"Dekat je. Kenapalah tak perasan selama ni??" Min Hye tergelak kecil.
"Tu lah. Tak sangka kita duduk dekat je. Entah-entah anak-anak kita satu sekolah." Balas Puan Kim.
Min Hye hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Omma. Mianhe lambat. Ahh annyeonghaseyo." Seorang lelaki datang ke arah mereka berdua.
"Haa Min, ni lah Jongin." Puan Kim tersenyum sambil mengenalkan anak lelakinya.
"Annyeonghaseyo." Jongin tunduk hormat.
"Nae annyeong." Min Hye tersenyum manis.
Jongin duduk di sebelah kiri Puan Kim.
"Kyungsoo mana??" Tanya Puan Kim perlahan.
"Dia cakap on the way." Balas Jongin.
Serentak sahaja Jongin membalas, pintu kafe itu dibuka sekali lagi. Kyungsoo berjalan ke arah mereka bertiga.
"Haaa ini Kyungsoo." Puan Kim menepuk perlahan bahu anak tirinya.
Kyungsoo hanya menunduk hormat.
"Eo?? Macam pernah nampak. Kawan Yoon Ae kan??" Min Hye menyengetkan kepalanya.
"Nae. Ahhh omma Yoon Ae?? Mianhae tak cam sangat." Kyungsoo tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Eo kamu kenal??" Puan Kim memandang Kyungsoo.
"Nae. Yoon Ae sekelas dengan Jongin." Balas Kyungsoo.
"Jinjja??" Min Hye memandang Jongin.
"Hah?? Omma Yoon?? Annyeonghaseyo ommonim." Jongin bingkas bangun dan tunduk sekali lagi di hadapan Min Hye.
Kyungsoo hanya menggeleng perlahan melihat telatah Jongin.
"Keurae. Tapi, saya tak pernah nampak pulak Jongin. Kyungsoo saya kenal sebab dia pernah jumpa Yoon Ae dekat rumah." Kata Min Hye.
"Ooo..." Jongin menggenggam tangannya dan diletakkan di mulut.
Kyungsoo menjeling Jongin dengan tajam. Namun Jongin hanya tersenyum sumbing melihat Kyungsoo. Keningnya dijongketkan.
"Tak sangka mereka berkawan. Dulu mereka rapat dengan mendiang Yoon Hee." Kata Puan Kim secara tiba-tiba.
"Nae, sekarang dengan Yoon Ae." Min Hye menyambung.
Kyungsoo dan Jongin terdiam.
"Kejap lagi Yoon Ae sampai rasanya. Mesti dia suka tengok kawan dia ada dekat sini." Min Hye tersenyum.
Puan Kim hanya mengangguk.
Mereka berbual rancak sekali.
•••••••••••
Min Hye melihat telefon bimbitnya.
"Kenapa Min? Risau je?" Tanya Puan Kim.
"Yoon Ae ni. Tak reply apa-apa pun. Call tak angkat." Min Hye mengeluh.
Puan Kim terkejut.
"Takpe. Jangan fikir bukan-bukan. Mungkin dia dah balik hotel, tertidur? Boleh jadi." Puan Kim cuba menenangkan Min Hye.
"Mungkin juga.." Min Hye mengangguk perlahan.
Jongin mengerling Kyungsoo. Muka abang tirinya memang tidak berperasaan. Matanya turun ke bawah sedikit dan terpampang jelas tangan Kyungsoo yang semakin memucat. Urat-urat hijau jelas kelihatan.
YOU ARE READING
(THE WATTYS 2016) Hobgoblin [디오 ✖️ 카이] ✔️
Misterio / Suspenso#4 in Mystery / Thriller (June 2016) THE WATTYS 2016 WINNER Kim Yoon Ae, hidup di bawah tanggungan ibu tirinya, Lee Min Hye. Kim Yoon Ae merupakan pelajar yang pintar di sekolah, sering mendapat tempat pertama, tetapi sangat pendiam. Pada suatu hari...