"Abang A'im... chu!"
"Eh, kenapa tiba-tiba bagi Abang A'im ciuman ni? Dah buang tabiat ya?" kataku sebaik saja Jiha selesai memberi ciuman pipi kepadaku setelah aku masuk ke dalam bilik itu. Hari kedua persekolahanku, aku singgah lagi di hospital untuk bertemu Jiha. Sebenarnya aku telah berjanji untuk bertemu dengannya setiap hari selepas tamat waktu sekolah. Selain daripada melawat kanak-kanak itu, aku juga hadir dengan tujuan mengajar asas kepada subjek-subjek yang sepatutnya dipelajari oleh Jiha di sekolah pada waktu begini. 2 dalam 1. Ah, dah macam minuman coklat segera pula.
"Ala Abang A'im ni...tak boleh ke Jiha nak cium pipi abang? Tak apa, lain kali Jiha tak nak cium abang lagi! Huh!"
"Alahai, merajuk pula adik abang yang comel ni," jawabku sebelum ketawa kecil. Aku menarik dia datang ke arahku lalu memeluknya sebelum mencium pipi gebu milik kanak-kanak tersebut. "Puas hati, Aimi Najihah bt. Abdul Rahman?"
"Huh! Tak cukup!"
"Nak apa lagi ni? Em...Jiha nak ni!""Apa-ah! Aha! Ahahahahaha! Gelilah Abang A'im! Hentikan!" Kanak-kanak itu tidak dapat menahan dirinya daripada tertawa tanpa henti akibat digeletek olehku. Aku turut ketawa melihat aksinya sambil terus bermain dengan tubuh kecil tersebut sehinggalah kami berdua kepenatan. "Hah...hah...jangan buat dah...hah...hah...Abang A'im..." pinta Jiha sambil tercungap-cungap menarik nafas semula.
"Hah...hah...okey. Dah makan?"
"Belum...hah. Tak suka makanan hospital. Tak sedap!""Hehe...tak apa, hari ni abang bawa makanan jadi bolehlah kongsi sekali dengan Jiha. Nak?" tanyaku sambil menunjukkan bungkusan nasi di dalam plastik yang berada di dalam beg sekolahku. Kanak-kanak itu terkejut. "A-Abang A'im seludup masuk?!!"
"Shh! Jangan cakap kuat-kuat! Hm...abang tak nak makan dekat sini. Ada cadangan tak untuk kita makan di tempat lain selain dari kantin?"
"Ha! Kita makan dekat taman!" ujar Jiha. "Di situ pemandangannya cantik, jadi bolehlah kita menjamu selera sambil menikmati udara yang segar!"
"Cadangan yang bagus. Apa lagi, mari kita pergi sekarang!"Selepas mengenalpasti barang-barang yang perlu dibawa, aku berjalan kaki menuju ke taman hospital itu sambil menolak Jiha menggunakan kerusi roda. Kanak-kanak itu kelihatan gembira dengan apa yang berlaku. "Abang A'im, jom kita makan di situ," katanya sambil menunjukkan jari ke arah sebuah kawasan lapang sebaik saja kami tiba di taman tersebut. "Cepat, cepat, orang tengah tak ada tu!"
"Ha, ha. Baiklah."
Aku menolak kerusi roda Jiha menuju ke arah tempat yang dimahukannya. Tidak ramai orang yang berada di situ pada waktu ini memandangkan cuaca pada awal petang itu masih lagi panas. Mujurlah sudut yang kami pilih itu terletak di bawah sepohon pokok yang rendang, maka ia terlindung daripada panas matahari ketika itu.
"Nyam! Nyam! Nak lagi! Aaa...mm! Sedapnya!" ucap adikku sambil berseloroh menikmati nasi campur yang aku beli sebentar tadi.
"Kuatnya Jiha makan! Abang A'im baru makan berapa suap, Jiha dah dua kali ganda makan daripada abang!" ujarku sebaik saja memberi Jiha suapan yang kelapan.
"Salah Abang A'im juga. Dah tahu nak ajak Jiha makan sekali, kenalah beli nasi dua kali ganda dari biasa."
"Eh. Tahu saja dia menjawab ye. Tak bagi dia makan nasi ni lagi baru tahu."
"Eh? Jangan! Jiha nak makan macam ni lagi! Jiha tak nak makan makanan hospital!"
"He, he, he. Tahu takut. Dah, nasi yang tinggal ni untuk Abang A'im. Jiha tak boleh makan banyak, nanti gemuk."
"Hei!" Dia mengembangkan pipinya sambil menarik muka masam. Aku hanya ketawa melihat reaksinya.Selesai makan, aku dan Jiha merayau-rayau di sekitar kawasan hospital itu. Hampir kebanyakan staf-staf di situ mengenali Jiha walaupun dia baru sahaja menjadi penghuni hospital tersebut disebabkan kepetahan dan kelincahannya. Kami turut bertembung dengan ibu dan ayah yang sedang sibuk bertugas sebelum dinasihati agar tidak bermain berlebihan. Setelah jam menunjukkan pukul 5 lebih, barulah kami kembali semula ke bilik Jiha.
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
ComédiePuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...