Bab 01 • Tukar Title

14.7K 308 20
                                    




"Alif jangan main-main boleh tak? Cepatlah pilih nak tengok cerita apa. Penatlah Maksu dengan kamu ni"

Dari rumah abang Yazid sampailah ke panggung wayang, Alif tidak mampu untuk membuat keputusan. Sekejap filem patung biru dipilih selepas itu di tukar kepada robot pulak. Sukar untuk Yazmin Dahlia melayan satu-satunya anak kepada abangnya ini.

"Ala sabarlah Maksu, Alif tengah fikirlah ni nak tengok cerita apa. Tapi rasa Maksu lah mana paling best?"

Mata Alif dari tadi asyik memandang poster filem yang bakal menjadi pilihan hatinya. Silih ganti dia memandang. Kedua-dua cerita genre kartun ini masih bermain dalam kepalanya.

Nasib baik ada seorang ini saja anak saudara. Kalau ramailah anak abang Yazid ini boleh jadi tidak betul melayan. Bisik hati Yazmin Dahlia.

"Maksu manalah tahu kamu nak tengok apa. Tapi kamukan suka robot. Tengok jela cita robot tu" terus Yazmin Dahlia membuat pilihan kepada anak saudaranya.

"Tapi patung biru tu comel lah Maksu. Alif rasa nak tengok cerita tu" balas Alif pula.

"Okey pilihan. Cepatlah, Maksu nak beli tiket pula ni. Nanti ayah kamu marah Maksu keluar dengan kamu lama lama sangat"

Itulah kenyataannya. Walaupun satu satunya mak saudara kepada Alif, abangnya tetap akan membebel kepadanya jikalau membawa Alif keluar lama-lama. Katanya budak seumur 7 tahun tidak elok sangat keluar lama-lama untuk berhibur. Umur seperti itu perlu di ajar hidup bersederhana sahaja.

Kehidupan sederhana begini telah menjadi gaya hidup Yazmin Dahlia sejak papa dan mamanya bercerai sehinggalah dia hidup bertiga bersama mama dan abang Yazid. Sejak umurnya 15 tahun lagi papanya telah berkahwin lain dan mengikut isteri mudanya. Ketika itu pula umur abang Yazid 20 tahun dan berada di kolej.

"Maksu, Alif rasa Alif dah tahu dah nak tengok apa"

Kata-kata Alif terus melenyapkan kisahnya dulu. Di pandang anak saudaranya itu. "Hah cita apa? Cepat Maksu nak beli tiket ni" balas Yazmin Dahlia.

"Dua-dua"

Dengar sahaja balasan Alif, Yazmin terus menarik Alif ke kaunter tiket. Penat dia beratur panjang panjang, sampai depan kaunter boleh pula anak saudaranya itu bagi jawapan yang entah apa-apa. Nasib baik anak orang kalau anak sendiri entah apa nak dibuat.

Lepas sahaja di kaunter tiket wayang, kaki Yazmin terus di hala menuju ke tempat jualan bertih jagung untuk menguyah dalam panggung nanti.

"Dik, bagi satu popcorn dua air strawberry okey" kata Yazmin kepada penjual.

"Alah nak pepsi boleh tak Maksu?" Pintas Alif.

Terus Yazmin memandang ke bawah mencari wajah Alif yang hanya paras pinggangnya. "Tak ingat ke apa pesan ayah. Dah, minum je apa Maksu beli" kata Yazmin tegas.

"Alah.." Alif terus melangkah ke belakang dan tidak sedar dia melanggar susuk tubuh yang turut beratur di belakangnya. "Aduh.." terus Alif mengadu sakit pada punggungnya apabila terjatuh ke lantai.

Yazmin yang baru sahaja menghulurkan wang kepada jurujual itu terus jatuhkan badan dan duduk mencangkung di depan Alif. Tangan Yazmin terus mengangkat Alif dan membantunya berdiri. Di tepuk-tepuk punggungnya lembut untuk hilangkan sakit.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja langgar anak Cik tadi" kata lelaki yang Alif langgar itu tadi.

Mulut Yazmin yang baru ingin membebel kepada Alif terus kaku. Suara dia, suara dia sama dengan lelaki yang cuba di lupakan Yazmin untuk 6 tahun ini. 6 tahun yang sangat menyeksakan dirinya. Mata Yazmin terus di hala memandang ke atas. Mencari wajah itu. Adakah betul sangkaan dirinya. Adakah lelaki itu sama dengan lelaki yang Yazmin ingin lupakan.

Bekas KekasihWhere stories live. Discover now