"Assalamualaikum! Puteri oh Puteri! Mana Puteri kesayangan abang ni tak keluar-keluar lagi?" jerit abangku sebaik saja dia dan Abang A'im sampai di hadapan pintu pagar rumahku dengan motorsikal miliknya. Aku yang sedang berada di ruang tamu pada waktu itu terkejut mendengar jeritan tersebut lalu mula menjadi marah.
"Kenapa? Tak reti ke nak buka pintu pagar tu sendiri?" tanyaku sambil memandang mereka berdua dari pintu hadapan dengan jelingan yang tajam.
"Alahai, garangnya adik abang ni! Nak gurau sikit pun tak boleh?"
"Tak ada masa nak layan gurauan abang tu-eh?!!""Nini, budak comel tak boleh buat macam tu, tahu?" ujar Abang A'im yang masih lagi dengan hobi lamanya iaitu menarik pipiku sesuka hati. "Abang A'im, lepaslah!"
"Tak nak."
"Nini sakit!"
"Kalau macam tu, Abang A'im main rambut Nini pula."
"Hei!!!"Aku tidak dapat berbuat apa-apa apabila rambutku dirosakkan oleh pemuda itu. Ei...geram betul! Umur je 17 tahun, tapi perangai masih macam budak kecil!
"Hei! Aku nak juga!" kata Hamzah lalu turut 'bermain' dengan pipi dan rambutku selepas selesai memarkir motor di tempatnya. Aku tidak mampu lagi menahan rasa geram lalu menjerit sekuat hati.
"ARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
"Wow, Puteri dah jadi Super Saiya! Lari Aiman, lari!"
"Hahaha! Ok, jom!"
"Nanti! Abang!!! Abang A'im!!!"Aku mengejar mereka di sekeliling rumah. Ibu yang ada di dapur menjerit memarahi tindakan kami, namun kami tidak mempedulikan kata-katanya. "Hei! Jangan main di dapur, kamu bertiga!"
"Maaf, makcik! Kecemasan ni!" kata Abang A'im.
Beginilah kehidupan aku, abang dan Abang A'im sejak 3 tahun yang lalu. Abang A'im tidak henti-henti mengusikku sejak mula dia mengenaliku sehinggalah sekarang sampaikan adegan kejar-mengejar antara aku dan dia sudah menjadi lumrah dalam kehidupanku. 3 tahun sudah aku melalui kehidupan yang memenatkan ini bersama dia. Bilakah semua ini akan berakhir, Ya Allah?
"Wah, sedapnya lauk makanan tengahari kita pada hari ni, mak! Ada apa-apa ke?" tanya abangku sebaik saja melihat ibu menghidangkan lauk yang banyak di atas meja ketika waktu makan tengahari.
"Saja je mak masak banyak hari ni untuk meraikan kamu berdua habis menjawab soalan SPM tadi. Macam mana? Boleh jawab kertas terakhir tadi?"
"Oh, lupa pula! Jawab memang boleh, tapi untuk dapat keputusan cemerlang tu tak tahulah. Lainlah macam Aiman, dia kan handal dalam subjek yang kena buat esei macam Sejarah tadi," Hamzah meletakkan tangannya di atas bahu Abang A'im lalu merangkul leher pemuda itu ke arahnya."Eh, mana ada! Aku pun tak tahu betul ke tak aku jawab tadi, Hamzah."
"Alah, kau cakap je macam tu. Bila keluar keputusan nanti, kau juga yang dapat bagus dari aku."
"Ahahaha..tak semestinya. Kita kan dah belajar bersama-sama selama ni? Kau tak yakin dengan apa yang kita dah ulangkaji semalam?"
"Aku tak pernah gusar dengan kemampuan kau mengajar aku, Aiman. Cuma aku tak tahulah apa yang aku jawab dalam kertas tadi betul ke tak."
"Kalau macam tu, samalah. Kita tawakkal je pada Allah, okey? Sekarang, kita makan. Betul tak makcik?""Betul tu. Bila kita ada di meja makan, kenalah makan," jawab ibu sambil memasukkan lauk ke dalam pinggan kami bertiga. Aku mula menjamah nasi yang ada di dalam pingganku tanpa mempedulikan mereka semua sebelum jawapan Abang A'im terhadap pertanyaan ibu yang seterusnya membuatkan aku terkejut.
"Aiman, lepas ni kamu masih akan datang lagi ke rumah makcik? Yalah, kamu kan dah habis belajar. Mungkin kamu nak bekerja sementara menunggu keputusan SPM keluar?"
"Tak, makcik. Saya mungkin dah tak boleh datang ke sini memandangkan saya akan berpindah esok.""Eh?!! Kau nak berpindah? Kau tak cakap pun dekat aku, Aiman!" ujar abang dengan perasaan kecewa. "Dahlah esok pula tu!"
"Ahaha...maaf, Hamzah. Semua ni keputusan mendadak yang ayah aku baru bagitahu semalam. Lagipun..."
"Lagipun?"
"Ah, tak ada apa-apalah. Oh ya makcik, boleh saya bawa Puteri keluar berjalan-jalan petang ni? Esok saya mungkin dah tak dapat datang ke sini." Aku terkejut sekali lagi.
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
UmorismoPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...