Mintak maaf lambat sngt update. Maaf sesangat sangat 🙏🙏🙏
××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Yazmin hanya memandang Aniq dengan wajah tidak puas hati. Sudah agak mesti Aniq mencarinya punya. Tapi tidak pula dijangka Aniq akan tariknya masuk ke bilik entah siapa siapa ini.
"Awak kenapa?"
"Lia tu kenapa. Asal susah sangat nak balas text Ryl?"
Yazmin tersenyum. Alah sebab itu sahaja pun. Itu pun emosi tau.
"Saja" jawab Yazmin berani. Alah setakat Aniq Zafryl ini, nak takut buat apa.
"Saja? Orang ni fikirlah dia sakit ke apa ke. Memang segaja kan?"
Yazmin tersenyum lagi. "Yes, sangatlah segaja" balas Yazmin lagi sambil saja mendayu dayu sedikit kali ini menjawab.
Jangkaan nya Aniq akan membebel lagi sebab Aniq salah seorang kenalannya yang suka sangat membebel selain Diana. Tapi jangkaan Yazmin meleset apabila pipinya terasa hangat di sentuh bibir Aniq.
Terus terbutang mata Yazmin memandang Aniq yang terlampau bersahaja duduk di sofa yang tersedia ada di bilik ini. Aniq hanya tersenyum memandang wajah marahnya. Tak rasa bersalah langsung ke?
"Awak gila ke apa Aniq? Asal awak pergi sentuh pipi saya?" Tanya Yazmin geram sambil melangkah ke arah Aniq Zafryl.
"Saja" jawab Aniq sambil tersenyum sinis.
Yazmin memandangnya tidak puas hati. Saja nak balas dendam lah tu.
"Haram. Awak tahu tak tu haram?"
"Whuu dah jadi ustazah sekarang. Baby, Ryl kiss pipi jela. Mana pernah Ryl buat jauh dari tu kan"
"Still tak boleh kan?"
"Okey sorry"
Yazmin diam. Dia kenal Aniq macam mana. Walaupun peragainya jenis berdendam tetapi Aniq mudah meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain kalau kena dengan cara meminta maafnya lah.
"Jenis tak serik kan awak ni" kata Yazmin sambil menyandar malas pada dinding bilik ini.
"Ini bilik siapa?" Soal Yazmin pula sambil memandang sekeliling bilik tidur ini.
"Oh ni bilik saya kalau saya nak bermalam dekat rumah daddy" jawab Aniq sambil tersenyum.
Yazmin mula memerhatikan sahaja bilik ini. Kemas. Pelik, Aniq ni bukan jenis rajin nak kemas barang dia sendiri.
"Mesti awak pelik kan bilik ni kemas sangat? Hm saya jarang tidur sini. Rumah Ibu saya kan sebelah rumah ni je. Bilik ni saya selalu lepak petang petang je" kata Aniq. "But baby, you look so beautiful with baju kurung. Cantik" sambung Aniq lagi.
"Tak payah bodek. Tak bawa duit"
"Mana ada bodek. Ikhlaslah baby. Tapi kalau nak bagi hadiah juga apa kata Lia balas je text dari Ryl tu. Macam pungguk rindukan bulan tau Ryl tunggu Lia balas semua text dari Ryl"
Yazmin tersenyum mendengar ayat yang keluar dari mulut Aniq. Sejak bila pandai main dengan kata kata pun tidak tahu la dia.
"Dahlah Lia nak keluar. Nanti bising pula Diana tak jumpa cari Lia" kata Yazmin sambil berjalan mendekati pintu tapi belum sempat tangannya memulas tombol pintu, pinggang Yazmin di peluk erat dari belakang.
"Kejaplah. Ryl tak lepas rindu lagi dengan Lia" bisik Aniq perlahan pada Yazmin.
Yazmin yang terkejut hanya terkaku dengan kehangatan badan Aniq. Aduh lemah betul dia dengan Aniq ini.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih
Romance"Apa dah nama kau?" "Yaz. Min. Dah. Lia" "Okey Lia macam..-" "Panggil Min je" "Siapa pula Min ?" "Yazmin, sayalah lagipun..-" "Aku dengar Lia je kau sebut tadi but nevermind asal ada juga perkataan Lia dalam nama kau kan" Penemuan pertama yang menja...