Seorang lelaki yang agak kecil badannya menilik wajahnya di hadapan cermin besar. Dia merapikan tie serta blazernya. Bibirnya tersenyum nipis.
"Chaaa,, new school, new friend, new case of course."
Dia berbisik sendiri. New case???
Kemudian dia mengambil beg di atas meja belajarnya."Kaja Do Kyungsoo." Dia tersenyum lagi.
Kyungsoo keluar dari bilik & turun ke dapur.
"Bagusnya anak omma ni dah bangun.."
Tegur Puan Kim,, omma tiri Kyungsoo menggosok perlahan kepala anak tirinya. Walaupun hanya anak tiri, Puan Kim menyayanginya sama seperti menyayangi anak sendiri.
Kyungsoo hanya tersenyum. Kemudian dia mula mengunyah sandwich yang disediakan oleh Puan Kim.
"Appa mana omma??" Tanya Kyungsoo.
"Appa kan outstation. Lupa eah??" Jawab Puan Kim.
Kyungsoo hanya tersenyum & menganggukkan kepala.
"Jongin mana ni??" Bebel Puan Kim.
Kemudian dia berlalu keluar dapur & berdiri di bawah tangga.
"Jongin!!!"
----
Jongin berhenti di hadapan pintu biliknya. Dia tersenyum sinis.
"New victim also,, don't forget it Kyungsoo hyung." Dia berbisik sendiri.
"Jongin!!!"
"Nae omma!!!"
Jongin berlari menuruni tangga & terus menuju ke dapur. Puan Kim menggelengkan kepalanya.
"Morning hyung!" Jongin memeluk belakang Kyungsoo sambil tersengih.
"Emmmm...." Jawab Kyungsoo acuh tidak acuh.
"Omma,, hyung tak suka Jongin peluk dia.." Jongin mengadu kepada Puan Kim yang baru masuk ke dapur.
Dia minum susu dengan muka tak puas hati.
"Hyung tengah makan,, jangan terus sergah macam tu.." Puan Kim membela Kyungsoo.
"Alaaa.." Jongin mencebik.
"Takpe omma,, dah biasa dah dengan budak ni. Asyik peluk orang je,, takde nafsu kat perempuan agaknya. Tak pun tak cukup kasih sayang." Kyungsoo mencelah dengan muka yang tidak berperasaan.
Puan Kim hanya tersenyum kerana hanya menganggap itu sebagai gurauan. Namun Jongin terkejut.
"Hyung tunggu kat depan." Kata Kyungsoo & terus pergi ke ruang tamu.
"Tchh,, psycho.." Bisik Jongin.
•••••••••••••••••••••••••••••
"Yoon jushimae!!!"
Min Hye, omma tiri Yoon Ae menjerit dari muka pintu.
"Nae!!!" Balas Yoon Ae sambil berlari keluar dari pagar rumahnya.
Yoon Ae berjalan dengan santai kerana sekarang masih awal lagi untuk sampai ke sekolah.
5 minit berlalu. Kakinya sudah masuk ke kawasan sekolah. Beberapa pelajar tersenyum ke arahnya ketika berselisih. Walaupun Yoon Ae jenis pendiam, namun dia disenangi ramai pelajar serta guru.
"Hi Yoon!!" Eun Soo mengambil tempat di sebelah Yoon Ae.
Yoon Ae hanya tersenyum & memerhatikan Eun Soo yang sibuk mengemas buku di bawah mejanya.
YOU ARE READING
(THE WATTYS 2016) Hobgoblin [디오 ✖️ 카이] ✔️
Misteri / Thriller#4 in Mystery / Thriller (June 2016) THE WATTYS 2016 WINNER Kim Yoon Ae, hidup di bawah tanggungan ibu tirinya, Lee Min Hye. Kim Yoon Ae merupakan pelajar yang pintar di sekolah, sering mendapat tempat pertama, tetapi sangat pendiam. Pada suatu hari...