"Hei semua, dengar sini!" ucap seorang gadis ketika berlari masuk ke kelas 4 Karisma selepas waktu rehat berakhir. "Apa yang kau nak bagitahu kami, Mun?" tanya salah seorang daripada rakan sekelasku kepada gadis bernama Munirah yang lebih mesra dipanggil sebagai 'Mun' itu. Dia tercungap-cungap menghela nafas sebelum meneruskan bicara."Aku dapat tahu kelas kita akan dapat seorang cikgu praktikal hari ni!"
"EHH?!!"Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut. Sebelum ini, kami tidak pernah mendapat guru praktikal untuk mengajar kelas kami. "Mana kau dapat tahu, Mun?" tanya Intan, kawan rapatku.
"Cikgu Rasyidah bagitahu aku. Lebih menyeronokkan, kita dapat cikgu lelaki!"
"WAHHH!!!" Suasana di dalam kelas itu riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar perempuan yang teruja mendengarnya termasuklah aku. Mana tidaknya, kami bakal mendapat seorang GURU LELAKI! Sesuatu yang menakjubkan kerana guru-guru yang mengajar kami setakat ini majoritinya merupakan guru perempuan. Hanya seorang sahaja guru lelaki yang mengajar di kelas kami. Itu pun seorang guru yang berperangai seperti perempuan: suka berleter, tegas dan kuat merajuk. Bukan aku seorang saja yang rasa begitu, sebaliknya kami sekelas.
"Hm...kamu memang sukalah dapat cikgu lelaki," satu suara kedengaran seperti mengeluh di sebalik kegembiraan tersebut. Zainal yang merupakan ketua kelas kami menarik muka masam. Amirul yang duduk di sebelahnya cuba menenangkan kawannya. "Adil lah tu, Zainal. Selama ni kita saja yang asyik dapat cikgu perempuan, biarlah mereka pula dapat cikgu lelaki. Lagipun, mesti seronok dapat cikgu lelaki sebab selalunya cikgu lelaki sporting."
"Betul juga cakap kau. Hm...tak apalah. Boleh juga tambah komuniti lelaki yang akan menjejakkan kaki ke kelas ni."
"Itu aku sokong."Kelas 4 Karisma. Sebuah kelas aliran Sains yang sepenuhnya diduduki oleh kaum Melayu di bawah program 'Rancangan Khas'. Oleh sebab itu, kami dianggap sebagai sebuah kelas elit walaupun sebenarnya keputusan kami tidaklah begitu membanggakan berbanding pelajar bukan Bumiputera yang lain. Sebenarnya apa yang aku ingin beritahu ialah majoriti kelas kami terdiri daripada pelajar perempuan. Ya, PEREMPUAN. Aku bukan menipu tetapi ini adalah hakikat. Kelas kami hanya mempunyai 3 orang pelajar lelaki daripada 34 orang pelajar. Nisbahnya? Kira sendiri. Hahaha.
Semuanya berlaku apabila majoriti pelajar lelaki yang berada di kelas kami berpindah sekolah memandangkan keputusan mereka di dalam PMR pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Jangan salah anggap! Kami masih kekal di sini bukan kerana keputusan kami teruk, tetapi aku dan kawan-kawanku tidak bercadang untuk berpindah sekolah (namun aku mengaku bahawa ada di antara mereka gagal mendapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh) jadi kami masih berada di sekolah ini. Anggaplah bahawa kami setia bersama sekolah yang menyebabkan kami berjaya hahaha...
"Jadi, cikgu baru ni akan masuk untuk subjek apa, Mun?" tanyaku dengan penuh bersemangat. Biar aku perkenalkan diri. Nama aku Puteri Hanis Awanis bt. Hamdan. Kawan-kawan aku memanggil aku Puteri. Walaupun aku bukanlah benar-benar seorang puteri, tetapi mempunyai nama sebegitu sudah cukup untuk membuatkan aku rasa berada di awang-awangan. "Cikgu Rasyidah cakap cikgu tu akan masuk untuk gantikan tempat dia, jadi mestilah subjek Biologi."
"Biologi?" Semua pelajar kelas itu mula berbisik sesama sendiri.
"Harap-harap dia ajar best berbanding Cikgu Rasyidah."
"Betul. Kalau tak, aku mengantuk lagi adalah.""Tidak! Kenapa Cikgu Rasyidah? Cikgu kesayangan aku..." Zainal kecewa dengan berita yang didengarinya. "Ha, ha...bukan kau seorang saja yang tak suka bila slot tu diambil. Mesti Shaiful pun sedih sebab mak dia dah tak dapat nak mengajar kita lagi, betul tak?" tanya Amirul kepada pelajar lelaki ketiga di dalam kelas itu.
"Mak aku tak masuk kelas dah? Yay! Aku bebas sekarang!"
"Err...Shaiful?"
"Kenapa? Kau ingat aku suka ke mak aku mengajar kita Biologi selama ni? No way!"
"Bukan selama ni kau paling cergas dalam kelas dia? Aku ingat kau suka..."
"Aku dipaksa, faham? Kalau tak aku kena leter bila balik rumah!"
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
HumorPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...