"Nini nak yang mana? Pilih je salah satu, Abang A'im bayar."
"Eh? Betul ke ni?"
"Betul. Nini ingat abang tipu ke?"
"Manalah tahu. Abang A'im ni bukan boleh percaya sangat. Hmm...kalau macam tu, biar Nini tengok dulu apa yang ada di dalam."
"Okey, Abang A'im tunggu dekat sini. Kalau dah jumpa nanti bagitahu abang."
"Okey!"Aku melihat kanak-kanak itu masuk ke dalam kedai anak patung tersebut. Sambil menunggu Nini membuat pilihan, aku membelek helaian wang yang ada di dalam dompetku. Alamak, aku harap dia tak pilih anak patung atau mainan yang paling mahal di sini, keluhku.
Semuanya berlaku dengan pantas. Baru sahaja aku menarik nafas lega atas kejayaan pembedahan Jiha semalam, ayah mengumumkan pula sebuah berita yang sangat mengejutkan kepada aku pagi tadi.
"Eh? Pindah ke kampung?"
"Ya," jawab lelaki itu ketika kami sedang bersarapan. "Sebenarnya, dah lama abah dan mak rancang nak bagitahu Aiman tapi disebabkan tahun ni Aiman ambil SPM, kami tak naklah mengganggu pembelajaran kamu." Aku mengerutkan wajah untuk seketika. "Tapi, esok dah nak pindah...kenapa cepat sangat?"
"Untuk kebaikan Jiha juga. Dia kan baru saja tamat pembedahan, maka kesihatannya perlu dijaga dengan rapi. Kalau duduk di kampung, udaranya segar, tiada pencemaran macam di sini. Bila duduk di sana juga nenek dan atuk boleh tolong tengok-tengokkan Jiha bila kita semua tiada di rumah. Yelah, lepas habis SPM ni mesti Aiman nak cari kerja kan?" tanya ayah kepadaku.
"Memanglah, tapi..."
"Jangan risau, dekat kampung tu pun ada banyak kerja yang boleh Aiman buat kalau itu yang Aiman risaukan. Nak cari kerja sambilan, apa-apa pun boleh."
"Mungkin betul kata abah...""Abang A'im, Nini nak yang ni," ujar Nini di hadapanku membuatkan aku tersedar dari lamunan. Dia menunjukkan sebuah anak patung beruang sederhana besar kepadaku. Aku dengan pantas meneliti harganya. "Nasib baik..."
"Apa abang cakap?"
"Ah, tak ada apa-apa! Okey, jom ikut abang. Kita pergi bayar harga anak patung beruang ni."Setelah urusan di situ selesai, aku membawa pula Nini ke kawasan permainan arked. Hari itu, setelah selesai menjamu selera di rumah keluarga Hamzah seperti biasa, aku menyuarakan hasrat untuk membawa adiknya keluar berjalan-jalan pada sebelah petang. Sebenarnya, aku telah lama berhasrat untuk membawa Nini keluar sebagai cara untuk meminta maaf atas 'pembulian' aku terhadapnya selama ini, tetapi bukanlah dalam keadaan tergesa-gesa. Semuanya kerana aku akan berpindah esok, maka aku khuatir jika aku tidak dapat bertemu dengan keluarga ini lagi satu hari nanti.
Apabila puas bermain di situ, kami berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah. Aku membelikan berbagai-bagai jenis pakaian dan barang untuk Nini dengan harapan dia akan memaafkan perbuatanku. Harap-haraplah. Selepas itu, kami berjalan-jalan pula di sekitar kaki lima pusat bandar sebelum menuju ke sebuah restoran untuk mengisi perut yang lapar.
Di dalam Restoran D'Mewah, aku terus membelek buku menu di situ sebaik saja diberi oleh pelayan. Aku memilih nasi goreng ayam sebagai menu utama kami berserta secawan Milo ais, fresh orange dan aiskrim sundae serba satu selepas mendengar permintaan Nini. Setelah pelayan tersebut beredar, aku memulakan perbualan kami untuk mengisi masa yang terluang. Apabila aku menerangkan alasan sebenar aku membawanya keluar pada petang itu, kanak-kanak itu terkejut. "Eh?"
"Abang A'im tahu Abang A'im dah banyak buat perkara yang menyakitkan hati Nini selama ni. Sebenarnya, abang buat macam tu untuk tenangkan hati abang."
"Tenangkan hati? Buat jahat dekat orang lain pun boleh menenangkan hati ke?" Nini mengerutkan dahi.
"Bergantung kepada orang, hehe..." Aku ketawa kecil. "Jadi, Abang A'im harap bila abang dah buat macam ni untuk Nini, Nini boleh maafkan Abang A'im.""Huh. Mentang-mentanglah Nini ni budak-budak, macam ni je cara untuk ambil hati Nini, ye?"
"Habis tu, Nini nak Abang A'im buat apa?"
"Berikan Nini sesuatu yang sangat bermakna untuk disayangi."
"Hei, banyak-banyak barang ni langsung tak bermakna ke? Anak patung beruang tu?"
"Tak, anak patung beruang ni Abang A'im yang nak belikan, Nini ambil je lah. Barang-barang ni pun sama. Nini nak sesuatu yang dekat di hati Nini. Yang ada kaitan dengan diri Nini. Boleh Abang A'im bagi sesuatu seperti tu?"
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
HumorPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...