"Okey mak, abang dan Aiman pergi dulu," ucap Hamzah setelah selesai menyalami tangan ibuku sebaik saja aku baru keluar dari bilik. Aku berasa hairan melihat dia mengikut Abang A'im menuju ke kenderaan milik guru tersebut. "Abang nak pergi mana?" tanyaku ketika Hamzah ingin menutup pintu setelah dia masuk ke dalam Perodua MyVi itu.
"Kenapa Puteri nak tahu? Teringin nak ikut ke?"
"B-Bukanlah! Puteri cuma nak tahu je..."
"Hahaha! Abang tak nak bagitahu!"
"Grr! Abang A'im!"Abang A'im hanya tersengih. "Jangan marah. Petang nanti abang bawa Nini keluar, boleh? Dah lama kita tak makan dekat luar, kan?" ujar guru muda itu. Aku hanya menjeling sebelum memalingkan wajah dengan perasan marah. "Huh!"
"Eh? Telinga abang ni salah dengar ke? Abang dengar adik abang ni dah mula panggil Cikgu Aiman dengan gelaran 'Abang A'im' bali-"
DEBUSHH!!!
Aku kembali semula di tempatku setelah berlari ke arah Hamzah untuk memberikan satu tumbukan yang padu di wajahnya. "Aduh...kenapa kau langsung tak berhati perut dengan abang kau sendiri, Puteri..." rungut lelaki itu sambil mengurut wajahnya.
"Kau okey ke, Hamzah? Nak aku ambilkan apa-apa untuk redakan kesakitan tu?" tanya kawan baiknya.
"Tak payah...marilah kita pergi dari sini cepat, Aiman. Nanti benda lain pula yang aku dapat kalau duduk sini lama-lama."Aku melihat kenderaan itu beredar dari kawasan rumahku tidak lama kemudian lalu ketawa kecil. "Padan muka! Balasan kau sebab tak nak jawab soalan aku! Nak berahsia sangatlah kononnya hi, hi, hi..."
"Eh, kenapa gelak seorang diri tu Puteri?" tanya ibu apabila melihat reaksiku sebegitu rupa sebaik saja aku tiba di dapur. "Ah, tak ada apa-apalah mak. Oh ye, mak tahu ke mana abang dan Abang A'im pergi? Tadi Puteri tanya mereka tapi masing-masing tak nak jawab."
"Oh, itu. Aiman bawa Hamzah pergi ke rumahnya sebab nak minta tolong angkat barang sedikit. Tak lama lagi kan dia nak pindah?"
"P-P-Pindah?" Aku terkejut.
"Eh, Puteri tak tahu ke? Dia kan hanya duduk sementara je dekat sini sebab jadi cikgu praktikal di sekolah Puteri. Bila dah habis nanti mestil-eh? Puteri?"Aku terus beredar dari situ kerana tidak sanggup lagi mendengar penerangan dari ibu. Setibanya di bilik, aku menghempaskan diri di atas katil dengan rasa marah bercampur sedih. Abang A'im boleh bagitahu kepada abang dan mak bahawa dia akan berpindah, tetapi tidak kepada aku. Kenapa? Kenapa dia tak boleh bagitahu sendiri kepada aku? Adakah dia tak mahu aku rasa bersalah kerana menjadi penyebab tempoh praktikalnya dipendekkan? Benarlah seperti kata Cikgu Fikri tempoh hari, Abang A'im tak akan membuka mulut di hadapan aku untuk berbicara mengenai isu ini...
========================================================
"Dia kata kamu ni adik kawan lama dia," jawab Cikgu Fikri kepada soalan aku sebentar tadi. Aku menghembus nafas lega sebelum lelaki itu menyambung, "Lepas tu dia kata kamu ni panas baran sebab suka marah orang. Betul ke?"
"Hah? M-Mana ada!" Wajahku menjadi merah menahan malu akibat daripada kata-kata Cikgu Fikri. Kenapa Abang A'im perlu beritahu semua ni kepada dia? Bukankah dia juga yang menjadi penyebab kepada panas baranku ini?!!
"Ah, lepas tu dia ada cakap yang kamu dah banyak kali cuba nak kenakan dia untuk membalas dendam atas peristiwa lama," sambung guru muda itu membuatkan mataku terbeliak. "Entah-entah kes saya pengsan kena tumbuk dan minum teh yang dibubuh julap tu pun ada kaitan-"
"T-T-T-Tak! Itu bukan perbuatan saya! Baiklah cikgu, saya kena kembali ke kelas sekarang! Saya minta diri dulu!" ucapku tergesa-gesa untuk beredar dari situ kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengannya, namun niat itu terbatal setelah Cikgu Fikri berkata sesuatu. "Tunggu! Kamu tahu tak berita mengenai tempoh praktikalnya telah dipendekkan?"
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
HumorPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...