"Aah!!! Rosaklah rambut Puteri! Abang A'im jahat!" jeritku ketika pemuda itu mengusutkan rambut paras bahu yang aku miliki ketika aku sedang melepak di kawasan luar rumahku. Sengaja aku ingin melarikan diri daripada dia dan abangku, namun Abang A'im berjaya menemui mangsanya seperti biasa.
"He, he, he. Puteri buat apa seorang diri dekat sini?"
"Larikan diri daripada abang berdualah! Suka kacau Puteri. Puteri tak suka!"
"Kenapa tak suka? Mari sini, abang tolong sikat kembali rambut Puteri. Nak?"
"Tahu ke Abang A'im sikat rambut budak perempuan?"
"Ha, ha, ha! Puteri belum kenal siapa Abang A'im sebenarnya! Dulu abang selalu sikat rambut-"Kata-katanya terhenti secara tiba-tiba menyebabkan kesunyian melanda tempat itu. Aku memandang Abang A'im. Dia kelihatan terkejut, namun senyuman perlahan-lahan kembali menghiasi wajahnya. "Puteri pergi ambil sikat, boleh? Bawa ke sini, nanti abang sikat rambut Puteri."
"Ah, okey. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana!"
Dia mengangguk lalu melihat aku berlalu dari situ. Aku sempat melihat kesedihan yang terukir di mukanya selepas itu. Itu adalah kali pertama aku melihat dia berkelakuan begitu. Kenapa dengan Abang A'im?
Setelah kembali semula membawa apa yang dihajati, aku duduk di hadapan Abang A'im seperti yang dikehendakinya. Dia membuka pin rambut yang dipakai olehku sebelum mula menyisir rambutku perlahan-lahan. Aku hampir dibuai mimpi dengan kelembutan tangannya membelai rambutku kalau bukan kerana Abang A'im memulakan perbualan di antara kami.
"Puteri, boleh Abang A'im tanya sesuatu?"
"Tanya apa?"
"Kalau Abang A'im panggil Puteri dengan nama lain, boleh?"
"Nama lain?"Aku berpusing ke belakang, ingin mendapatkan kepastian tentang apa yang ingin diperkatakan oleh pemuda tersebut. "Maksud Abang A'im?"
"Abang A'im sebenarnya tak nak panggil Puteri dengan nama tu. Tahu tak kenapa?"
"Kenapa?""Bila Puteri dipanggil sebegitu, lama-kelamaan akan timbul satu rasa riak dalam hati Puteri sebab Puteri akan rasa bahawa Puteri adalah seorang puteri diraja. Abang tak nak Puteri jadi macam tu," terang Abang A'im. Aku mengangguk sahaja tanpa memahami apa maksud sebenar ayat yang diutarakan oleh lelaki itu.
"Kalau tak panggil Puteri, Abang A'im nak panggil Puteri apa?"
"Hm...nama Puteri kan Puteri Hanis Awanis. Jadi...macam mana kalau Nini?"
"Nini? Kenapa Nini?"
"Daripada Hanis dan Awanis, ambil suku kata terakhir untuk kedua-dua perkataan ni, lepas tu buang huruf 's'. Jadilah Nini. Takkan Puteri lebih suka dipaggil Nisnis? Pelik je Abang A'im dengar."
"Hm...kalau macam tu, Nini pun Ninilah. Mulai sekarang, panggil Puteri 'Nini'!"Aku menggenggam tangan ke atas dengan rasa gembira. Abang A'im hanya tersenyum memandangku, manakala aku menunjukkan barisan gigi hadapan milikku dengan senyuman sehingga ke bibir. Tidak lama selepas itu, abangku muncul dari dalam rumah.
"Aiman! Puteri! Ingatkan manalah kamu berdua tadi. Buat apa dekat sini?" tanya pemuda itu.
"Ah, Hamzah. Kami cuma-""Panggil Puteri 'Nini'!" marahku, memotong percakapan Abang A'im lalu pergi ke arah Hamzah. Abang terkejut mendengar nama itu.
"Nini? Kenapa pula?"
"Abang A'im yang bagi. Dia kata kalau panggil Nini dengan nama Puteri, Nini akan jadi seorang yang sombong satu hari nanti!"
"Okey...tapi Nini...hm...ah! Baru abang ingat! Nini coklat celup!"
"Nini coklat celup?" Aku kehairanan."Kan ada satu produk makanan kanak-kanak yang dipanggil Nini, Puteri ingat tak? Di TV ada main iklan dengan lagu dia. Tentu sebab tu Abang A'im bagi nama gelaran 'Nini' untuk Puteri, betul tak Aiman?" tanya abangku kepada kawannya. Abang A'im kelihatan terkejut mendengar jawapan itu.
"Eh, bukanlah! Aku tak teringat langsung pasal iklan tu-"
"Eleh, kau tak payah nak tipu aku! Dengan nama tu, kan lebih senang untuk kita ejek dia. Nini coklat celup, celup, celup!"
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
HumorPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...