"Sabarlah.." Puan Kim dari tadi berusaha memujuk Min Hye.Min Hye yang sudah kekeringan air mata hanya menggeleng lemah.
"Saya dah buntu. Polis cakap kes ni dah lebih kurang sama dengan kes Eun Soo." Balas Min Hye.
Puan Kim mengeluh. Risau dia melihat keadaan Min Hye yang semakin tidak terurus.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Jongin seperti leka. Dia terasa bebannya sudah hilang di saat dia memberitahu Yoon Ae segala-galanya.
Perlahan-lahan Yoon Ae menoleh ke belakang. Kosong.
Ini peluang keemasan yang dia harus ambil untuk melarikan diri.
Sepantas kilat Yoon Ae berlari dari situ.
"Eodiga?!!!!" Jongin berang dan mengejar Yoon Ae dengan pantas.
Yoon Ae berlari tanpa menoleh langsung ke belakang.
"KIM YOON AE!!" Jongin menjerit bagai orang gila.
'Bukkk!!!'
Kaki Yoon Ae dipaut oleh Jongin dengan pantas menyebabkan gadis itu jatuh tersungkur.
Yoon Ae memejamkan matanya menahan sakit. Sekitar tangannya tertusuk duri di akar yang berselirat.
Jongin tersenyum sinis. Cengkamannya di kaki Yoon Ae semakin kuat sehingga kakinya terasa kebas.
Yoon Ae menoleh ke belakang. Mata Jongin merah menyala. Badannya menggigil ketakutan.
"Kau nak pergi mana? Permainan kita baru bermula." Jongin menyeringai seraya bangun.
Namun pegangannya di kaki Yoon Ae tidak dilepaskan. Mata Yoon Ae terbeliak sebaik sahaja dia melihat Jongin mencapai shovel di balik semak.
"Yahh,, Jongin. Andwae.." Yoon Ae menggelengkan kepalanya laju.
"Jom kita 'main' sekarang??" Jongin menyengetkan kepalanya seraya mengangkat shovel itu dengan tinggi.
"AAHHHHHH!!!!"
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Tao!!!"
Tao terkejut seraya menoleh ke pintu biliknya.
"Yahh Min Yoongi!! Kau nak aku mati cepat ke?!" Tao menengking lelaki berkulit pucat itu.
"Jom jom!!" Yoongi menarik tangan Tao dan mencapai kot untuk menahan sejuk di luar.
"Eodiga???" Tao bingung.
"Kita ikut polis? Polis dapat signal GPS daripada phone Yoon Ae!! Jom!" Yoongi mengheret Tao.
"Jinjja?? Dekat mana??" Tao terkejut.
"Molla. Tapi dah jauh, dekat hujung Seoul. Dah nak masuk highway ke Busan." Jawab Yoongi pantas.
"Aku harap Eun Soo dapat ditemui sekali." Sempat lagi Tao berdoa tentang anak jirannya.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Yoon Ae tejaga dan angin sejuk menyelubunginya. Dia memandang sekeliling dan mendapati dirinya terbaring di atas lantai bersimen. Dia bangun dan pergerakannya tersekat. Kaki kanannya diikat dengan rantai besi.
YOU ARE READING
(THE WATTYS 2016) Hobgoblin [디오 ✖️ 카이] ✔️
Mystère / Thriller#4 in Mystery / Thriller (June 2016) THE WATTYS 2016 WINNER Kim Yoon Ae, hidup di bawah tanggungan ibu tirinya, Lee Min Hye. Kim Yoon Ae merupakan pelajar yang pintar di sekolah, sering mendapat tempat pertama, tetapi sangat pendiam. Pada suatu hari...