Labih kurang 20 minit Aniq kembali dengan menjinjit plastik yang mengandungi dua biji burger. "Lia, boleh ambilkan air kejap" jerit Aniq.Yazmin yang berada di bilik terus keluar dan menuju ke dapur dengan muka terpaksa. Kalau dia tak buat selagi itu Aniq akan mengulang menjerit perkara yang sama.
"Thank you baby." Ucap Aniq sambil mengambil huluran gelas dari Yazmin. "Nah Ryl ada beli satu untuk sayang. Dont worry, takde sayur plus extra mayonis" sambung Aniq bersama senyuman manis.
"Lia dah kenyanglah"
"Alah makanlah sikit teman Ryl. Kalau tak habis Ryl habiskan. Macam tak biasa pula" balas Aniq dan di buka balutan burger. Di serahkan burger yang di buka untuk Yazmin. Di ambil pula burger miliknya.
"Ryl ingat lagi eh apa yang Lia suka" kata Yazmin perlahan.
Aniq tersenyum. "Ryl tak pernah lupa Lia. Lagipun ni kan makanan wajib kita tengah tengah malam macam ni" balas Aniq.
Yazmin hanya tersenyum mendengar kata kata Aniq. Memang itulah aktiviti mereka kalau keluar bersama dulu. Tidak pernah pula dia sangka yang perkara ini akan berlaku lagi setelah ikatan kekasih mereka terlerai dulu dan berpisah hampir 6 tahun ini.
"Ryl ada kekasih tak dulu masa belajar?" Tanya Yazmin sambil menggigit perlahan burger miliknya.
Aniq ketawa sahaja mendengar soalan Yazmin. "Ada. Yazmin Dahlia" jawabnya.
"Ish lepas kita putus. Ada yang lain tak?"
"Mana adalah baby. Awak je kekasih saya. Mana ada orang boleh ambil kedudukan baby tu" jawab Aniq sambil mendekatkan mulutnya dengan burger milik Yazmin.
Yazmin tersenyum melihat bungkusan burger milik Aniq sudah di letak di meja hadapan mereka. Cepat betul makan. Bisik Yazmin.
"Lapar betul dia ni" kata Yazmin tapi tetap menyuapkan burgernya di mulut Aniq. Sudah biasa burgernya di kongsi dengan Aniq. Walaupun burger makanan kesukaannya tetapi mana dia boleh menghabiskan satu burger lepas makan dekat rumah Diana tadi. Separuh pun belum tentu habis.
"Eleh Ryl saja tolong Lia habiskan burger tu jela" bela Aniq. "Baby tak cerita lagi pasal rumah ni. Rumah siapa ni Lia?" Sambung Aniq lagi.
"Oh rumah papa. Papa bagi Lia tinggal dekat rumah ni" jawab Yazmin. Dengan Aniq memang terbiasa kongsi cerita. Tak ada apa yang nak di rahsia pun.
"Huh papa? Lia dah okey dengan papa Lia?" Tanya Aniq perlahan.
"Lepas mama pergi, Lia cuba baiki hubungan dengan papa balik. Cukuplah Lia kehilangan mama"
"Sorry baby pasal arwah mama Lia. Masa tu Ryl tak boleh balik sini sebab tengah busy tapi Diana ada teman Lia kan masa tu" tutur Aniq.
Yazmin tersenyum hambar. Memang waktu itu dia amat memerlukan seseorang tetapi ketika itu Aniq dan dia hanya sekadar bekas kekasih. Lagipun masa itu mereka baru saja berpisah. "Takpe masa tu kita kan bukan siapa siapa pun."
"Baby im sorry. Ryl terlampau ikut perasaan. Tapi Lia pun salah. Pergi buat hal tu kenapa?"
"Dah Ryl cabar Lia sangat." Yazmin pula membela diri mengingat kejadian lampau mereka.
"Apa apa pun kita dah bersama balik. Ryl bahagia sangat dapat Lia balik" bisik Aniq sambil mendekatkan dirinya pada Yazmin. Di tarik pinggang Yazmin agar melekat pada badannya.
"Siapa cakap Ryl dapat Lia balik?"
"Tak dengar ke Ryl cakap tadi. Kan tadi Ryl cakap"
"Ish suka buat keputusan sendiri"
"Alah macam tak biasa kekasih Ryl ni. I miss you baby" terus di cium telingan Yazmin. Yazmin yang terkejut itu terus bangun dari tempat duduknya.
"Lia nak tidur. Ryl nak tidur mana ni?" Tanya Yazmin sambil menundukkan wajah.
"Nak tidur sekali dengan Lia boleh?"
Yazmin membutangkan matanya. Gila ke apa?
