"Hah!!"
Yoon Ae terjaga dari tidurnya. Jam loceng dikerling.
2 pagi!
Segera dia mencapai telefonnya. Tiada 1 pun mesej daripada Eun Soo. Dahinya berkerut.
"Kata nak datang?? Takkan dia datang time aku tidur pulakk.." Yoon Ae mengomel sendiri sambil menyerabaikan rambutnya yang memang sedia ada serabai.
"Aniya,, kalau dia datang tadi mesti omma kejut aku." Yoon Ae mengetap bibir.
"Dia tak jadi datang kot.."
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Dia memandang perempuan itu tanpa berkelip. Sesekali dia menoleh ikatan di tangan perempuan itu. Risau sekiranya dia boleh terlepas.
Pisau yang setia di genggaman, dilalukan di garis rahangnya perlahan-lahan. Aktiviti sementara menunggu perempuan itu sehingga sedar dari pengsan.
"Uhhh.."
Dia segera menoleh. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Dah sedar??" Lelaki itu bangun & berjalan menuju ke tawanannya.
"Kau??"
"Nae,, aku. Wae Eun Soo ssi?? Tak suka tengok aku??" Dia tersenyum senget.
Eun Soo mengetap bibir. Dia ingin pergi dari situ. Dia menggerakkan kaki serta tangannya.
Dia memandang ke bawah. Kakinya terikat. Dia menoleh ke belakang. Tangannya turut terikat di belakang sebatang pokok yang sederhana besar.
"Yahhh!!! Lepaskan aku!!" Eun Soo menjerit sekuat hati.
Lelaki itu ketawa kecil. Lebih kepada ketawa mengejek.
Eun Soo mengetap bibir geram apabila lelaki itu buat tidak endah.
"Yahhh!! Lepaskan aku!!!" Eun Soo meronta lagi.
"Nak pergi rumah Yoon Ae ke cakap pasal aku??"
Lelaki itu mengetap gigi. Rahangnya bergerak-gerak.
"Namja tak guna!!!!"
'Zapp!'
Lelaki itu membaling pisau ke arah Eun Soo & terpacak di pokok tempat Eun Soo diikat.
Eun Soo terkejut. Dadanya berombak laju. Peluhnya mengalir laju.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Baguskan kalau kau senyap macam ni? Ni asyik terjerit macam perempuan gila."
"Kau tu yang gila!!" Balas Eun Soo.
Lelaki itu mengatur langkah ke arah Eun Soo & mencabut pisau yang dia baling tadi.
"Aku dah bagi amaran.."
'Zapp!'
Pisau tadi dilibas di telinga Eun Soo. Eun Soo ternganga menahan sakit sehingga tidak mampu bersuara.
Darah mencurah-curah keluar dari bahagian telinganya.
"Jangan nak bagitau orang lain..."
"Tapi kau degil..."
'Zapp!!'
Kali ini leher jenjang milik Eun Soo dikelar.
"Je-jebal..." Eun Soo merintih kesakitan.
"Siapa suruh kau degil?" Lelaki itu mencengkam kuat rahang Eun Soo.
Eun Soo mula menangis. Pipinya basah.
YOU ARE READING
(THE WATTYS 2016) Hobgoblin [디오 ✖️ 카이] ✔️
Bí ẩn / Giật gân#4 in Mystery / Thriller (June 2016) THE WATTYS 2016 WINNER Kim Yoon Ae, hidup di bawah tanggungan ibu tirinya, Lee Min Hye. Kim Yoon Ae merupakan pelajar yang pintar di sekolah, sering mendapat tempat pertama, tetapi sangat pendiam. Pada suatu hari...