar tu noona. Orang dah tak sudi tak payah la nak ajak lagi. Dah dah, jom cepat!"
"Eh...tak apa. Kesian Jira kena tunggu bas. Nanti terlambat pula. Jom..." eonni sedikit mendesak.
Aku terpaksa menurut. Jimin menjeling sekilas sebelum masuk ke dalam kereta.
***
Sepanjang perjalanan, aku dan Jimin hanya mendiamkan diri. Eonni sesekali menjeling kami di belakang.
Aku curi-curi pandang Jimin di sebelahku. Perasaan kekok mula muncul.
Okay...seriously...aku tak pernah duduk sedekat ni dengan Jimin. Rasa gementar pun ada. Aku menggosok tapak tanganku yang tiba-tiba terasa sejuk.
"Awak jangan perasan pula dapat duduk tepi saya. Saya tak nak tapi noona yang suruh."
Tu dia ayat dia...menusuk tepat ke arah jantung aku. Oh my hearteu~~
Aku mengetap bibir. Mak oi...kalau macam ni hari-hari, mau berdarah telinga aku dengar sindiran dia."Saya pun tak teringin la nak duduk tepi awak! Jangan nak perasan! Awak ingat awak ni artis ke?!" Aku balas balik sindiran dia.
Mana aci asyik dia yang 'tembak' aku!
Jinrae eonni ketawa mendengar kami berdebat.
"Sudah-sudah la tu korang berdua ni. Dari kecil sampai ke besar, gaduh aje....haih...ada jodoh la tu." Eonni ketawa lagi.
"Mwo?! Jodoh??! Oh please...tak nak saya kahwin dengan minah senget ni. Dah la masak pun tak reti, kebulur saya nanti." Jimin 'menembak' aku lagi.
Aku bagi sedas jelingan tajam kepada Jimin. Hoi mulut dia...yah!!!
Baru aje aku nak 'fire', 'tembak' dia balik, kami dah sampai depan pagar sekolah. Aku mengeluh. Jimin menang lagi...ish!!!
Tbc
Sori kalau typo ^^
(☆) Vote
(♡) Comment
YOU ARE READING
[✔] Dear Mr.Neighbor + Park Jimin
Fiksi PenggemarPark Jira dan Park Jimin, berjiran sejak kecil tapi tak pernah berbaik. Selalu bergaduh ada la! Tapi, ada satu perkara yang Jira tak tahu tentang Jimin, Mr Neighbornya itu. Perkara apa yang Jira tak tahu tu? Kenalah baca ff ni ^^ Vote and comm...