Aniq tersenyum melihat wajah terkejut Yazmin. "Alah gurau je. Bagilah selimut, Ryl tidur luar ni je" kata Aniq.
"Kejap" terus Yazmin berlari ke biliknya dan mengambil keperluan Aniq untuk tidur di ruang tamu rumahnya.
***
"Banyaknya Lia barang. Dekat rumah Lia memang langsung takde barang dapur ke?" Soal Aniq ketika mereka sama sama membeli barang dapur pagi ini.
"Sebab takde barang dekat dapur la banyak Lia beli ni"
"Sebelum ni dapur Lia tu tak berasap la? Ish anak dara apa la asyik makan luar je. Masak pun malas" bebel Aniq sambil menolong Yazmin mengangkat barang dan di letakkan dalam troli.
"Baik sikit eh. Lia masak okay tapi sikit jela setakat Lia je makan. Beli barang dapur sikit sikit jela. Takut basi pula" sambil menjeling Aniq Yazmin membela diri. "Lagipun Diana kan nak datang dengan Nizam. Belilah barang banyak sikit nak masak" sambung Yazmin. Pagi tadi Yazmin di khabarkan oleh Aniq yang Diana dan Nizam akan datang ke rumahnya jadi terpaksa di angkut Aniq sekali untuk menemannya membeli barang dapur.
"Ryl ada nak beli barang kejap eh. Lia ambil yang patut dulu tau" kata Aniq sambil terus berlalu tinggalkan Yazmin sendirian.
Lebih kurang setengah jam memilih barang dapur bersendirian, Aniq kembali menarik troli. Yazmim mengeluh. Baik datang sorang sorang beli barang tadi.
"Pergi mana?" Tanya Yazmin pada Aniq.
"Asal, rindu?" Soalan Yazmin tak di balas malah soalan lain di keluarkan Aniq
"Takde masa nak rindu"
Aniq hanya tersenyum mendengar balasan Yazmin. "Dah habis kan? Jom balik. Nanti tak sempat pula" kata Aniq sambil terus menolak troli menuju ke kaunter.
"Lia, nak air" Aniq menjerit meminta Yazmin melayannya. Keadaannya yang sibuk di ruang tamu tidak mengizinkannya untuk bangun.
Yazmin di dapur yang sibuk menyediakan makanan tengah hari mengeluh mendengar suara Aniq. Mengada-ngada betul!
"Ryl ni kan tak ubah ubah peragai. Ingatkan dah besar tak susahkan Lia" membebel Yazmin sambil di bawa juga air minuman untuk Aniq.
"Alah Ryl nak susahkan siapa lagi. Lia je sudi layan Ryl" balas Aniq tanpa memandang wajah Yazmin malah pandangannya hanya di hala pada permainan yang baru di belinya tadi, PS4
"Awak sanggup beli benda alah ni sebab cakap rumah Lia ni membosankan? Habis tu asal nak habiskan masa dekat rumah Lia? Baliklah rumah sendiri." Marah Yazmin. Sakit hatinya apabila sesedap mulut Aniq saja memberi alasan kenapa dia sanggup membeli PS4 walaupun di rumahnya sendiri sudah ada satu.
"Kan Ryl dah cakap Lia je sanggup layan Ryl. Kat rumah bosanlah baby, takde orang nak layan"
"Suka hati awaklah tapi tak nak tolong saya dekat dapur ke? Sepupu awak dah on the way tau"
"Alah kan baby ni hebat dan manalah Ryl reti buat kerja rumah. Ibu pun tak suruh Ryl buat kerja rumah tau"
"Itu rumah awak, sekarang ni kita dekat rumah saya. Dahlah tempat tidur pagi tadi pun tak reti nak kemas"
"Alah tak retilah nak lipat-lipat tadi"
Yazmin hanya mengeluh mendengar alasan Aniq. Betul lah kata Diana, Aniq ini tidak reti buat kerja rumah dan sangat kurang kasih sayang.
"Banyaklah alasan awak..-"
Belum sempat Yazmin menghabiskan ketidak puasannya terhadap Aniq, ketukkan dari luar pintu rumahnya kedengaran.
"Hah Diana dah sampai. Better baby pergi buka pintu dari membebel, binggitlah telinga Ryl dengar"
Yazmin mengeluh lagi. Entah yang ke berapa kali dia mengeluh untuk hari ini dan semua keluhan dia disebabkan Aniq Zafryl!
YOU ARE READING
Bekas Kekasih
Romance"Apa dah nama kau?" "Yaz. Min. Dah. Lia" "Okey Lia macam..-" "Panggil Min je" "Siapa pula Min ?" "Yazmin, sayalah lagipun..-" "Aku dengar Lia je kau sebut tadi but nevermind asal ada juga perkataan Lia dalam nama kau kan" Penemuan pertama yang menja...