“Abang A’im.”
“Ada apa, Nini?”
“Macam mana abang boleh dapat bermacam-macam idea untuk kenakan Nini?”Abang A’im berhenti daripada melakukan kerja sekolahnya. “Kenapa nak tahu ni?”
“Sebab Nini nak kenakan Abang A’im pula!”
“Nak kenakan abang? Jangan haraplah. Nini perlukan ini untuk melakukannya,” dia menunjuk ke arah kepalanya dengan senyuman sinis.
“Maksud Abang A’im?”“Nini perlukan idea yang kreatif, keberanian yang tinggi dan waktu yang sesuai untuk melakukannya. Macam ni,” pemuda itu menyimbah segelas air kosong ke arahku secara tiba-tiba menyebabkan aku terkejut.
SPLASH!
“Hah, bangun pun dia,” kedengaran suara seorang lelaki sebaik saja aku membuka mata. “Eh...ah?” Aku melihat Cikgu Aiman dan para pelajar yang lain sedang memandang aku dengan senyuman. “Selamat pagi, Puteri,” ujar lelaki itu sambil tersenyum.
“Selamat...pagi. Kenapa...tudung aku basah, Intan?”
“Ah. Em...Cikgu Aiman simbah air dekat muka kau untuk bagi kau bangun,” jawab kawanku itu dengan wajah serba salah. Aku terkejut lalu memandang ke arah lelaki tersebut yang masih tersenyum diiringi gelak tawa dari rakan-rakanku yang lain. “Lain kali tidurlah lagi waktu kelas cikgu, ye Puteri?”
“Grr...CIKGU AIMAN!!!!!!!!!!”
Aku mengejar guru terbabit sekuat hati di sekeliling makmal itu, namun gagal mendapatkannya. Kawan-kawanku yang lain hanya bersorak melihat kami melakukan aksi kejar-mengejar. Mun sempat mengambil gambar kejadian itu dengan menggunakan telefon pintar miliknya. “He, he, he! Bukan senang nak dapat gambar macam ni!” katanya sambil ketawa kecil. Argh! Kerana Cikgu Aiman, kelas Biologi kami jadi huru-hara hari ni!
Petang itu, aku melakukan kajian tentang cara-cara mengenakan orang dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai. Ya, aku memang serius kali ini! Aku tak kisah sampai bila aku perlu lakukan semua ni, asalkan Abang A’im terkena dengan helah aku! Hahahahaha! AHAHAHAHAHAHA!
“Puteri, mari makan! Mak masak lauk kegemaran Puteri hari ni!” jerit ibu dari dapur.
“Sekejap lagi Puteri makan, mak! Puteri tengah sibuk ni!”
“Sibuk? Sibuk belajar ke apa?”
“Tengah cari cara-cara untuk kenakan orang dengan berkesan!”
“Hah?!!”Betul ke apa aku dengar ni, kata wanita itu di dalam hati sebelum menggelengkan kepala. “Ikut suka Puterilah.”
Hari esok menjelma. Pada hari ini, kelas Biologi kami adalah selepas waktu rehat. Rancangan untuk hari ini ialah menyerang Cikgu Aiman secara berhadapan dengannya. Maksud? Tunggu dan lihat, hahahaha...
“Assalamualaikum kelas,” lelaki itu tiba tepat pada waktunya sambil matanya peka melihat keadaan sekeliling untuk mengelak terkena perangkap yang sama. Heh! Bukan main berjaga-jaga lagi kau ye?
“Baiklah, hari ni kita semua akan sambung dari tempat kita berhenti semalam. Sila keluarkan buku teks kamu dan buka mukasurat 15. Ah, selain tu cikgu nak tengok kerja sekolah yang cikgu bagi semalam dah siap atau belum?”
Kerja sekolah...kerja sekolah?
“Intan, semalam ada kerja sekolah Biologi ke?” tanyaku kepada gadis tersebut.
“Adalah. Kenapa? Kau tak ingat?”
“Aku kan tidur semalam?”
“Ah! Aku lupa. Maaf Puteri, aku betul-betul terlupa, huhuhu...”
“Ergh...cepat bagi buku kau, aku nak salin!”
“Oh, okey!”Aku dengan pantas mengambil buku Intan lalu menyalin semua latihan yang ada. Aduh, kenapa banyak sangat? Letih aku menulisnya! Sempat ke aku habis menyalin sebelum ketibaan Cikgu Aiman di tempatku?
YOU ARE READING
Saya Benci Cikgu! [COMPLETE]
HumorPuteri Hanis Awanis. Selama beberapa tahun ini, dia hidup tenang seperti remaja-remaja lain. Namun, kedatangan seorang lelaki yang menjadi guru praktikal baru di kelasnya mengembalikan semula kenangan pahit yang selama ini dipendam. Aiman Najman. Di...