"Terima kasih pakcik sebab benarkan saya bawa Puteri keluar hari ni," kata Abang A'im kepada ayahku ketika aku sedang memakai kasut di hadapan pintu rumah. Hari ini, dia membatalkan kelas Biologi kami dan berhasrat untuk membawa aku pergi ke sebuah tempat. Oleh kerana aku terikat dengan syarat yang ditetapkan olehnya akibat kalah dalam perlawanan kami sebelum ini, aku terpaksa menurut kehendaknya. Lebih menghairankan, Abang A'im menyuruh aku memakai baju kurung berserta tudung atau selendang. Dia nak bawa aku pergi mana sebenarnya?
"Sama-sama. Pakcik dah lama kenal kamu, jadi pakcik percayakan kamu, Aiman. Hati-hati memandu tu," ucap ayah. "Puteri, jaga kelakuan kamu bila bersama dengan Abang Aiman, tahu?"
"Tahulah Puteri. Ayah ni bagi nasihat macam Puteri ni masih kanak-kanak."
"Kamu pun belum cukup besar lagi, baru remaja. Ingat pesan ayah tu."
"Yelah, yelah, yelah..."Aku mencium tangan bapaku sebelum mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu ketika di dalam kereta. "Baiklah, kami pergi dulu pakcik,"' giliran Abang A'im bersalaman dengan ketua keluargaku sebelum menuju ke kenderaannya. Beberapa minit kemudian, Perodua MyVi berwarna merah itu mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
"Sejuk mata Abang A'im tengok Nini pakai macam ni," ujar lelaki itu memulakan perbualan kami pada hari tersebut menyebabkan aku terkejut.
"T-T-Tak payah nak puji Nini! Nini takkan terpedaya!" Aku memalingkan muka ke arah bertentangan untuk mengelakkan dia dari melihat wajahku yang sudah menjadi merah.
"Abang A'im tak tipu la. Abang cakap ikhlas dari hati.""S-Sudahlah. Apa tujuan Abang A'im bawa Nini keluar hari ni? Ke mana kita akan pergi?" Aku meluahkan persoalan yang sudah bermain di minda sejak dari tadi. Abang A'im tidak membalas, sebaliknya memberikan aku senyuman. "Nini nak tahu sesuatu?"
"Jangan cuba alih topik! Kenapa abang tak nak jawab soalan Nini? Apa yang misteri sangat mengenai tempat tu?"
"Abang A'im bukanlah anak tunggal sebenarnya."
"Itu Nini tak nak ambil ta-eh?"Aku tergamam mendengar kenyataan itu. Abang A'im bukan anak tunggal? Maksudnya dia ada adik-beradik yang lain? Kenapa dia tak pernah bagitahu kami sekeluarga dulu?
"Kenapa-"
"Keluarga Abang A'im ada empat orang termasuklah mak dan ayah abang. Abang A'im anak sulung dan ada seorang adik perempuan. Sebaya dengan Nini." Lelaki itu meneruskan penceritaannya tanpa mempedulikan soalanku.
"Sebaya dengan...Nini?"
Dia mengangguk. "Namanya Aimi Najihah. Ceria orangnya. Tapi..."
"Tapi?"Raut wajah Abang A'im mula berubah. Sebaik saja melihat wajahnya menjadi sedih, aku mula teringat reaksi yang sama yang pernah aku lihat ketika aku kecil. Apa yang berlaku sebenarnya?
"Abang A'im..."
"Abang nak ceritalah ni. Sabar ye?" Dia tersenyum kembali sambil memandang wajahku untuk sementara waktu, namun senyuman kali ini tidak mampu menyembunyikan kesedihan yang terpancar di mukanya.========================================================
"Abang A'im! Cepatlah!" jerit seorang budak perempuan dari jauh kepadaku ketika kami sedang mendaki sebuah bukit kecil. Aku sedaya-upaya cuba mengikut rentaknya, namun ternyata dia seorang kanak-kanak yang cergas.
"Hah!...Hah!...Hah! Abang A'im penatlah, Jiha," jawabku sambil termengah-mengah menarik nafas untuk mendaki bukit tersebut. Pada hari ini, kami bercadang untuk pergi bermain di sebuah bukit yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan kami. Sejak dari awal lagi, adikku, Aimi Najihah atau Jiha yang berusia 7 tahun teruja untuk datang ke situ. Dia berlari selaju mungkin untuk sampai ke puncak bukit dengan badan yang lincah dan bertenaga.
"Ha, ha, ha! Lemahlah abang ni! Jiha dah sampai pun dekat atas!" ujarnya.
"Yelah, Abang A'im mengaku yang abang lagi lemah dari Jiha...""Hehe...Abang A'im, tengok! Cantik kan pemandangan dari bukit ni?" katanya setelah aku tiba di atas puncak bukit tersebut. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan olehnya. Benar, pemandangan yang dapat dilihat dari puncak bukit itu sungguh menawan. "Nasib baik kita buat keputusan untuk datang sini hari ni. Tengok! Tu bukan kawasan rumah kita ke?" tanya Jiha lagi.
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
HumorPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...